4-MUSKETEERS MUNCUL JUARA
MEMINTAS RED SNAPPER DI PERLAWANAN TERAKHIR
Salam 1 Malaysia buat semua pembaca setia laman blog ITZ juga kepada semua peminat blog kami serta pemain-pemain bowling di mana sahaja anda berada.
Kejohanan 1st RIVERSIDE & KIM BAY (165 & BELOW GRADED TRIOS LEAGUE 2011/2012) yang di anjurkan oleh RIVERSIDE MANAGEMENT SDN BHD dengan kerjasama daripada KIM BAY RESTAURANT SDN BHD dan RIVERSIDE MAJESTIC CAFÉ telah melabuhkan tirainya pada hari Khamis (23/02/2012).
Kejohanan yang telah bermula semenjak 10 November 2011 ini telah banyak meninggalkan nostalgia serta kesan kepada pihak penganjur mahupun kepada pasukan-pasukan yang bertanding. Kejohanan ini juga telah berjaya melahirkan beberapa pemain yang wajar di berikan perhatian di masa-masa akan datang. Seperkara lagi yang membanggakan adalah kesungguhan setiap pasukan bertanding dalam memberikan aksi serta mutu permainan yang berkualiti di samping persaingan yang hebat di dalam merebut kejuaraan ini.
4-MUSKETEERS yang di letakkan sebagai pasukan pilihan untuk kejuaraan ini bersama-sama RED SNAPPER dan 1st TIMER telah membuktikan status mereka setelah mencapai kemenangan besar di perlawanan akhir di bantu pula dengan kegagalan RED SNAPPER mencapai kemenangan yang lebih baik ketika menentang AB RIO. RED SNAPPER terpaksa akur sebagai Naib Juara yang hanya di bezakan dengan 1.37 mata sahaja daripada juara kejohanan.
Pasukan yang baru di bentuk bagi menyertai liga di RIVERSIDE SUPERBOWL (IN THE ZONE) telah berjaya menduduki tempat ketiga walaupun tewas di perlawanan terakhir mereka menentang TALA KULU KULU meninggalkan satu lagi pasukan pilihan (1st TIMER) di tempat ke-4. 1st TIMER telah berjaya memintas AB RIO untuk berada di tempat ke-4 di perlawanan terakhir mereka setelah mencatatkan kemenangan besar ke atas MASJA-SA. AB RIO pula terpaksa berpuashati di tangga ke-6 setelah di pintas sekali lagi oleh pasukan PERFECXION yang mencatatkan kemenangan besar terhadap THE INCREDIBOWLS.
PHREAKERS TEAM yang berkedudukan tangga ke-6 sebelum perlawanan akhir tergelincir ke tangga ke-9 dan di pintas oleh pasukan LAS KOPEK dan GREVE TEAM. IMMIGRATION berjaya mengekalkan kedudukan di tangga ke-10 liga manakala GIRL POWER naik satu anak tangga mengambil alih posisi pasukan MASJA-SA yang turun kedudukan ke-12. Kedudukan lain dari tangga ke-13 hingga ke-16 tidak mengalami perubahan yang di isi oleh pasukan NUR KHAN, TALA KULU KULU, RIESTAR dan THE INCREDIBOWLS.
Hadiah bagi juara kategori Individual High Game (Scratch) kekal milik pemain IN THE ZONE (Sufian Othman) yang melakukan 266 jatuhan pin pada minggu ke-5 walaupun hampir di pintas pada minggu terakhir oleh Ahmad Lek (4-MUSKETEERS) yang menjatuhkan 7 strike berturut-turut sebelum menyudahkan permainan dengan 2 spare dan open di frame yang terakhir dengan 242 jatuhan pin. Ahmad Lek juga gagal memintas Marzainah Jayamara (AB RIO) mempunyai 255 jatuhan pin pada minggu ke-13 yang menarik nafas lega kerana kegagalan Ahmad Lek menyempurnakan spare pada frame terakhir itu.
Hadiah bagi kategori Individual High Game (Handicap) pula tidak mengalami perubahan dengan di kuasai oleh Marzuki Anuar (PHREAKERS TEAM) dengan 247 jatuhan pin yang di lakukan beliau pada minggu ke-6. Rakan sepasukan Ahmad Lek iaitu Rudy Bahrain yang kekurangan 1 pin daripada Marzuki Anuar mendapat tempat kedua untuk permainan beliau pada minggu ke-8.
Kategori Individual High Series (Scratch) juga tidak mengalami perubahan dengan Sufian Othman daripada pasukan IN THE ZONE sekali lagi menempa nama sebagai pemenang dengan 853 jatuhan pin pada perlawanan minggu ke-5. Di ikuti oleh pemain 4-MUSKETEERS iaitu Ahmad Lek dengan 815 pin untuk tempat kedua bagi permainan beliau di minggu ke-7.
Kategori Individual High Series (Handicap) juga tidak berubah dengan pemenangnya adalah Azzairul Sarkawi daripada pasukan LAS KOPEK yang menjatuhkan sebanyak 878 pin pada minggu ke-12 di ikuti dengan Marzuki Anuar yang melakukan 831 jatuhan pin pada minggu ke-7.
Bagi kategori berpasukan Team High Game (Scratch dan Handicap) juga tidak berubah. AB RIO yang unggul pada minggu ke-13 dengan 636 jatuhan pin mengungguli Team High Game (Scratch) di ikuti dengan naib juara kejohanan (RED SNAPPER) yang melakukan 613 jatuhan pin pada minggu ke-4. LAS KOPEK yang bermain dengan baik pada minggu ke-12 ketika menentang RIESTAR mendominasi kategori Team High Game (Handicap) dengan 650 jatuhan pin. TALA KULU KULU menduduki tempat kedua bagi permainan mereka sewaktu menewaskan 1st TIMER di minggu ke-8 sewaktu bermain di game yang ke-3 dengan 634 jatuhan pin.
