Friday, 30 December 2011

Week #8: Riverside & Kim Bay (165 & Below Trios League 2011/2012)

KINI PERSAINGAN MAHKOTA LIGA DI ANTARA 3 PENJURU
ERA KEBANGKITAN PASUKAN BAWAHAN LIGA SUDAH BERMULA


Salam 1 MALAYSIA buat semua pembaca-pembaca, pemain-pemain serta pengemar laman blog IN THE ZONE bagi mendapatkan sumber berita mengenai kemeriahan pertandingan, keputusan perlawanan dan statistik permainan masing-masing bagi kejohanan 1st RIVERSIDE & KIM BAY (165 & Below Trios League 2011/2012).

Terlebih dahulu saya bagi pihak pengurusan serta pemain-pemain IN THE ZONE ingin mengucapkan “SELAMAT TAHUN BARU 2012” yang bakal menjelang tidak lama lagi dengan segunung harapan agar tahun 2012 akan menjadi tahun yang paling gemilang buat semua pembaca dan pemain-pemain sekalian.

Perlawanan malam semalam merupakan perlawanan bagi minggu ke-8 di mana persaingan merebut mahkota takhta liga semakin sengit dan hebat. Kekalahan pendahulu liga 1st TIMER buat kali kedua serta kekalahan tipis RED SNAPPER pada kali ini telah membuka ruang kepada satu lagi pasukan bersama-sama bersaing rapat untuk tempat yang pertama. 4-Musketeers muncul kini sebagai pencabar hebat bagi kedua-dua pasukan tersebut. IN THE ZONE pula sedang mengintai peluang untuk kembali bersaing mendapatkan mahkota kejuaraan yang pertama di adakan ini.

Berikut adalah rangkuman perlawanan pada minggu ke-8:

MASJA-SA vs IMMIGRATION


MOHD FILLANIE , IDRIS ABDUL LATIP dan ABDUL RAHIM SABELI
Immigration yang mempertaruhkan gandingan Mohd Fillanie, Abdul Rahim Sebli dan Idris Hj Abdul Latip untuk melayan kunjungan barisan daripada Masja-SA seperti Abg Bikusary, Asri Mat dan Easmawi Razak telah berjaya melaksanakan misi kemenangan apabila Immigration menang dengan 11-9. Walaupun mencatatkan kemenangan namun kedudukan Immigration masih kekal di tangga ke-10 liga.

Mohd Fillanie (Immigration) tidak dapat mempamerkan permainan yang baik apabila gagal melaksanakan banyak spare. Walaupun Abg Bikusary (Masja-SA) telah mendapat sebanyak 10 split yang gagal di sudahkan namun peluang yang di buka oleh Mohd Fillanie di gunakan sepenuhnya oleh beliau. Abg Bikusary mencatatkan kemenangan dengan keputusan 4-1 ke atas Mohd Fillanie.

Asri Mat (Masja-SA) yang mempunyai average yang sama dengan lawan beliau Abdul Rahim Sebli (Immigration) terpaksa bekerja keras sepanjang perlawanan apabila Abdul Rahim Sebli telah berjaya mempertingkatkan permainan dengan jatuhan pin yang lebih baik daripada kebiasaannya. Asri Mat yang hanya mampu mencuri satu mata hasil kemenangan di game yang kedua tidak mampu berbuat apa-apa setelah tewas 1-4 kepada Abdul Rahim Sebli. Di perlawanan ini juga telah menyaksikan Abdul Rahim Sebli membenamkan sebanyak 823 pin sepanjang perlawanan malam semalam. Jumlah jatuhan pin Abdul Rahim Sebli telah meletakkan beliau di tangga ke-2 kategori “Individual High Series (Handicap)” menolak keluar Awg Kasti (Red Snapper) daripada kategori tersebut.

Walaupun Easmawi Razak (Masja-SA) di letakkan sebagai calon pemenang namun kemerosotan prestasi terutama di tiga game awal telah mengakibatkan kekalahan tipis beliau kepada Idris Hj Abdul Latip (Immigration) dengan keputusan 2-3. Walaupun tewas namun 2 split yang berjaya di sempurnakan beliau pada malam tadi telah menjadi topik perbualan para pemerhati kejohanan.

ABG BIKUSARY , EASMAWI RAZAK dan ASRI MAT
Pemain terbaik yang di pilih oleh Arena Sukan ITZ bagi perlawanan ini sudah tentu menjadi milik Abdul Rahim Sebli (Immigration). Kekalahan Masja-SA juga tidak mengubah kedudukan pasukan ini di tangga ke-8 liga. 

