Friday, 20 January 2012

Week #11: Riverside & Kim Bay (165 & Below Trios League 2011/2012)


4-MUSKETEERS MENDAHULUI LIGA BUAT KALI PERTAMA
KEJUARAAN LIGA SEMAKIN TEERBUKA LUAS

Salam muhibah 1 Malaysia buat semua pembaca setia laman blog ITZ juga kepada semua peminat serta pemain-pemain bowling di mana sahaja anda berada.

Terlebih dahulu bagi pihak semua warga IN THE ZONE Bowling Team, kami ingin mengucapkan “GONG XI FA CAI” kepada semua pembaca serta pemain yang menyambutnya. Semoga kedatangan tahun baru ini “Tahun Naga” atau “Dragon Year” ini akan membawa lebih kemakmuran dan kemewahan kepada semua dari tahun-tahun sebelumnya.

"SELAMAT PENGANTIN BARU" BUAT FAIROUL ASHMEY & KAMARIAH EMAN
Warga IN THE ZONE juga ingin mengucapkan “Selamat Pengantin Baru” kepada Fairoul Ashmey (salah seorang pemain ITZ) yang telah selamat mendirikan rumahtangga pada 14hb Januari 2012. Lebih mengembirakan lagi apabila pasangan Fairoul Ashmey merupakan adik kepada Rajak Eman (salah seorang pemain pasukan NUR KHAN). Besar kemungkinan bakat bowling yang ada pada kedua-dua pemain ini akan di warisi oleh anak beliau kelak. Semua pemain IN THE ZONE mendoakan agar pasangan Fairoul Ashmey dan Kamariah Eman akan kekal ke akhir hayat di samping mendapatkan zuriat seberapa banyak yang boleh.

Berbalik kepada kejohanan “RIVERSIDE & KIM BAY (165 & Below Trios League 2011/2012)” anjuran Riverside Bowling Management Sdn Bhd, ini merupakan minggu ke-11 kejohanan dan tinggal baki 4 lagi perlawanan yang perlu di harungi oleh semua pasukan bertanding.

Kejuaraan kejohanan masih terbuka kepada semua pasukan terutamanya pasukan yang sedang mendahului carta seperti RED SNAPPER, IN THE ZONE, 4-MUSKETEERS, 1st TIMER, PHREAKERS TEAM dan juga PERFECXION. Dengan baki 4 perlawanan juga menjadikan pertandingan ini lebih menarik dan berkemungkinan “JUARA” yang di cari hanya akan di tentukan pada perlawanan terakhir yang di jadualkan pada 16hb Febuari 2012.

Perlawanan tumpuan pada minggu ke-11 kali ini menjadi milik pertemuan di antara PERFECXION (tangga ke-6) dan RED SNAPPER (pendahulu liga). Lorong 9 & 10 juga menjadi lorong yang paling sibuk apabila ramai penyokong dan penonton yang tertumpu kepada perlawanan kedua-dua pasukan tersebut. Perlawanan lain yang tidak kurang menarik perhatian juga ialah di antara PHREAKERS TEAM (tangga ke-5) bertemu 1st TIMER (tangga ke-4) di lorong 13 & 14. 4-MUSKETEERS (tangga ke-3) juga bakal berhadapan pasukan sensasi MASJA-SA yang kini menghuni tangga ke-10. IN THE ZONE (tangga ke-2) yang bermain di lorong terakhir bakal di cabar pasukan yang sedang meninggkat naik iaitu LAS KOPEK (tangga ke-9).
  
Berikut adalah rangkuman perlawanan pada minggu ke-11:

PERFECXION vs RED SNAPPER
AWG SHAWAL , CHANG KIM PING & SITI HAJJAR SAIBI
Berbekalkan kemenangan minggu lalu ke atas MASJA-SA kini pasukan PERFECXION kembali yakin untuk menewaskan pasukan-pasukan yang lain. Berdepan dengan pasukan hebat seperti RED SNAPPER pada minggu ini, PERFECXION yang kelihatan agak bersahaja telah menurunkan gandingan Siti Hajjar Saibi, Chang Kim Ping dan Awg Shawal untuk mencabar dominasi yang di tunjukkan trio daripada RED SNAPPER seperti Jefry Rosdin, Abg Afiq Yazid dan Awg Kasti.

Seawal game yang pertama, PERFECXION menunjukkan belang dengan mendahului RED SNAPPER dengan 3-1 hasil kemenangan Chang Kim Ping, Awg Shawal dan jatuhan pin berpasukan namun kehebatan yang ada pada pasukan RED SNAPPER telah memadamkan penguasaan tersebut apabila kembali mendahului PERFECXTION dengan kemenangan di game yang kedua dengan 4-0.

ABG AFIQ YAZID , JEFRY ROSDIN & AWG KASTI
RED SNAPPER terus mendominasi perlawanan dengan kemenangan 3-1 di game yang ketiga hasil mata yang di sumbangkan oleh Jefry Rosdin, Awg Kasti dan jatuhan pin berpasukan. Di game yang terakhir PERFECXION telah melakukan kejutan apabila menang dengan keputusan 4-0 menjadikan kedudukan terkini terikat dengan 8-8.


Pemenang yang hanya akan di tentukan menerusi jatuhan pin keseluruhan telah berpihak kepada pasukan RED SNAPPER yang lebih unggul di hadapan dengan kemenangan Jefry Rosdin terhadap Siti Hajjar, Awg Kasti yang menang ke atas Awg Shawal dan jumlah jatuhan pin berpasukan. Hanya Chang Kim Ping yang berjaya mendapatkan mata menerusi kemenangan ke atas Abg Afiq Yazid menjadikan keputusan penuh RED SNAPPER menang ke atas PERFECXION dengan 11-9.

Walaupun pasukan PERFECXION tewas namun Chang Kim Ping telah di pilih sebagai pemain paling cemerlang perlawanan malam ini oleh Arena Sukan ITZ.

SCORE SHEET
STATISTIK PEMAIN

THE INCREDIBOWLS vs AB RIO
HOWARD FADD & REBIA SUBON
Kejohanan ini telah sedikit sebanyak memberikan pemain-pemain THE INCREDIBOWLS ruang untuk menonjolkan diri dan memperbaiki kelemahan yang sedia ada. Menurunkan hanya dua pemain sahaja iaitu Rebia Subon dan Howard Fadd berhadapan dengan pemain AB RIO seperti Noraini Karim, Marzainah Jayamara dan Masri Gidi telah menjadikan perlawanan ini berat sebelah.

Noraini yang perlu menjatuhkan sekurang-kurangnya 100 pin untuk menang dengan ketiadaan pemain THE INCREDIBOWLS telah berjaya melakukannya di sepanjang 4 game yang di langsungkan untuk memunggut mata penuh buat pasukann AB RIO.

MASRI GIDI , NORAINI KARIM , DOLEENA KENNEDY & MARZAINAH
Marzainah pula bermain dengan cemerlang minggu ini dan berjaya menewaskan Rebia Subon 5-0. Marzainah juga kelihatan amat gembira dengan permainannya sepanjang minggu ini terutamanya apabila menjatuhkan lebih 200 pin pada game yang kedua.

Masri Gidi yang menang pada dua game awal tersentak apabila Howard Fadd yang mula menemui rentak di game yang ketiga tewas dengan 2-3. Howard Fadd di lihat mengambil kesempatan apabila Masri Gidi mula mengendurkan asakan berbisa beliau setelah mendahului dua mata.

Marzainah Jayamara telah di pilih sebagai pemain paling cemerlang di antara kedua-dua pasukan ini.

SCORE SHEET
STATISTIK PEMAIN

PHREAKERS TEAM vs 1ST TIMER
FAIZUL RAHIM , NURI HASLINA & MARZUKI ANUAR
Salah satu lagi perlawanan tumpuan pengunjung minggu ini adalah pertemuan di antara PHREAKERS TEAM berdepan dengan saingan 1st TIMER. PHREAKERS TEAM yang sudah mula menghidu peluang untuk mencabar pendahulu liga bakal di tentang habis-habisan oleh 1st TIMER yang ibarat “Harimau yang kelaparan”. PHREAKERS TEAM mempertaruhkan gandingan di antara Nuri Haslina, Faizul Rahim dan Marzuki Anuar manakala 1st TIMER pula menyenaraikan trio Shuib Ahmad, Yazid Karim dan Abg Rashidi untuk memadamkan badi kekalahan buat kali ke-5 berturut-turut.

YAZID KARIM , ABG RASHIDI & SHUIB AHMAD
1st TIMER yang turun dengan suntikan semangat yang baru apabila mula memakai pakaian yang baru telah mendominasi game pertama dengan kemenangan penuh ke atas trio PHREAKERS TEAM. Semangat juang itu berterusan di game yang kedua apabila 1st TIMER menang dengan 3-1. Satu-satunya mata PHREAKERS TEAM telah di sumbangkan oleh Faizul Rahim.

