RED SNAPPER KEKALKAN POSISI DI PUNCAK LIGA
PASUKAN DI BAWAHAN LIGA MENGALAMI BANYAK PERUBAHAN POSISI
Salam mesra kepada semua pembaca setia blog IN THE ZONE (ITZ) mengenai berita serta bahan rujukan bagi kejohanan 1st RIVERSIDE & KIM BAY (165 & Below Trios League 2011/2012). Berakhirnya minggu ke-10 bermakna tinggal 5 lagi perlawanan yang perlu di lalui oleh semua pasukan bertanding sebelum kejohanan ini menutup tirainya.
Buat pertama kali semenjak kejohanan ini di pertandingkan, terdapatnya Pre-Bowl di antara pasukan AB RIO dan 1st TIMER sebelum pasukan lain bertanding bagi menyudahkan minggu yang ke-10 ini. Oleh kerana itu, hadiah mingguan yang menjadi idaman semua pemain seperti Voucher Makan Malam Di Riverside Majestic Café (untuk pemain yang melakukan 5 strike berturut-turut) dan Voucher Penginapan 2 hari 1 malam di Riverside Majestic Hotel (untuk pemain yang melakukan 8 strike berturut-turut) tidak dapat di berikan demi untuk bersikap adil kepada semua pasukan.
Minggu yang ke-10 juga telah menyajikan beberapa perlawanan menarik serta keputusan yang banyak merombak kedudukan pasukan bertanding kali ini. Di antaranya kekalahan kali ke-4 berturut-turut oleh 1st TIMER telah memberikan ruang kepada pasukan lain untuk menghampiri kedudukan ke-4 liga. Selain daripada itu, RED SNAPPER terus mengekalkan penguasaan di tangga teratas setelah menerima saingan sengit daripada pasukan 4-MUSKETEERS sebelum berjaya mencatatkan kemenangan tipis 11-9. Kekalahan 4-MUSKETEERS juga telah membuka ruang bagi pasukan IN THE ZONE mengambil alih kedudukan kedua liga setelah berjaya mengelakkan kekalahan dari pasukan berhandicap besar GIRL POWER. PERFECXION juga telah berjaya menang setelah beberapa perlawanan kebelakangan ini sering tumpas. PHREAKERS TEAM mula merapati tangga ke-4 liga setelah mencatatkan kemenangan besar ke atas pasukan THE INCREDIBOWLS. Kedudukan tangga ke-9 hingga terakhir juga mengalami banyak perubahan setelah perlawanan minggu ke-10.
Berikut adalah rangkuman perlawanan pada minggu ke-10:
1st TIMER vs AB RIO
Perlawanan ini berlangsung sehari sebelum jadual telah di adakan di atas persetujuan kedua-dua pasukan. 1st TIMER yang tewas tiga kali berturut-turut sebelum ini telah merombak senarai pemain dengan memasukkan kembali Shuib Ahmad yang di gandingkan bersam Yazid Karim dan Nazri Bohari dengan azam menghentikan badi kekalahan mereka. AB RIO pula telah menyenaraikan Doleena Kennedy serta Marzainah Jayamara untuk bersama Masri Gidi dalam memberikan tentangan yang sengit kepada 1st TIMER.
AB RIO berjaya menunjukkan belang di game yang pertama apabila mendahului 1st TIMER dengan 3-1 hasil kemenangan tipis Doleena, Masri Gidi dan jumlah pin berpasukan. Namun 1st TIMER berjaya mengikat kedudukan setelah menang juga dengan 3-1 hasil kemenangan besar Shuib Ahmad, Yazid Karim dan jumlah pin berpasukan. Walaubagaimanapun pemain 1st TIMER tidak berjaya mengekalkan momentum permainan mereka di game yang ketiga apabila tumpas 0-4 kepada AB RIO. 1st TIMER yang memerlukan kemenangan 4-0 di game terakhir untuk mengikat kedudukan hampir berjaya melakukannya apabila Shuib Ahmad dan Yazid Karim menang bergaya ke atas lawan masing-masing namun kemerosotan prestasi oleh Nazri Bohari telah memberikan satu mata penting buat Masri Gidi dan AB RIO.