 
STATISTIK PEMAIN

PERFECXION vs NUR KHAN

ABDUL MUHAIMIN , LU CHIENG SIANG dan AWG SHAWAL

Perfecxion telah mengubah barisan mereka pada perlawanan menentang Nur Khan kali ini setelah merehatkan Chang Kim Ping dan mengunakan khidmat Lu Chieng Siang bagi bergandingan bersama Abdul Muhaimin dan Awg Shawal. Manakala Nur Khan sekali lagi bergantung harapan kepada dua pemain yang kerap di turunkan iaitu Abg Senawi dan Rajak Eman di iringi oleh Normala Gusti yang buat kali kedua di turunkan sepanjang kejohanan ini.

CHANG KIM PING
Perfecxion telah menerima “Durian Runtuh” malam semalam apabila juruhebah bertauliah daripada Riverside Superbowl iaitu En. Wan Fauzeli Zulkafly telah mengumumkan bahawa pihak penganjur akan memberikan kejutan hadiah-hadiah misteri kepada pemain-pemain dan pasukan-pasukan yang terlibat.

KETUA PASUKAN PERFECXION
Perfecxion membolot semua hadiah-hadiah tersebut. Di antara kategori hadiah yang disapu bersih Perfecxion adalah “Best Team Punctuality” , “Best Team Uniforms” , “Beer Frame” dan “Voucher Buffet Japanese Dinner” yang di menangi oleh Awg Shawal di hujung permainan game yang pertama. Sekalung tahniah buat pasukan Perfecxion.

AWG SHAWAL MENDAPAT HADIAH ISTIMEWA
Namun kemenangan di atas tidak mampu di panjangkan lagi kepada perlawanan sebenar apabila Perfecxion terpaksa akur tewas kepada pasukan Nur Khan dengan keputusan 9-11. Lu Chieng Siang (Perfecxion) mempamerkan kelemahan ketara di game yang kedua dan keempat telah membolehkan Normala Gusti (Nur Khan) mendahului jumlah jatuhan pin keseluruhan dengan perbezaan sebanyak 22 pin untuk menang 3-2 ke atas Lu Chieng Siang. Kelebihan handicap sebanyak 11 pin ke atas Lu Chieng Siang juga telah digunakan sebaiknya oleh Normala Gusti.

BEER FRAME PERFECXION
Abdul Muhaimin (Perfecxion) pula tidak memberikan ruang untuk Abg Senawi (Nur Khan) untuk mencapai kemenangan. Abdul Muhaimin hanya melepaskan satu mata kepada Abg Senawi iaitu di game yang kedua. Sebanyak 6 split telah di perolehi oleh Abdul Muhaimin sepanjang perlawanan dan dua daripadanya telah berjaya di sempurnakan beliau. Begitu juga dengan Abg Senawi yang mendapat jumlah split yang sama dan berjaya menyempurnakan dua daripada split tersebut.

NORMALA GUSTI , RAJAK EMAN dan ABG SENAWI
Awg Shawal (Perfecxion) yang mendapat tentangan sengit daripada Rajak Eman (Nur Khan) di game yang pertama telah berjaya menghangatkan suasana di Riverside Superbowl. Beliau yang hambat oleh Rajak Eman untuk bermain dengan lebih baik bukan sahaja berjaya menjatuhkan sebanyak 227 pin (termasuk handicap) dan berjaya menewaskan Rajak Eman tetapi beliau juga telah memperolehi sebanyak lima strike berturut-turut bermula dari frame yang ketujuh. Dengan itu sudah sah beliau adalah pemilik kepada “Voucher Buffet Japanese Dinner” yang di sumbangkan oleh Riverside Majestic Hotel.

KIM BAY VOUCHER
Kemenangan bergaya yang di ciptakan oleh Awg Shawal tidak berpanjangan setelah gagal meneruskan aksi cemerlang seperti di game yang pertama. Rajak Eman meneruskan aksi konsisten sementara Awg Shawal sudah hilang punca. Rajak Eman mendominasi game-game yang seterusnya dan menyudahkan perlawanan dengan kemenangan 4-1 ke atas Awg Shawal.

Pemain terbaik pilihan Arena Sukan ITZ di antara kedua-dua pasukan ini telah di berikan kepada Rajak Eman (Nur Khan) kerana dapat mengawal situasi selepas tewas di game yang pertama dan banyak membantu Nur Khan dalam mencatatkan jumlah jatuhan pin keseluruhan berpasukan.


STATISTIK PEMAIN


AB RIO vs IN THE ZONE

MASRI GIDI , NORAINI KARIM dan KAMARULARIFFIN

Setelah menerima kekalahan ketiganya minggu lalu dengan Red Snapper, IN THE ZONE kali ini telah mencuba gandingan baru di mana Zaidin Dasukin bertindak sebagai pemain pertama, Yusri Suhaimi bertugas sebagai pemain kedua dan Sufian Othman sebagai pemain terakhir. Berdepan tugas sukar menentang AB Rio minggu ini yang menurunkan gandingan Noraini Karim, Kamarularifin Harun dan Masri Gidi pastinya bakal menyaksikan pertarungan yang sengit.

