Thursday, 10 November 2011

Week #1: Riverside & Kim Bay (165 Below Trios League 2011/2012)


PERSAINGAN KINI TELAH BERMULA

10 November 2011

Persaingan bagi merebut kejuaraan pertama Riverside & Kim Bay League sudah bermula malam tadi. Sebanyak 16 pasukan telah mengesahkan penyertaan di antaranya Nur Khan, AB Rio, Riestar, 1st Timer, Tala Kulu Kulu, Masja-SA, Immigration, 4-Musketeers, Girl Power, Red Snapper, Perfecxion, Las Kopek, The Incredibowls, In The Zone, Greve Team dan Phreakers Team.




Perlawanan pertama menemukan pasukan Nur Khan menentang AB Rio di lorong 9 & 10. Kedua-dua pasukan bersaingan hebat dengan pemain AB Rio terlebih dahulu mendapatkan rentak perlawanan dan mendahului Nur Khan dengan 8-4 setelah tamat game ketiga. Namun semangat melawan pemain Nur Khan di game terakhir membutirkan mata-mata berharga apabila berjaya mengikat kedudukan 10-10 setelah tamat perlawanan. Abg Senawi (Nur Khan) muncul wira apabila mendominasi jumlah jatuhan pin keseluruhan pertandingan minggu yang pertama dengan jumlah 721 pin.




Di lorong bersebelahan pula menyaksikan pertembungan di antara pasukan Riestar menentang 1st Timer. Pasukan 1st Timer mendominasi perlawanan sejak awal dan berjaya mendahului dengan selesa sehingga ke akhir perlawanan. 1st Timer menang dengan 13-7 manakala Abg Rashidi (1st Timer) yang menjatuhkan purata 179 pin sepanjang perlawanan menakluki takhta Individu High Series (Handicap) dengan 717 pin.




Di lorong 13 & 14 pula menemukan pasukan Tala Kulu Kulu dengan Masja-SA. Perlawanan berlangsung dengan seimbang dimana kedua-dua pasukan sering saling kejar mengejar mata di antara satu sama lain. Namun akhirnya Tala Kulu Kulu berjaya mengatasi pasukan lawan dengan mencipta kemenangan 13-7. Permainan yang baik daripada Abg Dzulkernaen dan Khairi Amri (Tala Kulu Kulu) memisahkan keputusan kedua-dua pasukan ini.



Perlawanan tumpuan pula berlaku di lorong 15 & 16 di mana pertembungan di antara pasukan Immigration dan 4-Musketeers Kedua-dua pasukan beraksi dengan baik dan sengit. Perlawanan yang terikat 4-4 berakhir game kedua telah di jarakkan oleh pasukan Immigration dengan kemenangan 4-0 di game ketiga bagi menjadikan keputusan semasa 8-4 memaksa pemain 4-Musketeers mempertingkatkan permainan mereka. Kebangkitan telah di tunjukkan pasukan 4-Musketeers di game terakhir telah membuahkan hasil apabila berjaya mengikat kedudukan 10-10 setelah tamat perlawanan. Abg Mazlan dan Ahmad Lek (4-Musketeers) telah mempamerkan persembahan yang memukau penonton yang hadir malam tadi.


Girl Power dan Red Snapper telah di pertemukan di lorong 17 & 18. Pasukan Red Snapper yang di jangka tidak menghadapi masalah menewaskan Girl Power sedikit hilang punca apabila gagal membuat jatuhan pin yang baik sepanjang malam tadi. Walaubagaimanapun Red Snapper masih mampu tersenyum apabila berjaya menewaskan Girl Power dengan keputusan tipis 11-9.


Perfecxion pula telah menerima tentangan sengit daripada pasukan Las Kopek di lorong 19 & 20. Perfecxion yang ketinggalan 1-3 di game pertama berjaya mengikat kedudukan di game yang kedua dengan keputusan yang sama. Perfecxion terus memburu kemenangan dengan kemenangan bergaya 4-0 di game yang ketiga sebelum Las Kopek berjaya mendekatkan jurang setelah menang 3-1 di game terakhir. Kelebihan jatuhan pin pemain Perfecxion telah membutirkan mata kemenangan dengan keputusan akhir berpihak kepada pasukan Perfecxion dengan 12-8.


In The Zone yang menurunkan gandingan Zaidin Dasukin, Fazreen Fadzuan dan Sufian Othman tidak menghadapi masalah ketika bertemu pemain dari pasukan The Incredibowls di lorong 21 & 22. Pemain The Incredibowls ternyata masih belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan lorong dan ini memudahkan tugas pemain In The Zone. In The Zone mendominasi keseluruhan perlawanan dan hanya melepaskan satu mata buat pasukan lawan di game yang ketiga apabila Sufian Othman gagal menyempurnakan spare di penghujung permainan game tersebut. In The Zone menang dengan keputusan 19-1.


Di lorong yang terakhir pertembungan di antara Greve Team dan Phreakers Team. Greve Team yang ketinggalan di dua game yang terdahulu telah bangkit dengan mendadak dan akhirnya telah berjaya menumpaskan Phreakers Team dengan keputusan 12-8. Pemain Greve Team Noor Shizarin telah muncul hero pasukan beliau apabila menjatuhkan sebanyak 229 pin di game ketiga untuk muncul sebagai pemain yang melakukan jatuhan pin tertinggi sepanjang minggu pertama ini.




Perlawanan minggu kedua yang di jadualkan pada 17hb November 2011 akan menyaksikan tiga pertarungan yang di jangka hebat. Red Snapper yang akan menerima kunjungan Tala Kulu Kulu akan pasti mencuba memperbaiki permainan mereka. Tidak ketinggalan perlawanan di antara Perfecxion bertemu Immigration dan pertembungan di antara dua pasukan teratas setakat ini iaitu In The Zone dan 1st Timer.





Sumber Berita disediakan oleh P3m@iN bOwLiNG.  

3 comments: