Friday, 25 November 2011

Week #3: Riverside & Kim Bay (165 & Below Trios League 2011/2012)

PASUKAN PILIHAN UNGGUL DI TAKHTA LIGA

25 November 2011

Perlawanan minggu ketiga kejohanan liga Riverside & Kim Bay (165 & Below Trios League 2011/2012) telah berlangsung dengan meriah malam tadi. Beberapa pasukan telah mula mengatur langkah bagi mendominasi liga kali yang pertama kali di anjurkan oleh Riverside Superbowl dengan kerjasama erat dari Kim Bay ini. Red Snapper dan 1st Timer di lihat sebagai pasukan pilihan edisi kali ini berdasarkan kepada barisan pemain-pemain mereka yang hebat dan berpengalaman.


Girl Power vs Phreakers Team

Girl Power yang mendapat dua keputusan yang baik sebelum ini telah tumbang kepada barisan pemain Phreakers Team (Syed Arbini, Norhazman dan Marzuki Anuar) dengan keputusan 5-15. Girl Power mendapat mata sepenuhnya melalui Nur Atiqah yang menang kesemua lima mata ketika berhadapan dengan Syed Arbini. Sementara dua lagi pemain Girl Power iaitu Suryanti dan Nurul Jumaniza ternyata bukan lawan sebenar bagi pemain Phreakers Team. Marzuki Anuar yang menjatuhkan sebanyak 803 pin (tidak termasuk handicap) telah di pilih sebagai pemain terbaik di antara kedua-dua pasukan ini.

4-Musketeers vs In The Zone

Pertembungan yang di ramal sengit di antara kedua-dua pasukan ini menjadi satu kenyataan apabila pemain-pemain dari kedua-dua pasukan bersaing dengan hebat. 4-Musketeers yang menurunkan Herman Shah, Sazali Yunus dan Ahmad Lek di anggap pasukan pilihan di atas faktor pengalaman. In The Zone pula yang menurunkan Mazelan Mohamad, Fazreen Fadzuan dan Sufian Othman terpaksa bekerja keras jika ingin mencapai kemenangan.

In The Zone bermula dengan baik apabila berjaya mendapatkan beer frame yang pertama di ikuti dengan pasukan 4-Musketeers di frame ke-4.



Kem In The Zone bertambah ceria apabila pemain mereka Sufian Othman berjaya mendapatkan lima strike berturut-turut sama seperti yang di lakukan oleh Nazri Bohari (1st Timer) minggu lalu bagi membolehkan beliau menerima voucher makan malam di Riverside Majestic Hotel dari pihak penganjur. In The Zone yang mendahului 4-Musketeers dengan 6-2 setelah tamat game kedua telah menerima pengajaran yang berguna daripada pasukan lawan apabila tunduk di game yang ketiga dan keempat. Namun nasib jatuhan pin memihak kepada pasukan In The Zone yang akhirnya di nobatkan sebagai pemenang dengan keputusan tipis 11-9. Sufian Othman telah di pilih sebagai pemain terbaik di kalangan kedua-dua pasukan.  

Greve Team vs Red Snapper

Satu lagi pertembungan yang di jangka sengit akan tetapi tidak menjadi kenyataan apabila barisan Red Snapper (Jeffry Rosdin, Abg Afiq dan Awang Kasti) tidak memberikan ruang selesa kepada pemain Greve Team yang di wakili oleh Mazlan, Irman Zaini dan Noor Shizarin di sepanjang perlawanan berlangsung. Red Snapper tidak menghadapi masalah besar membenam cabaran Greve Team dengan kemenangan selesa 16-4. Awang Kasti yang menang semua lima mata ke atas Noor Shizarin telah di pilih pemain terbaik di antara kedua-dua pasukan.

 Perfecxion vs Riestar

Barisan pemain Perfecxion yang sama seperti minggu pertama (Siti Hajjar, Lu Chieng Siang dan Chang Kim Ping) telah beraksi baik ketika menghadapi cabaran dari Iswandy, Mawi dan Wan Aziela (Riestar). Kemenangan mudah 14-6 yang di capai oleh Perfecxion banyak di bantu oleh kehebatan Siti Hajjar dan Lu Chieng Siang yang mudah menewaskan lawan mereka. Siti Hajjar telah di pilih sebagai pemain terbaik setelah menang kesemua mata yang beliau rebutkan dengan Iswandy.

Tala Kulu Kulu vs AB Rio

Mohd Rolam, Abg Yusdi dan Abg Dzulkenaen yang mewakili pasukan Tala Kulu Kulu ternyata bukan lawan sebenar AB Rio yang telah mempertingkatkan permainan terutama dari Marzainah dan Masri Gidi sementara Doleena walaupun bermain dengan agak rendah namun berjaya mendapatkan satu mata buat pasukan AB Rio. Marzainah dan Masri Gidi yang menang kesemua permainan mereka semalam telah menghadiahkan kemenangan buat AB Rio dengan 16-4 untuk kemenangan pertama mereka setakat ini. Marzainah di pilih sebagai pemain terbaik setelah berjaya menjatuhkan sebanyak 727 pin (termasuk handicap).

