PERSAINGAN SEMAKIN SENGIT DI MINGGU KEDUA
18 November 2011
Perjalanan liga 1st Riverside & Kim Bay (165 & Below Trios League 2011/2012) telah memasuki minggu kedua pertandingan. Setiap pasukan yang bertanding telah mempertingkatkan barisan yang ada dan telah mempamerkan aksi yang lebih baik daripada minggu yang pertama lalu.
Penganjur pertandingan (Riverside Superbowl) juga tidak ketinggalan menambahkan kehangatan perlawanan malam tadi dengan menyediakan satu voucher makan malam di Rivers kepada pemain yang pertama berjaya mendapatkan lima strike berturut-turut (Five Bagger) sepanjang malam tadi. Pengumuman yang di hebahkan semasa perlawanan baru memasuki frame yang kedua itu pantas di sambar oleh Nazri Bohari (1st Timer) yang menjatuhkan lima strike berturut-turut pada game pertama di lima frame yang pertama beliau. Kejayaan Nazri Bohari telah menerima tepukan gemuruh dari para pemain serta penonton yang hadir malam tadi.
The Incredibowls vs Las Kopek
Perlawanan di lorong ke 9 & 10 telah menemukan pasukan The Incredibowls dan Las Kopek. Kedua-dua pasukan ini yang tumpas pada minggu pertama telah berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan kemenangan pertama buat pasukan mereka. Di perlawanan ini gandingan Abg Iskandar, Azzairul Sarkawi dan Ahmad Tajuddin (Las Kopek) telah menunjukkan belang apabila mendahului gandingan Gabriel Kong, Robert Bantan dan Howard Fado (The Incredibowls) dengan selesa 7-1 setelah tamat game kedua. Namun sedikit peningkatan yang mula di tunjukkan pasukan The Incredibowls di dua game terakhir dengan kemenangan 6-2. Walaubagaimanapun The Incredibowls gagal menyekat Las Kopek daripada memunggut mata kemenangan setelah penjumlahan pin keseluruhan berpihak kepada Las Kopek. Keputusan muktamad Las Kopek memenangi perlawanan dengan 13-7.
Masja-SA vs Greve Team
Kemenangan Greve Team minggu lalu di teruskan lagi setelah mencatat kemenangan kedua setelah berjaya menundukkan pasukan Masja-SA dengan 13-7. Masja-SA hanya mampu memberikan saingan di dua game pertama sahaja setelah mengikat kedudukan kedua-dua pasukan di angka 4. Greve Team membenam cabaran Masja-SA di game ketiga apabila mendapat mata penuh bagi mendahului lawan dengan 8-4. Walaupun di game ke-4 Masja-SA berjaya menang dengan 3-1 namun belum cukup untuk menewaskan Greve Team.
4-Musketeers vs Riestar
Pasukan 4-Musketeers kembali menyengat apabila menurunkan gandingan terbaik mereka (Abg Madzlan, Sazali Yunus dan Ahmad Lek) mudah mengenepikan cabaran yang di bawa oleh Riestar (Wan Aziela, Ramli Omar dan Syshahrizam). 4-Musketeers mendahului Riestar dengan 10-2 ketika tamat game ketiga. Walaupun Riestar bangkit dengan kemenangan 3-1 di game terakhir masih belum mampu menumbangkan pasukan sehebat 4-Musketeers. Keputusan akhir 4-Musketeers menang dengan 15-5.
Red Snapper vs Tala Kulu Kulu
Kedua-dua pasukan yang mencapai kemenangan di minggu pertama ini di ramal menjadi perlawanan paling di nantikan tidak menjadi kenyataan apabila tiga muka baru yang di senaraikan didalam pasukan Tala Kulu Kulu tidak menemui rentak sepanjang perlawanan berlangsung. Red Snapper tidak menghadapi masalah dengan gandingan mantap (Jeffry Rosdin, Abg Afiq Yazid dan Awang Kasti) melakukan balingan-balingan yang tersusun sehingga melemaskan pihak lawan. Red Snapper berjaya mencapai kemenangan kedua dengan keputusan 18-2. Dengan keputusan ini Red Snapper juga telah mengambil alih teraju pertandingan daripada pasukan In The Zone.
Perfecxion vs Immigration
Perfecxion yang menurunkan gandingan (Chang Kim Ping, Abdul Muhaimin dan Awg Shawal) menghadapi kesukaran ketika melayan cabaran pasukan Immigration (Abdul Rahim, Idris Abdul latif dan Mahdi Abdul Rahman). Perlawanan ini berlangsung dengan begitu sengit sehingga ke penghujung perlawanan. Di game pertama kedua-dua pasukan terikat dengan 2 mata namun Perfecxion terlebih dahulu membuka langkah dengan mencipta kemenangan 3-1 di game yang kedua. Immigration sekali lagi berjaya membendung kekalahan setelah terikat 2-2 di game ketiga dan akhirnya berjaya mengatasi Perfecxion di game ke-4 dengan keputusan 3-1. Terikat dengan keputusan 8 sama penentuan mata seterusnya bergantung kepada jumlah jatuhan pin keseluruhan. Ikatan seri terlerai jua akhirnya apabila Immigration berjaya mendapatkan 3 mata lagi sementara Perfecxion hanya memperolehi satu mata menjadikan keputusan muktamad Immigration menewaskan Perfecxion dengan 11-9.