Shuib Ahmad telah membantu 1st TIMER mendapat tiga mata hasil kemenangan beliau ke atas Doleena Kennedy manakala Yazid Karim kembali bangkit dengan kemenangan 4-1 ke atas Marzainah Jayamara. Masri Gidi telah menyumbangkan lima mata penuh atas kemenangan beliau terhadap Nazri Bohari telah membantu AB RIO untuk mencatatkan kemenangan 11-9 ke atas 1st TIMER. Ini merupakan kekalahan ke-4 berturut-turut oleh pasukan 1st TIMER yang di jangka akan bangkit selepas ini ibarat singa yang lapar. Walaupun mengalami kekalahan 1st TIMER masih mengekalkan kedudukan tangga ke-4 namun mata mereka kini semakin di hampiri oleh pasukan lain terutamanya PHREAKERS TEAM dan PERFECXION.
Masri Gidi (AB RIO) telah di pilih sebagai pemain paling cemerlang di kalangan enam pemain di atas oleh Arena Sukan ITZ setelah mencatatkan 756 pin tanpa handicap.
SCORE SHEET
STATISTIK PEMAIN
![]() |
| Jefry Rosdin , Abg Afiq Yazid dan Awg Kasti |
RED SNAPPER menurunkan barisan terkuat mereka dengan Jefry Rosdin, Abg Afiq Yazid dan Awg Kasti bertemu dengan barisan 4-MUSKETEERS yang terdiri daripada Rudy Bahrain, Herman Shah dan Ahmad Lek mempamerkan aksi yang bertenaga sepanjang perlawanan.
RED SNAPPER tersentak seketika apabila tumbang 1-3 di game yang pertama. Hanya Jefry Rosdin berjaya mendapatkan mata buat RED SNAPPER manakala jatuhan pin oleh Herman Shah dan Ahmad Lek telah membantu 4-MUSKETTERS mendapat tiga mata. Walaubagaimanapun RED SNAPPER kembali menyamakan kedudukan setelah Jefry Rosdin sekali lagi menyumbangkan mata manakala Awg Kasti memastikan kemenangan setelah bangkit daripada ketinggalan selain dibantu oleh tiga split yang di perolehi oleh Ahmad Lek untuk membantu RED SNAPPER memperolehi tiga mata.
4-MUSKETEERS kembali mendahului di game yang ke-3 setelah semua mata berjaya di bolot oleh pemain mereka lantas menjadikan perlawanan semakin sengit dan hangat. Seperti di dalam cerita Hindustan “Hero akan kalah dulu” RED SNAPPER telah membuktikan mereka pasukan yang hebat dengan mencatatkan kemenangan juga dengan 4-0 bagi mengikat kedudukan terkini dengan 8-8.
![]() |
| Rudy Bahrain, Herman Shah dan Ahmad Lek |
Pemenang yang hanya dapat di tentukan menerusi jumlah jatuhan pin individu keseluruhan telah memberikan peminat serta penyokong kedua-dua pasukan satu suasana yang amat tertekan. Jefry Rosdin berjaya mengalahkan Rudy Bahrain dengan 693-650 manakala Abg Afiq yang hanya menang di game terakhir berjaya menewaskan Herman Shah yang melakukan banyak kesilapan di game terakhir dengan keputusan 738-709 untuk dua mata awal menjadikan kedudukan RED SNAPPER mendahului dengan 10-8. Di saat RED SNAPPER hanya memerlukan satu mata untuk mencapai kemenangan, Ahmad Lek buat seketika berjaya menidakkan ianya terjadi dengan kemenangan ke atas Awg Kasti 768-709. Walaubagaimanapun 4-MUSKETEERS gagal menghalang RED SNAPPER daripada mencapai kemenangan apabila jumlah pin keseluruhan berpasukan berpihak kepada RED SNAPPER dengan perbezaan hanya 13 pin setelah menjatuhkan sebanyak 2140 pin.
RED SNAPPER di julang sebagai pemenang dengan keputusan 11-9 manakala Abg Afiq Yazid yang cemerlang di game terakhir telah di berikan penghormatan selaku pemain terbaik kerana catatan beliau di saat-saat akhir itu telah banyak membantu RED SNAPPER kali ini.
SCORE SHEET
STATISTIK PEMAIN
RIESTAR vs TALA KULU KULU
![]() |
| Iswandy, Jamayah Bujang dan Ramli Omar Baki |
RIESTAR yang menurunkan Jamayah Bujang, Ramli Omar Baki dan Iswandy telah bermain dengan agak baik sepanjang perlawanan ketika menentang barisan TALA KULU KULU seperti Norizan Abdullah, Rimong Unau dan Abg Dzulkernain.
