Friday, 25 November 2011

Week #3: Riverside & Kim Bay (165 & Below Trios League 2011/2012)

PASUKAN PILIHAN UNGGUL DI TAKHTA LIGA

25 November 2011

Perlawanan minggu ketiga kejohanan liga Riverside & Kim Bay (165 & Below Trios League 2011/2012) telah berlangsung dengan meriah malam tadi. Beberapa pasukan telah mula mengatur langkah bagi mendominasi liga kali yang pertama kali di anjurkan oleh Riverside Superbowl dengan kerjasama erat dari Kim Bay ini. Red Snapper dan 1st Timer di lihat sebagai pasukan pilihan edisi kali ini berdasarkan kepada barisan pemain-pemain mereka yang hebat dan berpengalaman.


Girl Power vs Phreakers Team

Girl Power yang mendapat dua keputusan yang baik sebelum ini telah tumbang kepada barisan pemain Phreakers Team (Syed Arbini, Norhazman dan Marzuki Anuar) dengan keputusan 5-15. Girl Power mendapat mata sepenuhnya melalui Nur Atiqah yang menang kesemua lima mata ketika berhadapan dengan Syed Arbini. Sementara dua lagi pemain Girl Power iaitu Suryanti dan Nurul Jumaniza ternyata bukan lawan sebenar bagi pemain Phreakers Team. Marzuki Anuar yang menjatuhkan sebanyak 803 pin (tidak termasuk handicap) telah di pilih sebagai pemain terbaik di antara kedua-dua pasukan ini.

4-Musketeers vs In The Zone

Pertembungan yang di ramal sengit di antara kedua-dua pasukan ini menjadi satu kenyataan apabila pemain-pemain dari kedua-dua pasukan bersaing dengan hebat. 4-Musketeers yang menurunkan Herman Shah, Sazali Yunus dan Ahmad Lek di anggap pasukan pilihan di atas faktor pengalaman. In The Zone pula yang menurunkan Mazelan Mohamad, Fazreen Fadzuan dan Sufian Othman terpaksa bekerja keras jika ingin mencapai kemenangan.

In The Zone bermula dengan baik apabila berjaya mendapatkan beer frame yang pertama di ikuti dengan pasukan 4-Musketeers di frame ke-4.



Kem In The Zone bertambah ceria apabila pemain mereka Sufian Othman berjaya mendapatkan lima strike berturut-turut sama seperti yang di lakukan oleh Nazri Bohari (1st Timer) minggu lalu bagi membolehkan beliau menerima voucher makan malam di Riverside Majestic Hotel dari pihak penganjur. In The Zone yang mendahului 4-Musketeers dengan 6-2 setelah tamat game kedua telah menerima pengajaran yang berguna daripada pasukan lawan apabila tunduk di game yang ketiga dan keempat. Namun nasib jatuhan pin memihak kepada pasukan In The Zone yang akhirnya di nobatkan sebagai pemenang dengan keputusan tipis 11-9. Sufian Othman telah di pilih sebagai pemain terbaik di kalangan kedua-dua pasukan.  

Greve Team vs Red Snapper

Satu lagi pertembungan yang di jangka sengit akan tetapi tidak menjadi kenyataan apabila barisan Red Snapper (Jeffry Rosdin, Abg Afiq dan Awang Kasti) tidak memberikan ruang selesa kepada pemain Greve Team yang di wakili oleh Mazlan, Irman Zaini dan Noor Shizarin di sepanjang perlawanan berlangsung. Red Snapper tidak menghadapi masalah besar membenam cabaran Greve Team dengan kemenangan selesa 16-4. Awang Kasti yang menang semua lima mata ke atas Noor Shizarin telah di pilih pemain terbaik di antara kedua-dua pasukan.

 Perfecxion vs Riestar

Barisan pemain Perfecxion yang sama seperti minggu pertama (Siti Hajjar, Lu Chieng Siang dan Chang Kim Ping) telah beraksi baik ketika menghadapi cabaran dari Iswandy, Mawi dan Wan Aziela (Riestar). Kemenangan mudah 14-6 yang di capai oleh Perfecxion banyak di bantu oleh kehebatan Siti Hajjar dan Lu Chieng Siang yang mudah menewaskan lawan mereka. Siti Hajjar telah di pilih sebagai pemain terbaik setelah menang kesemua mata yang beliau rebutkan dengan Iswandy.

Tala Kulu Kulu vs AB Rio

Mohd Rolam, Abg Yusdi dan Abg Dzulkenaen yang mewakili pasukan Tala Kulu Kulu ternyata bukan lawan sebenar AB Rio yang telah mempertingkatkan permainan terutama dari Marzainah dan Masri Gidi sementara Doleena walaupun bermain dengan agak rendah namun berjaya mendapatkan satu mata buat pasukan AB Rio. Marzainah dan Masri Gidi yang menang kesemua permainan mereka semalam telah menghadiahkan kemenangan buat AB Rio dengan 16-4 untuk kemenangan pertama mereka setakat ini. Marzainah di pilih sebagai pemain terbaik setelah berjaya menjatuhkan sebanyak 727 pin (termasuk handicap).

Immigration vs The Incredibowls

Immigration yang di jangka tidak menghadapi masalah besar menentang The Incredibowls malam semalam telah membuktikan kehebatan mereka apabila mudah menundukkan pasukan lawan dengan keputusan 15-5. Immigration yang menurunkan gandingan seperti Mohd Fillanie, Mahdi Abdul Rahman dan Idris Abdul Latip dengan mudah mengenepikan cabaran pemain The Incredibowls seperti Flora, Zalifah dan Howard. The Incredibowls berjaya mencuri lima mata menerusi Flora (2 mata), Zalifah (1 mata), Howard (1 mata) dan jumlah jatuhan pin pada game yang ke-3. Idris Abdul Latip (Immigration) telah di piih sebagai pemain terbaik berdasarkan kepada jatuhan pin tertinggi di kalangan enam pemain tersebut.

1st Timer vs Las Kopek

1st Timer yang di lihat sebagai calon juara edisi pertama liga kali ini telah meneruskan rentak kemenangan dengan jayanya setelah mengenepikan cabaran yang cuba di berikan oleh pemain pasukan Las Kopek yang terdiri daripada Abg Iskandar, Azzairul Sarkawi dan Abdul Aziz. 1st Timer yang menggunakan khidmat Shuib Ahmad, Yazid Karim dan Abg Rashidi tidak menghadapi masalah membenam pasukan lawan. Mata-mata 1st Timer di perolehi hasil kemenangan Shuib Ahmad (3 mata), Yazid Karim (4 mata), Abg Rashidi (3 mata) dan jumlah pin berpasukan menyapu bersih 5 mata untuk kemenangan bergaya sebanyak 15-5. Yazid Karim yang menjatuhkan pin tertinggi di kalangan kedua-dua pasukan di berikan gelaran pemain terbaik malam tadi.

Nur Khan vs Masja-SA

Masja-SA yang tewas dua perlawanan terdahulu telah menyenaraikan pemain-pemain seperti Wan Habib, Mohd Zaimi dan Kastina Othman yang di harap mampu membutirkan kemenangan pertama pasukan mereka telah merealisasikan impian pasukan Masja-SA dengan mengalahkan pasukan Nur Khan dengan 12-8. Nur Khan juga yang belum mengecapi kemenangan setakat ini telah menurunkan gandingan Rajak Eman, Kamaludin Akil dan Abg Senawi di kecewakan dengan persembahan bertenaga pemain Masja-SA. Walaubagaimanapun Nur Khan telah memberikan saingan yang begitu sengit sehingga ke penghujung perlawanan sebelum Masja-SA di nobatkan sebagai pemenang. Permainan memukau dari Kastina Othman (Masja-SA) selain prestasi menurun daripada Abg Senawi (Nur Khan) telah menjadi faktor kemenangan Masja-SA. Kastina Othman juga telah di berikan hak sebagai pemain terbaik hasil ketenangan ketika menewaskan Abg Senawi dengan 5-0. Nur Khan perlu mempertingkatkan lagi mutu persembahan mereka pada minggu hadapan kerana bakal menentang pendahulu liga ketika ini Red Snapper untuk keputusan yang lebih baik. Masja-SA yang akan menentang Girl Power pada minggu hadapan di jangka akan meneruskan aksi cemerlang sebagaimana yang di pamerkan pada minggu ketiga ini.