Skrip yang sama di hasilkan oleh kedua-dua pasukan ini di game yang ketiga. 1st TIMER sekali lagi mendapatkan mata menerusi Shuib Ahmad, Abg Rashidi dan jatuhan pin berpasukan. Di game yang terakhir cubaan PHREAKERS TEAM untuk bersaing tidak menjadi kenyataan apabila terus tewas juga dengan 1-3. Bezanya kali ini PHREAKERS TEAM mendapat matanya melalui kemenangan Marzuki Anuar ke atas Abg Rashidi.

1st TIMER juga mendominasi sepenuhnya mata pada penjumlahan pin keseluruhan individu dan berpasukan apabila memenangi kesemua mata yang di pertandingkan. Keputusan penuh 1st TIMER bukan sahaja berjaya menamatkan badi kekalahan tetapi telah berjaya kembali bersaing untuk kejuaraan liga setelah menang besar dengan 17-3.

Shuib Ahmad buat kali pertama telah di pilih sebagai pemain paling cemerlang perlawanan minggu ini oleh Arena Sukan ITZ.  
 
SCORE SHEET
STATISTIK PEMAIN

TALA KULU KULU vs GREVE TEAM
MOHD ROLAM , KHAIRY AMRY  & ABG DZULKERNAEN
TALA KULU KULU yang agak cemerlang sejak kebelakangan ini telah membariskan pemain seperti Mohd Rolam, Abg Dzulkernaen dan Khairy Amry bagi menghadapi cabaran pemain-pemain GREVE TEAM seperti Mazlan Mohamat, Irman Zaini dan Noorshazirin.

GREVE TEAM membuktikan status mereka apabila memenangi game pertama dengan 3-1 hasil kemenangan Irman Zaini, Noorshazirin dan jatuhan pin berpasukan. Mazlan Mohamat pula terpaksa akur dengan kelebihan handicap yang di miliki Mohd Rolam walaupun menjatuhkan jumlah pin yang sama sebelum di campur dengan handicap.

MAZLAN MOHAMAT , NOORSHIZARIN & IRMAN ZAINI
Di game yang kedua, GREVE TEAM tersentak apabila trio TALA KULU KULU mula mendapatkan rentak permainan. Mazlan Mohamat kali ini berjaya menewaskan Mohd Rolam untuk mata buat GREVE TEAM namun Irman Zaini dan Noorshazirin gagal meneruskan rentak kemenangan setelah tumbang pada lawan masing-masing. TALA KULU KULU juga berjaya mendapatkan mata melalui jatuhan pin berpasukan di game yang kedua ini untuk kedudukan semasa terikat dengan 4-4.

TALA KULU KULU terus mempamerkan aksi yang baik apabila menang penuh pada game yang ketiga. Kemenangan 4-0 oleh TALA KULU KULU ini telah menjadikan kedudukan mereka mendahului dengan 8-4. Kemenangan sudah mula terpancar kepada pasukan TALA KULU KULU dan GREVE TEAM perlu melakukan yang lebih baik untuk kembali bersaing.

Di game yang terakhir, permainan yang merosot oleh Mohd Rolam telah membolehkan Mazlan Mohamat untuk meninggalkan jauh jatuhan pin kedua-dua pemain ini untuk kemenangan berpihak kepada Mazlan Mohamat. Walaupun Abg Dzulkernaen bermain dengan baik namun beliau terpaksa akur apabila Irman Zaini mengandakan usaha untuk menjatuhkan lebih daripada 200 pin untuk memenangi perlawanan ketika bertemu Abg Dzulkernanen. Khairy Amry pula tidak terjejas dengan persembahan rakan sepasukan yang lain dan terus mendapatkan mata buat TALA KULU KULU dengan kemenangan ke atas Noorshazirin.

Keputusan penuh kedua-dua pasukan terikat dengan 10-10. Irman Zaini telah di pilih sebagai pemain paling cemerlang di antara kedua-dua pasukan setelah menjadi penyebab untuk keputusan seri ini.

SCORE SHEET
STATISTIK PEMAIN

IMMIGRATION vs RIESTAR
JAWAHIR TAMBEK , MAHDI & ABD RAHIM
Kedua-dua pasukan ini yang telah kalah pada minggu lepas turun sesama sendiri bagi membuktikan keupayaan masing-masing. Walaupun di atas kertas pemain-pemain IMMIGRATION seperti Jawahir Tambek, Mahdi Abd Rahman dan Abd Rahim mampu menundukkan pemain-pemain RIESTAR seperti Iswandy Zain, Ramli Omar dan Mawi Labini namun di dalam sukan bowling semuanya boleh terjadi.