Perlawanan berlangsung sengit apabila di game yang pertama TALA KULU KULU mendahului 3-1 sebelum di samakan keadaan oleh RIESTAR di game yang kedua juga dengan keputusan yang sama. Permainan ala-yoyo di tunjukkan oleh trio TALA KULU KULU apabila bangkit di game yang ketiga juga dengan keputusan 3-1 sebelum kembali tumpas di game yang terakhir juga dengan mata yang sama.
![]() |
| Rimong Unau, Norizan Abdullah dan Abg Dzulkernain |
Seperti perlawanan RED SNAPPER menentang 4-MUSKETEERS, keputusan perlawanan hanya dapat di tentukan menerusi jumlah jatuhan pin keseluruhan. Norizan Abdullah menceriakan kem TALA KULU KULU apabila mengatasi punggutan pin yang di perolehi oleh Jamayah Bujang dengan 714-602. Walaubagaimanapun Ramli Omar (RIESTAR) kembali menyamakan kedudukan apabila menang 694-636 ke atas cabaran Rimong Unau. Keadaan semakin hangat apabila Abg Dzulkernain dan Iswandy terikat pada 660 pin untuk kedudukan seri. Nasib berpihak kepada TALA KULU KULU apabila jumlah jatuhan pin berpasukan memihak kepada mereka setelah menjatuhkan sebanyak 2010 pin berbanding RIESTAR yang memperolehi sebanyak 1956 pin untuk kemenangan tipis 10.5 berbalas 9.5. Norizan Abdullah (TALA KULU KULU) diberikan hak sebagai pemain cemerlang oleh Arena Sukan ITZ.
SCORE SHEET
STATISTIK PEMAIN
LAS KOPEK vs NUR KHAN
![]() |
| Dzulkarnain Haron, Abg Tajuddin dan Abd Aziz |
![]() |
| Rohidayawati, Elizabeth Mary dan Normala Gusti |
Arena Sukan ITZ kali ini memilih ketiga-tiga trio LAS KOPEK sebagai pemain-pemain yang cemerlang di antara kedua-dua pasukan di atas sumbangan yang hampir sama oleh mereka bertiga.
SCORE SHEET
STATISTIK PEMAIN
IN THE ZONE vs GIRL POWER
![]() |
| Sufian Othman, Hew Fah Lin dan Marzuki Usop |
Di game yang pertama Marzuki Usop yang ketinggalan pada awalnya mula mendahului Eztianie yang berkelebihan sebanyak 15 pin handicap pada frame ke-6 dan akhirnya berjaya membutirkan mata pertama buat IN THE ZONE dengan kemenangan tipis 147-145. Namun begitu Meini Gunggang yang berkelebihan sebanyak 23 pin handicap ke atas Hew Fah Lin telah berjaya mempergunakan kelebihan handicap tersebut apabila menewaskan lawan beliau dengan 165-148. Sufian Othman pula yang ketinggalan sebanyak 25 pin handicap sebelum perlawanan terpaksa berhempas pulas setelah mendapat dua open frame di frame ke-7 dan ke-8 untuk kemenangan tipis 170-167. IN THE ZONE hanya mampu seri di game yang pertama setelah tumpas pada jumlah pin berpasukan dengan hanya 12 pin menjadikan kedudukan seri 2-2 setelah tamat game yang pertama.
Permulaan game yang kedua telah menyaksikan Marzuki Usop mengalami masalah tekak yang sakit sehingga membuatkan rakan sepasukan yang lain cemas seketika. Namun azam dan tekad Marzuki yang ingin meneruskan perjuangan walaupun telah di beritahu agar mengundurkan diri oleh rakan sepasukan yang lain wajar di puji. IN THE ZONE juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Riverside Superbowl terutamanya kepada En.Wan Fauzely kerana memberikan Panadol kepada Marzuki bagi mengurangkan kesakitan beliau itu. Walaupun di dalam keadaan yang kesakitan Marzuki telah berjaya bermain dengan baik sekali dan mencatatkan sebanyak 222 pin untuk terus memunggut mata buat IN THE ZONE. Hew Fah Lin pula sekali lagi di kecewakan oleh kelebihan handicap yang ada pada Meini Gunggang apabila tunduk kali kedua dengan keputusan 169-177. Sufian Othman sekali lagi di paksa oleh Noraniza untuk bermain bermati-matian apabila berjaya menjatuhkan sebanyak 192 pin. Sedikit pengalaman dan ketenangan yang di miliki oleh Sufian telah membolehkan beliau menyudahkan game kedua dengan kemenangan tipis setelah menjatuhkan sebanyak 195 pin sekaligus membantu IN THE ZONE mendahului dengan 5-3 setelah tamat game yang kedua.