Kategori terakhir Team High Series (Scratch) pula mengalami banyak perubahan selepas perlawanan minggu terakhir ini. Pendahulu sebelum ini RED SNAPPER yang menjatuhkan sebanyak 2216 pin pada minggu ke-9 tergelincir ke tangga kedua selepas di pintas oleh juara kejohanan 4-MUSKETEERS yang membenam sebanyak 2297 jatuhan pin. Walaupun di minggu terakhir RED SNAPPER memperbaiki jatuhan pin mereka kepada 2249 pin namun masih gagal menyekat 4-MUSKETEERS memintas kedudukan mereka tersebut.
LAS KOPEK yang sebelum ini menduduki tempat kedua kategori Team High Series (Scratch) di belakang RED SNAPPER terkeluar dari kategori tersebut namun berjaya memintas jatuhan pin pendahulu kategori Team High Series (Handicap) iaitu GREVE TEAM untuk berada di kedudukan pertama kategori tersebut. GREVE TEAM terpaksa melepaskan kedudukan tersebut mampu berpuashati di tempat kedua manakala pasukan PERFECXION terkeluar daripada senarai pemenang.
Di sepanjang kejohanan ini, terdapat ramai pemain-pemain senior yang telah berjaya mempertingkatkan permainan mereka di samping kemunculan beberapa pemain baru yang di lihat mampu berada di tahap yang lebih baik. Di antara pemain-pemain senior yang berjaya mencuri perhatian ARENA SUKAN ITZ adalah seperti Ahmad Lek (4-MUSKETEERS), Awg Kasti & Abg Afiq Yazid (RED SNAPPER), Nazri Bohari & Abg Rashidi (1st TIMER), Awg Shawal (PERFECXION), Masri Gidi (AB RIO), Marzuki Anuar (PHREAKERS TEAM), Noor Shizarin & Lim Chun Wee (GREVE TEAM) dan Abdul Rahim Sabeli & Idris Abdul Latip (IMMIGRATION).
Manakala pemain-pemain baru (Novice) yang menonjol pada kejohanan ini pula adalah seperti Rudy Bahrain (4-MUSKETEERS), Jefry Rosdin (RED SNAPPER), Sufian Othman & Hew Fah Lin & Yusri Suhaimi (IN THE ZONE), Rizalnam Bohari (1st TIMER), Chang Kim Ping (PERFECXION), Kamarulariffin Harun & Marzainah Jayamara (AB RIO), Ahmad Tajuddin & Azzairul Sarkawi & Abd Aziz (LAS KOPEK), Wahidah Ramli (IMMIGRATION), Easmawi Razak (MASJA-SA), Kamaludin Akil & Rajak Eman (NUR KHAN), Khairy Amry (TALA KULU KULU) dan Howard Fadd (THE INCREDIBOWLS).
Arena Sukan ITZ juga memberikan status “Pemain Terbaik” kejohanan kepada Ahmad Lek daripada 4-MUSKETEERS yang kekal konsisten di sepanjang kejohanan ini. Ahmad Lek yang membuat sebanyak 15 kali penampilan di kejohanan ini telah mengumpul sebanyak 11,010 jatuhan pin bagi 60 permainan beliau untuk memperolehi purata sebanyak 184 jatuhan pin. Pemain lain yang mendapat purata jatuhan melebihi 180 pin adalah Awg Kasti (RED SNAPPER) yang mengumpul sebanyak 182 jatuhan pin.
Majlis penyampaian hadiah bagi semua pemenang akan di adakan pada hari Khamis (1hb Mac 2012) jam 8 malam sebelum bermulanya acara “MASTERS” bagi pemain-pemain di kejohanan ini. Acara “MASTERS” akan di jalankan sebanyak 6 permainan yang akan berlangsung dalam 3 blok.
Arena Sukan ITZ mengucapkan “TAHNIAH” kepada 4-MUSKETEERS yang dengan rasminya di tabalkan sebagai “JUARA” tidak lupa “SYABAS” kepada pasukan yang lain kerana menjadikan kejohanan ini sebagai landasan untuk memajukan diri di dalam permainan 10-Pin Bowling sekaligus mewarnai serta meningkatkan lagi mutu permainan ini di Kuching, Sarawak khasnya.
PHREAKERS TEAM vs 4-MUSKETEERS
![]() |
| PHREAKERS TEAM |
![]() |
| 4-MUSKETEERS |
IN THE ZONE vs TALA KULU KULU
![]() |
| IN THE ZONE |
![]() |
| TALA KULU KULU |
RED SNAPPER vs AB RIO
![]() |
| RED SNAPPER |
![]() |
| AB RIO |
GIRL POWER vs IMMIGRATION
![]() |
| GIRL POWER |
![]() |
| IMMIGRATION |
1st TIMER vs MASJA-SA
![]() |
| 1st TIMER |

![]() |
| MASJA-SA |
RIESTAR vs NUR KHAN
![]() |
| RIESTAR |
![]() |
| NUR KHAN |
LAS KOPEK vs GREVE TEAM
![]() |
| LAS KOPEK |
![]() |
| GREVE TEAM |
PERFECXION vs THE INCREDIBOWLS
![]() |
| PERFECXION |
![]() |
| THE INCREDIBOWLS |
Sumber Berita Arena Sukan ITZ telah disediakan oleh P3m@iN bOwLiNG.


























No comments:
Post a Comment