Zaidin Dasukin menceriakan kem In The Zone setelah mendapat mata penuh ketika berhadapan dengan cabaran yang di berikan oleh Noraini Karim. Noraini Karim yang memiliki kelebihan handicap sebanyak 14 pin tewas di game pertama dengan keputusan 153-159. Noraini Karim telah memperbaiki permainan dengan baik sehingga dapat menjatuhkan sebanyak 199 pin namun Zaidin Dasukin juga telah mempamerkan kehebatan dengan menjatuhkan sebanyak 213 pin untuk kemenangan kedua beliau. Di dua game terakhir Zaidin Dasukin berjaya meneruskan komitmen terhadap permainan beliau dan berjaya memberikan lima mata buat pasukan In The Zone.

YUSRI SUHAIMI aka NimroD , SUFIAN OTHMAN aka NeCCaRD dan ZAIDIN DASUKIN aka The GLiDeR
Harapan In The Zone mencapai kemenangan di teruskan lagi oleh Yusri Suhaimi yang mempunyai kelebihan handicap sebanyak 13 pin ke atas lawannya iaitu Kamarulariffin Harun. Walaupun mempunyai kelebihan handicap namun Yusri Suhaimi tetap berdepan rintangan yang sukar kerana Kamarulariffin merupakan seorang pemain yang cukup cemerlang dan konsisten. Yusri Suhaimi mengalas harapan yang di berikan dengan baik apabila menundukkan Kamarulariffin di dua game yang pertama. Namun Kamarulariffin menyerlahkan kehebatan sebenar beliau di game yang ketiga dengan membelasah Yusri Suhaimi dengan keputusan 222-172 sekaligus berjaya merapatkan jurang pin antara kedua-dua pemain kepada satu pin sahaja. Sekalipun Yusri Suhaimi menerima tentangan hebat daripada Kamarulariffin, Yusri Suhaimi tetap tenang di game yang terakhir untuk menyudahkan game yang terakhir. Kamarulariffin yang sedikit tertekan apabila Yusri Suhaimi sudah mula menemui strike line beliau mula melakukan beberapa kesilapan sehingga Yusri Suhaimi dapat meninggalkan jauh jumlah jatuhan pin. Akhirnya Yusri Suhaimi telah berjaya memenangi perlawanan game terakhir dengan keputusan 204-149 sekaligus mendapatkan mata ke-4 buat dirinya setelah meninggalkan Kamarulariffin dengan 770 jatuhan pin berbanding Kamarulariffin yang mendapat 714 jatuhan pin.

Sufian Othman yang di harap-harapkan oleh pasukan In The Zone untuk mendapatkan jatuhan pin yang banyak tidak kesampaian. Masri Gidi (AB Rio) terlebih dahulu menyesuaikan diri dengan keadaan lorong nyata telah menyentap semangat Sufian Othman yang langsung sukar untuk mendapatkan strike. Ini merupakan permainan terburuk Sufian Othman sepanjang kejohanan ini berlangsung. Peluang ini di gunakan sebaiknya oleh Masri Gidi yang membelasah Sufian Othman dengan 207-147 di game yang pertama dan 166- 132 di game yang kedua. Masri Gidi yang meninggalkan jauh punggutan pin sebaik berakhir game yang kedua dengan kelebihan 82 pin telah meneruskan permainan yang baik di game yang berikutnya. Sufian Othman pula masih tercari-cari rentak permainan kebiasaan beliau cuba merapatkan jumlah pin agar tidak tercicir begitu jauh sehingga sukar untuk mendapatkan mata. Akhirnya Sufian Othman telah berjaya menewaskan Masri Gidi di dua game yang berikutnya namun tetap tewas kepada Masri Gidi pada penjumlahan pin keseluruhan individu untuk keputusan Masri Gidi menewaskan Sufian Othman dengan 3-2.

Permainan yang baik daripada Zaidin Dasukin dan ketenangan yang di miliki Yusri Suhaimi telah membolehkan mereka berdua di pilih Arena Sukan ITZ sebagai pemain terbaik perlawanan.