Ketua pasukan IN THE ZONE yang agak risau dengan keadaan Marzuki telah meminta Pin 10 Café sedikit ais buat menyejukkan bahagian tekak rakan beliau itu sebelum bermulanya game yang ketiga. Hasilnya amat positif apabila menyaksikan Marzuki bermain dengan selesa cukup untuk beliau mencatatkan kemenangan ketiga ke atas Eztianie dengan kelebihan sebanyak 9 pin sahaja. Hew Fah Lin pula telah berjaya menghapuskan badi kekalahan handicap setelah berjaya menjatuhkan sebanyak 196 pin untuk kemenangan pertama beliau ke atas Meini Gunggang. Sufian pula meneruskan rentak yang baik meninggalkan lawan sebaik bermulanya game ketiga untuk kemenangan ketiga ke atas Noraniza dengan keputusan 176-152. Jumlah pin berpasukan juga memihak IN THE ZONE untuk mendahului dengan 9-3.
![]() |
| Meini Gunggang, Eztianie Malissa dan Noraniza Abd Wahab |
Game yang terakhir menjadi tugas yang lebih mudah buat IN THE ZONE apabila menyaksikan persembahan yang mula longgar dari Eztianie dan Noraniza. Cuma Meini Gunggang yang meneruskan aksi yang baik untuk memberi tentangan kepada Hew Fah Lin. Marzuki berjaya mempamerkan permainan terbaiknya sepanjang terlibat di dalam kejohanan ini apabila menjatuhkan sebanyak 215 pin di game yang terakhir, sekaligus mencatatkan kemenangan penuh ke atas Eztianie setelah menjatuhkan sebanyak 708 pin tanpa handicap. Hew Fah Lin pula terpaksa bermati-matian mendapatkan balingan-balingan yang baik terutama di lima frame terakhir dan akhirnya berjaya mencatatkan kemenangan kedua beliau setelah menumpaskan Meini dengan 164-162. Kelebihan handicap juga tidak menjadi buat Meini setelah tewas pada jumlah keseluruhan pin dengan perbezaan sebanyak 20 pin untuk kemenangan bermakna Hew Fah Lin buat kali ketiga. Sufian juga tidak menghadapi masalah menewaskan Noraniza sekali lagi dengan 207-164 sekaligus melengkapkan kemenangan penuh ke atas lawannya dengan menjatuhkan sebanyak 748 pin.
IN THE ZONE berjaya mengalahkan GIRL POWER dengan 17-3 dan Marzuki Usop telah di pilih Arena Sukan ITZ sebagai pemain cemerlang perlawanan ini.
SCORE SHEET
STATISTIK PEMAIN
THE INCREDIBOWLS vs PHREAKERS TEAM
![]() |
| Rebia Subon, Zalifah dan Howard Fadd |
Permainan di game yang pertama memihak PHREAKERS TEAM yang menang mudah 4-0 dengan Norhazman Pulo berjaya melakukan sebanyak 208 jatuhan pin. Di game yang kedua pula menyaksikan permainan cemerlang Zalifah yang menjatuhkan sebanyak 200 pin untuk menang ke atas Syed Arbini. Namun kemenangan beliau gagal menyuntik semangat kepada rakan sepasukan yang lain. Rebia Subon terus tunduk apabila di cabar Norhazman Pulo manakala Marzuki Anuar lega apabila menyaksikan beliau menang tipis ke atas Howard Fadd dengan hanya kelebihan 3 pin. Setelah tamat game kedua PHREAKERS TEAM mendahului THE INCREDIBOWLS dengan 7-1.
Game yang ketiga pula telah menyaksikan PHREAKERS TEAM membenam terus cabaran yang cuba di bawa oleh THE INCREDIBOWLS. Menjatuhkan sebanyak 562 pin di game yang ke-3 telah membolehkan trios PHREAKERS TEAM menang mudah dengan 4-0. Di game yang terakhir PHREAKERS TEAM mula mengendurkan asakan dan membolehkan Rebia Subon mencuri satu mata untuk THE INCREDIBOWLS sekaligus membantu pasukannya mendapatkan satu lagi mata menerusi jumlah pin berpasukan.
