Friday, 9 March 2012

Week# 16: Riverside & Kim Bay (165 & Below Trios League 2011/2012)

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH BAGI SEMUA PEMENANG
ACARA MASTER KURANG MENDAPAT PERHATIAN



Salam mesra buat semua pasukan dan pemain-pemain yang telah menyertai pertandingan bowling “1st Riverside & Kim Bay 165 & Below Trios League 2011/2012”.

Kejohanan yang telah menutup tirainya minggu lalu di ikuti dengan majlis penyampaian hadiah serta acara “MASTER”.

Majlis di mulakan dengan penyampaian hadiah oleh En. Patrick Lau (RIVERSIDE MAJESTIC) dan En. Albert Chung (KIM BAY HK-MACAU RESTAURANT) bagi pemenang-pemenang kategori yang di pertandingkan.

En. Patrick Lau terlebih dahulu di jemput oleh pihak RIVERSIDE SUPERBOWL untuk menyampaikan hadiah bagi kategori individu dan berpasukan. Berikut adalah pemenang-pemenang bagi kategori yang di pertandingkan.

Individual High Game (Scratch)
1.  SUFIAN OTHMAN (IN THE ZONE) – 266 pin
2.  MARZAINAH JAYAMARA (AB RIO) – 255 pin
Sufian Othman (IN THE ZONE) yang menerima hadiah bagi kemenangan beliau sepanjang kejohanan

Individual High Game (Handicap)
1.  MARZUKI ANUAR (PHREAKERS TEAM) – 247 pin
2.  RUDY BAHRAIN (4-MUSKETEERS) – 246 pin
Rudy Bahrain (4-MUSKETEERS)

Individual High Series (Scratch)
1.  SUFIAN OTHMAN (IN THE ZONE) – 853 pin
2.  RUDY BAHRAIN (4-MUSKETEERS) – 817 pin
 

Individual High Series (Handicap)
1.  AZZAIRUL SARKAWI (LAS KOPEK) – 878 pin
2.  MARZUKI ANUAR (PHREAKERS TEAM) – 831 pin
Azzairul Sarkawi (LAS KOPEK)


Team High Game (Scratch)
1.  AB RIO – 636 pin
2.  RED SNAPPER – 613 pin


Team High Game (Handicap)
1.  LAS KOPEK – 650 pin
2.  TALA KULU KULU – 634 pin


Team High Series (Scratch)
1.  4-MUSKETEERS – 2297 pin
2.  RED SNAPPER – 2249 pin


Team High Series (Handicap)
1.  LAS KOPEK – 2387 pin
2.  GREVE TEAM – 2286 pin


Sejurus selepas itu, En. Albert Chung di jemput untuk menyampaikan hadiah utama kepada pemenang kejohanan. Berikut adalah penerima hadiah bagi kejohanan ini.

TEMPAT KE-9
PHREAKERS TEAM
(RM100.00)
Nuri Haslina menerima hadiah bagi pasukan PHREAKERS TEAM


TEMPAT KE-8
GREVE TEAM
(RM150.00)
Irman Zaini mewakili pasukan GREVE TEAM


TEMPAT KE-7
LAS KOPEK
(RM200.00)
Azzairul selaku pemain LAS KOPEK menerima hadiah


TEMPAT KE-6
AB RIO
(RM300.00)


TEMPAT KE-5
 PERFECXION
(RM400.00)
Chang Kim Ping (PERFECXION) menerima hadiah kemenangan mereka


TEMPAT KE-4
1st TIMER 
(RM500.00)
Yazid Karim mewakili semua pemain 1st TIMER untuk menerima hadiah


TEMPAT KE-3
IN THE ZONE
(RM700.00)
IN THE ZONE di wakili oleh Sufian Othman untuk menerima hadiah tempat ketiga


NAIB JOHAN
RED SNAPPER
(RM1000.00)
Awg Kasti menerima hadiah sebagai Naib Johan kejohanan


JUARA
4-MUSKETEERS
(RM2000.00)
Herman Shah mewakili 4-MUSKETEERS menerima hadiah kejuaraan daripada Encik Albert Chung


Acara MASTERS di teruskan sejurus selepas penyampaian hadiah dengan undian lorong di lakukan kepada semua pemain yang berdaftar iaitu seramai 18 orang. Kebanyakan pemain tidak dapat menyertai acara ini di sebabkan oleh komitmen terhadap kerja masing-masing. Acara di mulakan tepat pada jam 8.30 malam.

Di blok yang pertama, lorong 21-22 menjadi tumpuan dengan menyaksikan Azzairul Sarkawi dan Abg Rashidi mendahului bagi 3 tempat teratas. Namun begitu pada blok kedua, Azzairul jatuh ke tangga ke-3 setelah di pintas oleh Irman Zaini yang sebelum ini berada di kedudukan ke-11 dan tempat kedua masih kepunyaan Sufian Othman.


Di blok yang terakhir, peningkatan permainan daripada beberapa pemain telah mengubah keputusan penuh bagi acara ini. Irman Zaini berjaya mengekalkan kedudukan pertama untuk merangkul kejuaraan MASTERS buat dirinya. Yazid Karim berjaya menakluki tempat ke-2 sebagai Naib Juara manakala Abg Madzlan berjaya merangkul tempat ke-3.


Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang dan jumpa lagi di edisi yang akan datang.

Salam hormat.



Sumber Berita Arena Sukan ITZ telah  disediakan oleh P3m@iN bOwLiNG

No comments:

Post a Comment