STATISTIK PEMAIN

4-MUSKETEERS vs GIRL POWER

RUDY BAHRAIN , AHMAD LEK dan HERMAN SHAH aka XMAN
4-Musketeers menjadi pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan menentang Girl Power yang lebih di lihat sebagai pemusnah pasukan pilihan, seperti yang di lakukan ketika menewaskan pasukan 1st Timer. Oleh sebab itu, 4-Musketeers tidak mengambil mudah cabaran Girl Power dan menurunkan gandingan terkuat mereka seperti Rudy Bahrain, Herman Shah dan Ahmad Lek. Girl Power pula menaruh keyakinan kepada prestasi baik Suryanti Johari, Nur Atiqah dan Nurul Jumaniza.

4-Musketeers mula terasa bahang perlawanan setelah seri 2-2 di game yang pertama. Girl Power yang berjaya mengimbangi perlawanan ini telah mendapatkan mata menerusi kemenangan Suryanti Johari dan jumlah pin berpasukan manakala Herman Shah dan Ahmad Lek telah mendapatkan dua mata buat pasukan 4-Musketeers. Girl Power terus membuktikan mereka pasukan pemusnah apabila mendominasi perlawanan di game yang kedua untuk menang dengan keputusan 3-1. Hanya Ahmad Lek (4-Musketeers) yang konsisten terhadap permainan manakala dua lagi rakan sepasukan beliau gagal menyerap tekanan yang di berikan oleh pemain Girl Power.


Menyedari akan keadaan yang meruncing tersebut, Ahmad Lek selaku ketua pasukan 4-Musketeers telah membuat beberapa teguran kepada rakan sepasukan yang lain untuk memulakan langkah bagi memenangi perlawanan ataupun nasib mereka akan menjadi seperti pasukan 1st Timer. Teguran Ahmad Lek telah mengubah sedikit permainan 4-Musketeers dan berjaya memenangi perlawanan game yang ketiga juga dengan 3-1. Rudy Bahrain yang telah tewas sebanyak 3 kali kepada Suryanti Johari dan di antara pemain yang paling banyak menerima teguran daripada Ahmad Lek secara tiba-tiba berjaya meledakkan strike demi strike. Permainan menarik beliau telah menaikkan lagi semangat rakan sepasukan yang lain. Rudy Bahrain berjaya menghumbankan sebanyak 10 strike di sepanjang game yang terakhir ini dan akhirnya berjaya menewaskan Suryanti Johari dengan 246-194 namun masih belum mampu mendapatkan mata ke-2 buat dirinya setelah tewas di penjumlahan pin individu keseluruhan.

Herman Shah terus memastikan beliau memenangi perlawanan menentang Nur Atiqah apabila menewaskan lawannya itu dengan 203-165 dan berjaya mendapatkan mata ke-4 hasil penjumlahan pin individu keseluruhan. Walaupun Ahmad Lek bermain dengan konsisten namun di game yang terakhir ini Nurul Jumaniza ternyata lebih hebat setelah berjaya menewaskan Ahmad Lek dengan keputusan 198-175. Walaubagaimanapun Ahmad Lek tetap memenangi perlawanan keseluruhan dengan empat mata setelah meninggalkan Nurul Jumaniza di penjumlahan pin individu keseluruhan. 4-Musketeers yang berjaya menjatuhkan sebanyak 608 pin tanpa handicap di game terakhir juga telah melayakkan mereka menghuni tangga kedua kategori “Team High Game (Scratch)”.

Akhirnya 4-Musketeers berjaya mengelakkan badi pasukan pilihan dengan kemenangan dengan keputusan 12-8. Rudy Bahrain (4-Musketeers) yang berjaya menghumbankan 246 pin di game yang terakhir telah meletakkan namanya di tempat teratas kategori “Individual High Game (Handicap)” menolak Abg Rashidi (1st Timer) ke tangga kedua kategori yang sama. Pemain terbaik pilihan Arena Sukan ITZ kali ini telah di berikan kepada Suryanti Johari (Girl Power) kerana berjaya mendapatkan empat mata buat diri dan pasukan beliau.


STATISTIK PEMAIN

RED SNAPPER vs LAS KOPEK

JEFRY ROSDIN , MOHD YUSUF dan AWG KASTI
Red Snapper yang di ramal mudah menjinakkan pasukan Las Kopek telah menurunkan gandingan Mohd Yusuf, Jefry Rosdin dan Awg Kasti. Las Kopek pula menyandarkan harapan kepada Abg Iskandar, Azzairul Sarkawi dan Abd Aziz bagi mencipta kejutan.

Red Snapper memulakan perlawanan dengan rentak kemenangan apabila Mohd Yusuf berjaya menewaskan Abg Iskandar dengan 191-177. Jefry Rosdin pula terpaksa bekerja keras dan terpaksa berpuashati dengan keputusan seri bersama Azzairul Sarkawi dengan 190 jatuhan pin. Kelebihan handicap Azzairul banyak membantu beliau mencatat keputusan seri ini. Awg Kasti memastikan status beliau sebagai pemain handalan setelah mudah menjinakkan cabaran Abd Aziz dengan keputusan 171-154.