![]() |
| Nurhazman Pulo, Marzuki Anuar dan Syed Arbini |
Keputusan muktamad PHREAKERS TEAM menang selesa dengan 17-3 yang menyaksikan pasukan ini kekal di tangga ke-5 liga di samping merapatkan jurang mata dengan 1st TIMER yang menghuni tangga ke-4. Kekalahan THE INCREDIBOWLS pula menyaksikan mereka kembali ke dasar liga. Marzuki Anuar di pilih oleh Arena Sukan ITZ sebagai pemain paling cemerlang perlawanan ini.
SCORE SHEET
STATISTIK PEMAIN
PERFECXION vs MASJA-SA
![]() |
| Abdul Muhaimin, Awg Shawal dan Chang Kim Ping |
PERFECXION kelihatan semakin hilang arah di game yang pertama apabila ketinggalan dengan 1-3. Mata PERFECXION di hasilkan oleh Awg Shawal manakala Abg Bikusary dan Wan Habib telah membantu MASJA-SA mencatat kemenangan pada jumlah jatuhan pin berpasukan. Namun begitu PERFECXION mula mengamuk di game yang kedua walaupun Chang Kim Ping sekali lagi tumpas kepada Abg Bikusary namun Abdul Muhaimin dan Awg Shawal memastikan PERFECXION kembali ke landasan kemenangan setelah masing-masing membutirkan mata buta PERFECXION.
Di game yang ketiga, PERFECXION meneruskan asakan yang membolehkan mereka mengutip mata penuh. Chang Kim Ping yang tewas dua game terdahulu telah menewaskan Abg Bikusary dengan 196-183 manakala Abdul Muhaimin dan Awg Shawal terus mendominasi permainan dan membantu perfecxion melengkapkan kemenangan 4-0 di game ini. Walaupun MASJA-SA cuba bangkit di game yang terakhir namun pemain PERFECXION lebih bersedia dan akhirnya mengesahkan kemenangan dengan 3-1 hasil kemenangan sekali lagi oleh Chang Kim Ping, Awg Shawal dan jumlah pin berpasukan.
Pada penjumlahan pin keseluruhan Chang Kim Ping gagal mengutip mata ke-3 setelah di tumpaskan oleh Abg Bikusary dengan 2-3. Abdul Muhaimin pula mengesahkan kemenangan 3-2 ke atas Wan Habib sementara Awg Shawal menang penuh ke atas Kastina Othman. Keputusan penuh PERFECXION menewaskan MASJA-SA dengan 14-6 dan Awg Shawal di pilih sebagai pemain paling cemerlang pada perlawanan ini.
![]() |
| Abg Bikusary, Kastina Othman dan Wan Habib |
SCORE SHEET
STATISTIK PEMAIN
IMMIGRATION vs GREVE TEAM
![]() |
| Julie Kennedy, Jahawir Tambek dan Mahdi Abd Rahman |
IMMIGRATION terpaksa berputih mata apabila trio GREVE TEAM mempamerkan permainan yang baik untuk mendahului dengan selesa 4-0. Namun di game yang kedua, IMMIGRATION tidak mengaku kalah apabila berjaya merapatkan kedudukan dengan kemenangan 3-1. Mata-mata IMMIGRATION di sumbangkan oleh Jawahir Tambek, Mahdi Abd Rahman dan jumlah pin berpasukan.
GREVE TEAM kembali meningkatkan persembahan dan berjaya muncul sebagai pemenang di game yang ke-3 apabila Zaiwisman, Mazlan Mohamat serta jatuhan pin berpasukan menjadikan kedudukan semasa setelah tamat game ke-3 GREVE TEAM mendahului IMMIGRATION dengan 7-4. Sekali lagi IMMIGRATION bangkit di game yang terakhir apabila memperolehi 3 lagi mata hasil sumbangan Jawahir Tambek, Julie Kennedy dan jatuhan pin berpasukan.
Namun kemaraan IMMIGRATION terhenti apabila hanya Jawahir Tambek dapat menewaskan lawan bagi jumlah pin keseluruhan manakala rakan sepasukan yang lain kecundang di tangan lawan masing-masing. Mazlam Mohamat (GREVE TEAM) di nobatkan selaku pemain paling cemerlang perlawanan ini yang berkesudahan GREVE TEAM menewaskan IMMIGRATION dengan 12-8.
SCORE SHEET
STATISTIK PEMAIN
KEDUDUKAN TERKINI LIGA DI MINGGU KE-10:



































Tahniah kepada Pasukan In The Zone.
ReplyDelete