IMMIGRATION di kejutkan seawal game pertama apabila trio RIESTAR berjaya mendapat 4 mata yang menyaksikan permainan merosot daripada trio IMMIGRATION terutamanya Mahdi Abd Rahman dan Abd Rahim. RIESTAR meneruskan rentak kemenangan di game yang kedua apabila mendapatkan mata menerusi Ramli Omar, Mawi Labini dan jumlah pin berpasukan untuk kedudukan semasa RIESTAR mendahului dengan 7-1.

ISWANDY ZAIN , RAMLI OMAR & MAWI LABINI
RIESTAR terus menghukum trio IMMIGRATION apabila kembali memenangi perlawanan dengan 4-0 di game yang ketiga sebelum IMMIGRATION di game yang terakhir telah berjaya mengurangkan defisit dengan kemenangan 3-1.

Keputusan penuh RIESTAR menang dengan 15-5 dan Ramli Omar (RIESTAR) telah di pilih sebagai pemain paling cemerlang di antara kedua-dua pasukan ini.

SCORE SHEET
STATISTIK PEMAIN

4-MUSKETEERS vs MASJA-SA
AHMAD LEK , RUDY BAHRAIN & SAZALI YUNUS
4-MUSKETEERS yang turun satu anak tangga setelah tumpas tipis kepada RED SNAPPER minggu lalu telah berazam untuk mengambil semula kedudukan tersebut dengan menyenaraikan Rudy Bahrain, Sazali Yunus dan Ahmad Lek bagi merealisasikan hasrat tersebut. MASJA-SA pula kembali menurunkan Kastina Othman, Mohd Zaimi dan pemenang 8 pin tap iaitu Abdullah Tamel sebagai pemain yang mewakili pasukan untuk memberikan cabaran kepada pasukan 4-MUSKETEERS.

MOHD ZAIMI , ABDULLAH TAMEL & KASTINA OTHMAN
Persaingan di game yang pertama amat sengit di mana pemain bagi kedua-dua pasukan bersaing hebat untuk mendapatkan mata namun kelebihan berpihak kepada 4-MUSKETEERS yang mendapat tiga mata menerusi kemenangan Rudy Bahrain, Ahmad Lek dan jumlah pin berpasukan manakala MASJA-SA mendapat satu mata melalui Mohd Zaimi.


Di game yang kedua, 4-MUSKETEERS berjaya mengambil peluang apabila ketiga-tiga pemain MASJA-SA tidak menunjukkan prestasi yang sebagaimana yang di harapkan. 4-MUSKETEERS menang dengan mudah 4-0. Di game yang ketiga, sekali lagi 4-MUSKETEERS berjaya memperolehi kemenangan mutlak 4-0. Permainan yang amat baik dari ketiga-tiga pemain 4-MUSKETEERS telah menghampakan pemain MASJA-SA.


Cubaan MASJA-SA untyuk bangkit di game yang terakhir tidak menjadi kenyataan apabila terus di kecewakan oleh trio 4-MUSKETEERS yang menang dengan 3-1. Keputusan penuh 4-MUSKETEERS menang selesa dengan 18-2 dan kemenangan besar ini amat bermakna apabila membolehkan 4-MUSKETEERS menduduki tempat pertama liga mengambil alih pemerintahan RED SNAPPER dengan kelebihan 0.85 mata sahaja. Ahmad Lek sekali lagi terpilih sebagai pemain terbaik perlawanan oleh Arena Sukan ITZ.

SCORE SHEET
STATISTIK PEMAIN

GIRL POWER vs NUR KHAN
NORANIZA , NURUL JUMANIZA & SURYANTI
Kedua-dua pasukan ini yang tewas pada minggu lepas berhasrat untuk menjadikan pertemuan ini sebagai medan kebangkitan. GIRL POWER kembali menurunkan Suryanti, Noraniza dan Nurul Jumaniza yang bakal di tentang pemain-pemain NUR KHAN seperti Rohidayawati, Normala Gusti dan Rajak Eman.


GIRL POWER membuktikan kehandalan mereka apabila mendahului NUR KHAN dengan 3-1 setelah tamat game yang pertama. Mata-mata GIRL POWER di sumbangkan oleh Suryanti, Noraniza dan jatuhan pin berpasukan. GIRL POWER sekali lagi mempamerkan aksi mengerunkan apabila tetap menewaskan NUR KHAN juga dengan 3-1 menerusi pemain yang sama.