Namun begitu permainan hambar yang di tunjukkan oleh Mohd Yusuf dan Jefry Rosdin di game yang kedua telah mengorbankan 3 mata kepada pasukan Las Kopek apabila Red Snapper hanya mendapat satu mata menerusi Awg Kasti. Las Kopek berjaya merapatkan kedudukan menerusi kemenangan Abg Iskandar, Azzairul Sarkawi dan penjumlahan pin berpasukan di game yang kedua ini.

AZZAIRUL SARKAWI , ABD AZIZ dan ABG ISKANDAR
Las Kopek terus menghukum kealpaan Mohd Yusuf dan Jefry Rosdin untuk memenangi perlawanan game yang ketiga juga menerusi pemain yang sama. Hanya Awg Kasti berjaya menidakkan mata penuh buat pasukan Las Kopek. Di game yang terakhir Mohd Yusuf terus hanyut apabila ditewaskan buat kali ketiga oleh Abg Iskandar. Jefry Rosdin pula berjaya bangkit dan melakukan sebanyak 229 pin untuk menang terhadap Azzairul Sarkawi di game yang terakhir. Awg Kasti yang bermain sedikit rendah daripada biasa tetap muncul sebagai pemenang menewaskan Abd Aziz. Sebelum penjumlahan pin di kira, Red Snapper mendahului Las Kopek dengan mata 6.5 berbalas 5.5. Penjumlahan pin berpasukan juga terikat dengan 2-2 dan menjadikan kedudukan Red Snapper masih mendahului dengan 8.5-7.5.

Namun penjumlahan pin individu dan keseluruhan membawa tuah kepada pasukan Las Kopek apabila berjaya mendapatkan tiga daripada empat mata yang ada. Las Kopek yang berjaya mendapatkan mata menerusi kemenangan Abg Iskandar, Azzairul Sarkawi dan penjumlahan keseluruhan pin menjadikan keputusan penuh Red Snapper tumbang kepada Las Kopek dengan keputusan 9.5-10.5. Pemain terbaik pilihan Arena Sukan ITZ menjadi milik Azzairul Sarkawi dari Las Kopek yang menjatuhkan sebanyak 794 pin tertinggi di kalangan enam pemain tersebut.

STATISTIK PEMAIN

TALA KULU KULU vs 1st TIMER

ABG YUSDI , KHAIRY AMRY dan ABG DZULKERNAEN
Setelah tewas kepada Girl Power pada minggu lalu, 1st Timer telah merombak barisan pemain ketika menerima tentangan pemain-pemain dari Tala Kulu Kulu. Menurunkan gandingan Yazid Karim bersama-sama Abg Rashidi dan Nazri Bohari di ramal mampu menjinakkan cabaran Tala Kulu Kulu yang menyenaraikan Abg Yusdi, Abg Dzulkernaen dan Khairy Amri.

Trio Tala Kulu Kulu yang terlebih dahulu membiasakan diri dengan keadaan lorong sambil di bantu dengan aksi lemah daripada Yazid karim dan Nazri Bohari telah melakukan kejutan awal di game yang pertama dengan kemenangan 3-1. Abg Yusdi meninggalkan jauh Yazid Karim dengan 196-126 sementara Khairy Amri berjaya menghukum kelemahan Nazri Bohari dengan keputusan 176-153. Mata ketiga Las Kopek hadir menerusi kemenangan pin berpasukan game pertama dengan kelebihan 81 pin. Abg Rashidi berjaya mengelak dari kekalahan apabila lawan beliau Abg Dzulkernaen yang mempunyai kelebihan sebanyak 21 pin handicap gagal melaksanakan dua frame terakhir untuk kemenangan 164-152.

ABG RASHIDI , YAZID KARIM dan NAZRI BOHARI
Di game yang kedua, 1st Timer terus buntu untuk menghalang pasukan Tala Kulu Kulu daripada terus menganas. Yazid Karim yang masih belum menemui rentak sebenar beliau terus di hukum oleh Abg Yusdi setelah tewas dengan keputusan 159-171. Abg Rashidi pula terpaksa akur dengan kelebihan handicap yang di miliki oleh Abg Dzulkernaen apabila tumpas hanya dengan 1 pin. Nazri Bohari menepati statusnya sebagai pemain berkaliber dengan menjatuhkan sebanyak 218 pin untuk menang terhadap Khairy Amri. Jumlah jatuhan pin oleh Nazri Bohari membolehkan 1st Timer mendapat satu lagi mata menerusi jumlah pin berpasukan di game yang kedua untuk kedudukan setakat ini Las Kopek masih mendahului 1st Timer dengan 5-3.