Immigration vs The Incredibowls

Immigration yang di jangka tidak menghadapi masalah besar menentang The Incredibowls malam semalam telah membuktikan kehebatan mereka apabila mudah menundukkan pasukan lawan dengan keputusan 15-5. Immigration yang menurunkan gandingan seperti Mohd Fillanie, Mahdi Abdul Rahman dan Idris Abdul Latip dengan mudah mengenepikan cabaran pemain The Incredibowls seperti Flora, Zalifah dan Howard. The Incredibowls berjaya mencuri lima mata menerusi Flora (2 mata), Zalifah (1 mata), Howard (1 mata) dan jumlah jatuhan pin pada game yang ke-3. Idris Abdul Latip (Immigration) telah di piih sebagai pemain terbaik berdasarkan kepada jatuhan pin tertinggi di kalangan enam pemain tersebut.

1st Timer vs Las Kopek

1st Timer yang di lihat sebagai calon juara edisi pertama liga kali ini telah meneruskan rentak kemenangan dengan jayanya setelah mengenepikan cabaran yang cuba di berikan oleh pemain pasukan Las Kopek yang terdiri daripada Abg Iskandar, Azzairul Sarkawi dan Abdul Aziz. 1st Timer yang menggunakan khidmat Shuib Ahmad, Yazid Karim dan Abg Rashidi tidak menghadapi masalah membenam pasukan lawan. Mata-mata 1st Timer di perolehi hasil kemenangan Shuib Ahmad (3 mata), Yazid Karim (4 mata), Abg Rashidi (3 mata) dan jumlah pin berpasukan menyapu bersih 5 mata untuk kemenangan bergaya sebanyak 15-5. Yazid Karim yang menjatuhkan pin tertinggi di kalangan kedua-dua pasukan di berikan gelaran pemain terbaik malam tadi.

Nur Khan vs Masja-SA

Masja-SA yang tewas dua perlawanan terdahulu telah menyenaraikan pemain-pemain seperti Wan Habib, Mohd Zaimi dan Kastina Othman yang di harap mampu membutirkan kemenangan pertama pasukan mereka telah merealisasikan impian pasukan Masja-SA dengan mengalahkan pasukan Nur Khan dengan 12-8. Nur Khan juga yang belum mengecapi kemenangan setakat ini telah menurunkan gandingan Rajak Eman, Kamaludin Akil dan Abg Senawi di kecewakan dengan persembahan bertenaga pemain Masja-SA. Walaubagaimanapun Nur Khan telah memberikan saingan yang begitu sengit sehingga ke penghujung perlawanan sebelum Masja-SA di nobatkan sebagai pemenang. Permainan memukau dari Kastina Othman (Masja-SA) selain prestasi menurun daripada Abg Senawi (Nur Khan) telah menjadi faktor kemenangan Masja-SA. Kastina Othman juga telah di berikan hak sebagai pemain terbaik hasil ketenangan ketika menewaskan Abg Senawi dengan 5-0. Nur Khan perlu mempertingkatkan lagi mutu persembahan mereka pada minggu hadapan kerana bakal menentang pendahulu liga ketika ini Red Snapper untuk keputusan yang lebih baik. Masja-SA yang akan menentang Girl Power pada minggu hadapan di jangka akan meneruskan aksi cemerlang sebagaimana yang di pamerkan pada minggu ketiga ini.


Perlawanan tumpuan pada minggu ke-4 yang akan berlangsung pada 1hb Disember 2011 akan di berikan kepada lane 9 hingga lane 14 yang akan menyaksikan 1st Timer bakal menerima cabaran sengit daripada Immigration selain pendahulu liga Red Snapper akan bertembung dengan pasukan Nur Khan dan In The Zone yang akan di tentang oleh pasukan Perfecxion.

Di kesempatan ini, Arena Sukan ITZ mengucapkan “Selamat Menyambut Awal Muharam / Maal Hijrah 1433H” kepada semua pemain yang beragama islam pada 27hb November 2011. Arena Sukan ITZ juga ingin mengucapkan “Selamat Maju Jaya” kepada semua pasukan bertanding pada minggu hadapan dengan harapan semua pasukan akan mempertingkatkan lagi mutu persembahan dengan aksi yang lebih baik demi kemajuan sukan bowling kepada pasukan bertanding dan negeri Sarawak amnya.


Berikut adalah kedudukan liga setelah tamat minggu yang ke-3 liga:


Sumber Berita Arena Sukan ITZ telah  disediakan oleh P3m@iN bOwLiNG.  


No comments:

Post a Comment