RAJAK EMAN , NORMALA GUSTI & ROHIDAYAWATI
NUR KHAN bertindak bangkit di game yang ketiga apabila berjaya mengurangkan defisit kepada 5-7 setelah menang 3-1 di game ketiga ini. Mata-mata NUR KHAN di sumbangkan oleh Rohidayawati, Normala Gusti dan jatuhan pin berpasukan. Nurul Jumaniza yang menang ke atas Rajak Eman di game ketiga ini telah memperolehi 5 strike berturut-turut bermula di frame yang ke-7 dan telah menerima 2 keping tiket menyaksikan filem di panggung wayang yang di taja sepenuhnya oleh Lotus Cinema. Di game yang terakhir, sekali lagi NUR KHAN berjaya mengalahkan GIRL POWER juga dengan 3-1 tetapi kali ini menerusi Rohidayawati, Rajak Eman dan jatuhan pin berpasukan.

PEMENANG 5 STRIKE BERTURUT-TURUT
Terikat dengan 8-8 setelah tamat perlawanan game ke-4 pemenang akan di tentukan melalui jumlah pin keseluruhan individu dan berpasukan. GIRL POWER lebih bernasib baik kerana berjaya memperolehi 3 mata lagi menerusi jatuhan pin keseluruhan Suryanti, Noraniza dan berpasukan. Sungguhpun Nurul Jumaniza hanya menang satu mata melalui perlawanan ini namun beliau telah di pilih sebagai pemain paling cemerlang kerana satu mata beliaulah yang membolehkan GIRL POWER mencipta kemenangan tipis 11-9 ke atas NUR KHAN.

SCORE SHEET
STATISTIK PEMAIN

IN THE ZONE vs LAS KOPEK
MAZELAN MOHAMAD , SUFIAN OTHMAN & FAZREEN FADZUAN
IN THE ZONE yang kini berada di belakang pendahulu liga telah menyenaraikan Mazelan Mohamad, Fazreen Fadzuan dan Sufian Othman bagi menghadapi cabaran yang di bawa oleh Abg Iskandar, Azzairul Sarkawi dan Abd Aziz yang mewakili pasukan LAS KOPEK.

LAS KOPEK telah berjaya mempamerkan aksi yang luar biasa di game yang pertama terutama menerusi Abg Iskandar dan Azzairul yang mudah menewaskan Mazlan Mohamad dan Fazreen Fadzuan lalu membantu LAS KOPEK mendahului IN THE ZONE dengan 3-1. Di game yang kedua, Abg Iskandar terus melakukan yang terbaik di samping Abd Aziz yang berjaya menewaskan Sufian Othman telah membantu LAS KOPEK untuk mencapai kemenangan sekali lagi dengan 3-1.

ABD AZIZ , ABG ISKANDAR & AZZAIRUL
Usaha IN THE ZONE untuk bangkit di game yang ketiga berkecai apabila ketiga-tiga pemain IN THE ZONE telah bermain di bawah pencapaian peribadi sebenar. Peluang ini di gunakan sepenuhnya oleh trio LAS KOPEK untuk terus mengagalkan usaha IN THE ZONE untuk bangkit setelah mencapai kemenangan penuh di game ketiga dan menjadikan kedudukan semasa LAS KOPEK mendahului IN THE ZONE dengan 9-3.

Kelemahan mental pemain-pemain IN THE ZONE pada game ke-4 ini amat ketara apabila sekali lagi gagal bermain dengan cara tersendiri. Walaupun berada di bawah prestasi sebenar, Mazlan Mohamad telah berjaya juga mendapatkan satu mata buat IN THE ZONE manakala rakan sepasukan yang lain gagal melaksanakan tanggungjawab yang telah di berikan.

Keputusan penuh LAS KOPEK telah membelasah IN THE ZONE dengan 16-4 dan ketiga-tiga pemain LAS KOPEK ini telah di pilih sebagai pemain-pemain terbaik oleh Arena Sukan ITZ.

Kekalahan besar IN THE ZONE telah menyebabkan pasukan ini jatuh ke tangga ke-4 dan merupakan kekalahan terbesar yang pernah di alami oleh IN THE ZONE semenjak di tubuhkan.

SCORE SHEET
STATISTIK PEMAIN


KEDUDUKAN TERKINI LIGA DI MINGGU KE-11:
Sumber Berita Arena Sukan ITZ telah  disediakan oleh P3m@iN bOwLiNG.

No comments:

Post a Comment