Walaupun 1st Timer mencuba untuk mempamerkan aksi yang lebih baik di game yang ketiga, namun semangat Tala Kulu Kulu yang di dapati dari aksi kumpulan Jambu dalam “Maharaja Lawak” tidak dapat di bendung lagi. Abg Yusdi terus menghukum Yazid Karim setelah menjatuhkan sebanyak 214 pin untuk kemenangan yang ketiga beliau. Abg Dzulkernaen yang bermain dengan baik tetap tewas kepada Abg Rashidi yang berjaya mengimbangi kekurangan handicap yang ada. Persaingan sengit berlaku di antara Khairy Amri dan Nazri Bohari apabila kedua-dua pemain saling berbalas mata. Nazri Bohari yang berhempaspulas sepanjang game ketiga ini sehingga terpaksa menyudahkan split di frame yang kelima dan melakukan “Clean Game” untuk catatan sebanyak 208 pin akhirnya akur tewas kepada Khairy Amri yang menjatuhkan sebanyak 231 pin. Tala Kulu Kulu terus menjarakkan kedudukan mata kepada 8-4 setelah tamat permainan di game yang ketiga. Taka Kulu Kulu yang menjatuhkan sebanyak 634 pin termasuk handicap pada game ke-3 ini telah melayakkan mereka menakluki kategori “Team High Game (Handicap)” lantas menolak In The Zone ke tangga kedua.

1st Timer terus hampa di game terakhir apabila tewas dengan 1-3 kepada Tala Kulu Kulu. Abg Yusdi menambah derita pada Yazid Karim dan pasukan 1st Timer apabila menang di game terakhir dan jauh meninggalkan jumlah jatuhan pin keseluruhan dengan 196 pin untuk memberikan 5 mata buat Tala Kulu Kulu. Abg Dzulkernaen pula bergembira kerana berjaya menjatuhkan sebanyak 203 pin untuk menang di game yang terakhir dan pada jumlah pin individu. Abg Rashidi terpaksa akur tewas 5 pin pada penjumlahan pin individu setelah menjatuhkan sebanyak 711 pin. Khairy Amri tidak berjaya meneruskan momentum yang baik seperti di game sebelumnya apabila hanya menjatuhkan sebanyak 146 pin dan tewas kepada Nazri Bohari yang menjatuhkan sebanyak 195 pin. Nazri Bohari juga menambah satu lagi mata buat pasukan beliau apabila memenangi mata menerusi penjumlahan pin individu.

Setelah tamat perlawanan, Tala Kulu Kulu yang menjatuhkkan sebanyak 2223 pin keseluruhan termasuk handicap telah mencelah masuk ke tempat kedua ketegori “Team High Series (Handicap)” dan menolak keluar pasukan Masja-SA dari kategori tersebut. Tala Kulu Kulu juga memenangi perlawanan menetang 1st Timer dengan keputusan penuh 14-6.

Pemain terbaik di antara enam pemain ini yang telah di pilih oleh Arena Sukan ITZ ialah Abg Yusdi dari pasukan Tala Kulu Kulu yang berjaya bermain lebih baik daripada kebiasaannya.

STATISTIK PEMAIN

GREVE TEAM vs THE INCREDIBOWLS

NOOR SHIZARIN , ZAIWISMAN dan IRMAN ZAINI
Greve Team yang menurunkan Zaiwisman, Irman Zaini dan Noor Shizarin telah menerima kunjungan Zalifah, Rebia Subon dan Howard Fadd dari pasukan The Incredibowls pada perlawanan malam semalam.

Zaiwisman tidak berdepan masalah untuk menewaskan Zalifah sepanjang perlawanan. Zaiwisman yang memperolehi mata penuh hanya di cabar dengan dekat oleh Zalifah di game yang pertama. Namun di game-game yang berikutnya Zaiwisman tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Zalifah.

Irman Zaini yang menerima cabaran dari Rebia Subon terpaksa bekerja keras untuk mencatatkan kemenangan. Tewas di game yang pertama sebelum bangkit menang di game yang kedua dan ketiga telah menerima tamparan tewas sekali lagi di game yang keempat. Namun beliau masih mampu tersenyum apabila menang pada jumlah pin individu dengan kelebihan 30 pin untuk kemenangan kali ketiga terhadap Rebia Subon.

Noor Shizarin pula terpaksa akur tewas kepada Howard Fadd dengan 1-3 setelah hanya mampu menang di game yang kedua sahaja. Howard Fadd berjaya mempamerkan permainan sebenar beliau malam semalam untuk mendapat tiga mata berharga buat diri dan pasukan beliau.