Perlawanan tumpuan pada minggu ke-4 yang akan berlangsung pada 1hb Disember 2011 akan di berikan kepada lane 9 hingga lane 14 yang akan menyaksikan 1st Timer bakal menerima cabaran sengit daripada Immigration selain pendahulu liga Red Snapper akan bertembung dengan pasukan Nur Khan dan In The Zone yang akan di tentang oleh pasukan Perfecxion.

Di kesempatan ini, Arena Sukan ITZ mengucapkan “Selamat Menyambut Awal Muharam / Maal Hijrah 1433H” kepada semua pemain yang beragama islam pada 27hb November 2011. Arena Sukan ITZ juga ingin mengucapkan “Selamat Maju Jaya” kepada semua pasukan bertanding pada minggu hadapan dengan harapan semua pasukan akan mempertingkatkan lagi mutu persembahan dengan aksi yang lebih baik demi kemajuan sukan bowling kepada pasukan bertanding dan negeri Sarawak amnya.


Berikut adalah kedudukan liga setelah tamat minggu yang ke-3 liga:


Sumber Berita Arena Sukan ITZ telah  disediakan oleh P3m@iN bOwLiNG.  


Friday, 18 November 2011

Week #2: Riverside & Kim Bay (165 & Below Trios League 2011/2012)


PERSAINGAN SEMAKIN SENGIT DI MINGGU KEDUA


18 November 2011

Perjalanan liga 1st Riverside & Kim Bay (165 & Below Trios League 2011/2012) telah memasuki minggu kedua pertandingan. Setiap pasukan yang bertanding telah mempertingkatkan barisan yang ada dan telah mempamerkan aksi yang lebih baik daripada minggu yang pertama lalu.


Penganjur pertandingan (Riverside Superbowl) juga tidak ketinggalan menambahkan kehangatan perlawanan malam tadi dengan menyediakan satu voucher makan malam di Rivers kepada pemain  yang pertama berjaya mendapatkan lima strike berturut-turut (Five Bagger) sepanjang malam tadi. Pengumuman yang di hebahkan semasa perlawanan baru memasuki frame yang kedua itu pantas di sambar oleh Nazri Bohari (1st Timer) yang menjatuhkan lima strike berturut-turut pada game pertama di lima frame yang pertama beliau. Kejayaan Nazri Bohari telah menerima tepukan gemuruh dari para pemain serta penonton yang hadir malam tadi.

The Incredibowls vs Las Kopek
 
Perlawanan di lorong ke 9 & 10 telah menemukan pasukan The Incredibowls dan Las Kopek. Kedua-dua pasukan ini yang tumpas pada minggu pertama telah berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan kemenangan pertama buat pasukan mereka. Di perlawanan ini gandingan Abg Iskandar, Azzairul Sarkawi dan Ahmad Tajuddin (Las Kopek) telah menunjukkan belang apabila mendahului gandingan Gabriel Kong, Robert Bantan dan Howard Fado (The Incredibowls) dengan selesa 7-1 setelah tamat game kedua. Namun sedikit peningkatan yang mula di tunjukkan pasukan The Incredibowls di dua game terakhir dengan kemenangan 6-2. Walaubagaimanapun The Incredibowls gagal menyekat Las Kopek daripada memunggut mata kemenangan setelah penjumlahan pin keseluruhan berpihak kepada Las Kopek. Keputusan muktamad Las Kopek memenangi perlawanan dengan 13-7.