Girl Power vs AB Rio
Kedua-dua pasukan menurunkan pemain-pemain wanita bagi pertandingan malam tadi. Girl Power yang di anggotai oleh Noraniza, Eztianie Malissa dan Mieni Gunggang bertemu dengan wakil AB Rio seperti Noraini Karim, Doleena Kennedy dan Marzainah Jayamara. Kedua-dua pasukan saling bertukar-tukar mata sehingga game yang kedua. Setelah tamat game kedua kedua-dua pasukan terikat dengan 4 mata. Pemain Girl Power telah mengandakan asakan dan berjaya memecah kebuntuan setelah menang di game yang ketiga dengan 3-1. Girl Power juga terus menjarakkan kedudukan setelah menyapu bersih lapan mata hasil kemenangan di game terakhir dan penjumlahan pin keseluruhan. Dengan ini Girl Power berjaya mencipta kemenangan dengan 15-5.
Nur Khan vs Pheakers Team
Nur Khan yang menurunkan pemain-pemain baru seperti Elizabeth Mary, Rohidayawati dan Kamaludin Akil terpaksa berhempas pulas untuk memberi cabaran kepada pemain pasukan Pheakers Team (Nuri Haslina, Mohamad Shawaluddin dan Marzuki Anuar). Ketinggalan dengan 1-3 kepada Pheakers Team di game pertama, pasukan Nur Khan cuba bangkit di game yang kedua dan berjaya mengikat pasukan lawan dengan 2-2. Namun usaha Nur Khan untuk merapatkan kedudukan sekali lagi di halang oleh Pheakers Team yang menang dengan 3-1. Menyedari kedudukan Nur Khan yang berada di ambang kekalahan para pemain mereka telah melipatgandakan usaha dan berjaya mencapai kemenangan 3-1 di game terakhir. Walaupun telah berusaha keras mendapatkan kemenangan pemain Nur Khan terpaksa akur tunduk kepada Pheakers Team dengan 13-7.
1st Timer vs In The Zone
Pertembungan dua tempat teratas setelah tamat minggu pertama ini telah mendapat perhatian daripada penonton dan pemain pasukan yang lain. Pengumuman daripada pihak penganjur yang menyediakan voucher makan malam di Rivers kepada pemain yang pertama melakukan lima strike berturut-turut telah memberikan semangat kepada Nazri Bohari (1st Timer) untuk melakukannya dan berhasil di lima frame yang pertama. Kejayaan Nazri turut di kongsi oleh rakan sepasukan beliau (Rizalnam dan Azizi). Nazri juga telah membenamkan sebanyak 226 pin pada game tersebut. Permainan di game pertama agak seimbang dengan dua kemenangan berpihak kepada pemain In The Zone menerusi Marzuki Usop yang menewaskan Rizalnam Bohari dengan 189-163 dan kemenangan Yusri Suhaimi terhadap Azizi Johny dengan keputusan 172-161. 1st Timer juga mendapat dua mata untuk mengikat kedudukan menerusi kemenangan bergaya Nazri Bohari yang menundukkan Hew Fah Lin dengan 230-161 dan memperolehi mata penyamaan menerusi kemenangan jumlah pin berpasukan.
1st Timer mula menjarakkan kedudukan apabila menang dengan 2.5-1.5. Yusri Suhaimi dan Azizi Johny terikat apabila masing-masing menumbangkan sebanyak 194 pin. 1st Timer terus menghukum pasukan In The Zone setelah mudah mencapai kemenangan di game ketiga dengan 3-1. Usaha pemain In The Zone untuk bangkit di game terakhir tidak menjadi kenyataan apabila Marzuki Usop dan Yusri Suhaimi tidak bermain dengan baik. Peluang ini di ambil sepenuhnya oleh pemain 1st Timer yang mencipta kemenangan juga dengan 3-1. Penjumlahan pin keseluruhan turut di sambar pemain dan pasukan 1st Timer bagi menundukkan cabaraan pasukan In The Zone dengan 13.5 berbalas 6.5. Nazri Bohari juga telah di nobatkan sebagai pemain terbaik sepanjang minggu kedua oleh editor sukan In The Zone.
Perlawanan yang di jangka menjadi tumpuan minggu yang ke-3 akan berlaku di lorong ke-9 hingga ke lorong 14. Pertembungan di antara pendahulu liga yang baru iaitu Red Snapper akan menerima asakan hebat daripada pasukan di tangga ketiga liga Greve Team. Kedua-dua pasukan masing-masing telah mencapai dua kemenangan sebelum ini dan kemenangan bagi mana-mana pasukan akan mengubah kedudukan liga di minggu yang seterusnya.
Selain itu pertemuan di antara Girl Power dan Pheakers Team juga tidak kurang menariknya selain pertemuan 4-Musketeers yang akan menentang In The Zone.
Berikut adalah kedudukan liga setelah tamat minggu yang ke-2:
Sumber Berita disediakan oleh P3m@iN bOwLiNG.




























No comments:
Post a Comment