ZALIFAH , HOWARD FADD dan REBIA SUBON
Kedudukan mata seimbang namun di pisahkan oleh jumlah jatuhan pin keseluruhan yang memihak kepada pasukan Greve Team yang menjatuhkan sebanyak 1967 pin menewaskan The Incredibowls dengan kelebihan 9 pin sahaja setelah di campurkan dengan handicap. Pemain dari The Incredibowls iaitu Howard Fadd di pilih oleh Arena Sukan ITZ untuk pemain terbaik perlawanan.

STATISTIK PEMAIN

PHREAKERS TEAM vs RIESTAR

MARZUKI ANUAR , NURI HASLINA dan NORHAZMAN PULO
Phreakers Team yang berdepan dengan Riestar pastinya ingin mengelakkan diri daripada di kejutkan pasukan lawan yang pernah menumbangkan Red Snapper sebelum ini. Menurunkan trio terbaik ketika ini (Nuri Haslina, Norhazman Pulo dan Marzuki Anuar) berdepan dengan cabaran yang di bawa oleh Iswandi Zain, Ramli Omar dan Mawi Labini yang mewakili pasukan Riestar.

ISWANDY ZAIN , MAWI LABINI dan RAMLI OMAR BAKI
Nuri Haslina telah membuat balingan yang baik sepanjang perlawanan juga membanggakan ketua pasukan mereka Marzuki Anuar kerana berjaya mendapatkan mata-mata penting buat pasukan Phreakers Team. Nuri Haslina telah memenangi perlawanan di game yang pertama dengan kelebihan 1 pin sahaja dan game kedua dengan kelebihan 12 pin sebelum tewas di game yang ketiga juga dengan 1 pin. Di game yang terakhir Nuri Haslina telah menganas sehingga Iswandi Zain tidak mampu berbuat apa-apa. Nuri Haslina menjatuhkan sebanyak 226 pin untuk muncul sebagai pemenang dengan 4-1 setelah memenangi jumlah pin individu terhadap Iswandi Zain.

Norhazman Pulo yang di lihat giat mempersiapkan diri dengan latihan pesat telah menang di dua game yang awal terhadap Ramli Omar. Namun di dua game yang berikutnya Ramli Omar mula mengatur gerak langkah yang lebih tersusun untuk menewaskan Norhazman Pulo. Nasib berpihak kepada Norhazman Pulo yang mempunyai jatuhan keseluruhan pin yang lebih baik untuk mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas Ramli Omar.

Marzuki Anuar pula telah memenangi perlawanan ketika berdepan dengan Mawi Labini dengan 3-2. Marzuki Anuar telah menang pada game pertama, kedua dan jumlah pin individu.

Keputusan penuh Phreakers Team berjaya menewaskan Riestar dengan keputusan 14-6 dan Nuri Haslina dari pasukan Phreakers Team telah di pilih sebagai pemain terbaik oleh Arena Sukan ITZ.

STATISTIK PEMAIN

Secara keseluruhannya setelah tamat perlawanan malam semalam di minggu ke-8, persaingan merebut mahkota kejuaraan bertambah rancak dan sengit. Begitu juga dengan perebutan meloloskan diri dari tangga terbawah liga yang menyaksikan pasukan Tala Kulu Kulu telah berjaya membuat permainan yang terbaik mereka sepanjang kejohanan untuk naik satu anak tangga. Arena Sukan ITZ juga melabelkan pasukan Tala Kulu Kulu sebagai pasukan pemusnah bagi pasukan yang sedang merebut takhta liga.

KEDUDUKAN TERKINI LIGA DI MINGGU KE-8:



 
Sumber Berita Arena Sukan ITZ telah  disediakan oleh P3m@iN bOwLiNG.

Friday, 23 December 2011

Week #7: Riverside & Kim Bay (165 & Below Trios League 2011/2012)

1st TIMER TEWAS BUAT KALI PERTAMA

Salam ceria buat semua pemain-pemain bowling yang bertanding di Riverside & Kim Bay League. Tidak ketinggalan salam muhibah kepada semua pembaca setia laman blog IN THE ZONE.

Kini pertandingan anjuran Riverside Superbowl telah berjalan hampir setengah musim. Semalam juga telah di adakan perlawanan bagi minggu ke-7 di mana masih terdapat baki 8 perlawanan lagi.

Sebelum perlawanan di mulakan, En.Wan Fauzeli Zulkafly selaku jurucakap penganjur telah mengumumkan sebanyak 6 Beer Frame yang boleh di menangi sepanjang malam ini. Beliau juga mengumumkan hadiah istimewa daripada “Riverside Majestic Hotel” berupa pakej penginapan selama 2 hari 1 malam bagi sesiapa yang terlebih dahulu dapat melakukan 8 strike berturut-turut. Pengumuman tersebut telah mengamatkan suasana di Riverside Superbowl.