 Masja-SA vs Greve Team

Kemenangan Greve Team minggu lalu di teruskan lagi setelah mencatat kemenangan kedua setelah berjaya menundukkan pasukan Masja-SA dengan 13-7. Masja-SA hanya mampu memberikan saingan di dua game pertama sahaja setelah mengikat kedudukan kedua-dua pasukan di angka 4. Greve Team membenam cabaran Masja-SA di game ketiga apabila mendapat mata penuh bagi mendahului lawan dengan 8-4. Walaupun di game ke-4 Masja-SA berjaya menang dengan 3-1 namun belum cukup untuk menewaskan Greve Team.

4-Musketeers vs Riestar

Pasukan 4-Musketeers kembali menyengat apabila menurunkan gandingan terbaik mereka (Abg Madzlan, Sazali Yunus dan Ahmad Lek) mudah mengenepikan cabaran yang di bawa oleh Riestar (Wan Aziela, Ramli Omar dan Syshahrizam). 4-Musketeers mendahului Riestar dengan 10-2 ketika tamat game ketiga. Walaupun Riestar bangkit dengan kemenangan 3-1 di game terakhir masih belum mampu menumbangkan pasukan sehebat 4-Musketeers. Keputusan akhir 4-Musketeers menang dengan 15-5.

Red Snapper vs Tala Kulu Kulu

Kedua-dua pasukan yang mencapai kemenangan di minggu pertama ini di ramal menjadi perlawanan paling di nantikan tidak menjadi kenyataan apabila tiga muka baru yang di senaraikan didalam pasukan Tala Kulu Kulu tidak menemui rentak sepanjang perlawanan berlangsung. Red Snapper tidak menghadapi masalah dengan gandingan mantap (Jeffry Rosdin, Abg Afiq Yazid dan Awang Kasti) melakukan balingan-balingan yang tersusun sehingga melemaskan pihak lawan. Red Snapper berjaya mencapai kemenangan kedua dengan keputusan 18-2. Dengan keputusan ini Red Snapper juga telah mengambil alih teraju pertandingan daripada pasukan In The Zone.

Perfecxion vs Immigration

Perfecxion yang menurunkan gandingan (Chang Kim Ping, Abdul Muhaimin dan Awg Shawal) menghadapi kesukaran ketika melayan cabaran pasukan Immigration (Abdul Rahim, Idris Abdul latif dan Mahdi Abdul Rahman). Perlawanan ini berlangsung dengan begitu sengit sehingga ke penghujung perlawanan. Di game pertama kedua-dua pasukan terikat dengan 2 mata namun Perfecxion terlebih dahulu membuka langkah dengan mencipta kemenangan 3-1 di game yang kedua. Immigration sekali lagi berjaya membendung kekalahan setelah terikat 2-2 di game ketiga dan akhirnya berjaya mengatasi Perfecxion di game ke-4 dengan keputusan 3-1. Terikat dengan keputusan 8 sama penentuan mata seterusnya bergantung kepada jumlah jatuhan pin keseluruhan. Ikatan seri terlerai jua akhirnya apabila Immigration berjaya mendapatkan 3 mata lagi sementara Perfecxion hanya memperolehi satu mata menjadikan keputusan muktamad Immigration menewaskan Perfecxion dengan 11-9.

Girl Power vs AB Rio

Kedua-dua pasukan menurunkan pemain-pemain wanita bagi pertandingan malam tadi. Girl Power yang di anggotai oleh Noraniza, Eztianie Malissa dan Mieni Gunggang bertemu dengan wakil AB Rio seperti Noraini Karim, Doleena Kennedy dan Marzainah Jayamara. Kedua-dua pasukan saling bertukar-tukar mata sehingga game yang kedua. Setelah tamat game kedua kedua-dua pasukan terikat dengan 4 mata. Pemain Girl Power telah mengandakan asakan dan berjaya memecah kebuntuan setelah menang di game yang ketiga dengan 3-1. Girl Power juga terus menjarakkan kedudukan setelah menyapu bersih lapan mata hasil kemenangan di game terakhir dan penjumlahan pin keseluruhan. Dengan ini Girl Power berjaya mencipta kemenangan dengan 15-5.

Nur Khan vs Pheakers Team

Nur Khan yang menurunkan pemain-pemain baru seperti Elizabeth Mary, Rohidayawati dan Kamaludin Akil terpaksa berhempas pulas untuk memberi cabaran kepada pemain pasukan Pheakers Team (Nuri Haslina, Mohamad Shawaluddin dan Marzuki Anuar). Ketinggalan dengan 1-3 kepada Pheakers Team di game pertama, pasukan Nur Khan cuba bangkit di game yang kedua dan berjaya mengikat pasukan lawan dengan 2-2. Namun usaha Nur Khan untuk merapatkan kedudukan sekali lagi di halang oleh Pheakers Team yang menang dengan 3-1. Menyedari kedudukan Nur Khan yang berada di ambang kekalahan para pemain mereka telah melipatgandakan  usaha dan berjaya mencapai kemenangan 3-1 di game terakhir. Walaupun telah berusaha keras mendapatkan kemenangan pemain Nur Khan terpaksa akur tunduk kepada Pheakers Team dengan 13-7.

1st Timer vs In The Zone


Pertembungan dua tempat teratas setelah tamat minggu pertama ini telah mendapat perhatian daripada penonton dan pemain pasukan yang lain. Pengumuman daripada pihak penganjur yang menyediakan voucher makan malam di Rivers kepada pemain yang pertama melakukan lima strike berturut-turut telah memberikan semangat kepada Nazri Bohari (1st Timer) untuk melakukannya dan berhasil di lima frame yang pertama. Kejayaan Nazri turut di kongsi oleh rakan sepasukan beliau (Rizalnam dan Azizi). Nazri juga telah membenamkan sebanyak 226 pin pada game tersebut. Permainan di game pertama agak seimbang dengan dua kemenangan berpihak kepada pemain In The Zone menerusi Marzuki Usop yang menewaskan Rizalnam Bohari dengan 189-163 dan kemenangan Yusri Suhaimi terhadap Azizi Johny dengan keputusan 172-161. 1st Timer juga mendapat dua mata untuk mengikat kedudukan menerusi kemenangan bergaya Nazri Bohari yang menundukkan Hew Fah Lin dengan 230-161 dan memperolehi mata penyamaan menerusi kemenangan jumlah pin berpasukan.


1st Timer mula menjarakkan kedudukan apabila menang dengan 2.5-1.5. Yusri Suhaimi dan Azizi Johny terikat apabila masing-masing menumbangkan sebanyak 194 pin. 1st Timer terus menghukum pasukan In The Zone setelah mudah mencapai kemenangan di game ketiga dengan 3-1. Usaha pemain In The Zone untuk bangkit di game terakhir tidak menjadi kenyataan apabila Marzuki Usop dan Yusri Suhaimi tidak bermain dengan baik. Peluang ini di ambil sepenuhnya oleh pemain 1st Timer yang mencipta kemenangan juga dengan 3-1. Penjumlahan pin keseluruhan turut di sambar pemain dan pasukan 1st Timer bagi menundukkan cabaraan pasukan In The Zone dengan 13.5 berbalas 6.5. Nazri Bohari juga telah di nobatkan sebagai pemain terbaik sepanjang minggu kedua oleh editor sukan In The Zone.

Perlawanan yang di jangka menjadi tumpuan minggu yang ke-3 akan berlaku di lorong ke-9 hingga ke lorong 14. Pertembungan di antara pendahulu liga yang baru iaitu Red Snapper akan menerima asakan hebat daripada pasukan di tangga ketiga liga Greve Team. Kedua-dua pasukan masing-masing telah mencapai dua kemenangan sebelum ini dan kemenangan bagi mana-mana pasukan akan mengubah kedudukan liga di minggu yang seterusnya.

Selain itu pertemuan di antara Girl Power dan Pheakers Team juga tidak kurang menariknya selain pertemuan 4-Musketeers yang akan menentang In The Zone.

Berikut adalah kedudukan liga setelah tamat minggu yang ke-2:
Sumber Berita disediakan oleh P3m@iN bOwLiNG.