Pendahulu liga yang baru di nobatkan minggu lalu (1st TIMER) masih mengekalkan kedudukan mereka pada minggu ini walaupun tewas mengejut kepada pasukan GIRL POWER malam tadi. Kekalahan tersebut adalah kekalahan yang pertama kali di terima oleh 1st TIMER telah membuka semula saingan liga dan peluang yang ada di gunakan sepenuhnya oleh pasukan RED SNAPPER yang mencatatkan kemenangan berharga menewaskan IN THE ZONE.

Secara keseluruhannya perlawanan yang di jalankan semalam telah mencapai matlamat kejohanan yang mensasarkan pemain-pemain baru dan lama mempertingkatkan mutu permainan masing-masing serta menjadikan kejohanan ini sebagai landasan membina persahabatan yang terus terjalin di kalangan pemain-pemain. Tahniah di ucapkan kepada semua para pemain.


Berikut adalah rangkuman perlawanan yang telah di langsungkan pada minggu ke-7:

GREVE TEAM vs PERFECXION

Kedua-dua pasukan ini yang tumpas pada minggu lalu telah bertekad untuk membaiki ranking di dalam carta liga dengan cuba mempamerkan persembahan yang lebih baik. Oleh sebab itu, PERFECXION telah kembali menurunkan pemain-pemain yang mampu melakukannya seperti Siti Hajjar Saibi, Chang Kim Ping dan Lu Chieng Siang (yang baru pulang daripada bercuti). GREVE TEAM juga tidak berpeluk tubuh maka dengan itu mereka telah menurunkan gandingan terbaik mereka seperti Zaiwisman, Irman Zaini dan Noor Shizarin untuk menidakkan impian pasukan PERFECXION.

Perlawanan di game yang pertama di dominasi oleh pasukan GREVE TEAM di mana ketiga-tiga pemain mereka telah melakukan sebanyak 180 jatuhan pin ke atas (termasuk handicap) untuk memastikan GREVE TEAM memunggut mata penuh. Keputusan perlawanan di game yang ke-2 nyata di kuasai oleh pasukan GREVE TEAM namun kehebatan Siti Hajjar Saibi dari pasukan PERFECXION yang meledakkan sebanyak 201 pin (termasuk handicap) telah menghalang GREVE TEAM daripada menang selesa apabila kedua-dua pasukan terikat di angka 2-2. Di game yang ke-3, PERFECXION telah mengandakan usaha dan berjaya memperolehi kemenangan dengan 3-1 namun pada keseluruhannya PERFECXION masih ketinggalan dengan 5-7.

PERFECXION sekali lagi perlu memenangi perlawanan di game yang terakhir untuk memastikan mereka bergelar pemenang telah mencuba sedaya upaya meningkatkan lagi persembahan. Zaiwisman (GREVE TEAM) telah berjaya mengambil peluang ke atas Siti Hajjar Saibi yang secara tiba-tiba merosot persembahannya di game yang terakhir ini untuk mendapatkan  kemenangan kedua beliau namun penjumlahan pin berpihak kepada Siti Hajjar Saibi yang secara keseluruhannya telah menewaskan Zaiwisman dengan 3-2.

Chang Kim Ping pula terpaksa menelan hakikat tewas kepada Irman Zaini dengan 1-4 yang juga meledakkan sebanyak 214 pin di game yang terakhir. Noor Shizarin pula tidak berdepan masalah untuk menamatkan cabaran Lu Chieng Siang juga dengan kemenangan 4-1. Keputusan penuh GREVE TEAM menewaskan PERFECXION dengan 13-7 yang telah berjaya memperbaiki kedudukan di dalam liga sebanyak dua anak tangga. Noor Shizarin dari pasukan GREVE TEAM telah menjadi pemain terbaik di kalangan enam pemain tersebut.



IMMIGRATION vs PHREAKERS TEAM


IMMIGRATION yang mendapat keputusan seri minggu lalu menghadapi tugas yang sukar pada minggu ke-7 ini kerana terpaksa berhadapan dengan pasukan pilihan PHREAKERS TEAM. Gandingan Jawahir Tambek, Mahdi Abdul Rahman dan Idris Abdul Latip yang di turunkan IMMIGRATION pada kali ini di harap mampu melakukan kejutan. PHREAKERS TEAM di bawah kepimpinan Marzuki Anuar pula telah memberi tanggungjawab mencapai kemenangan bersama dengan Nurhazman Pulo, Faizul Rahim dan beliau sendiri.


Game pertama telah di langsungkan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan PHREAKERS TEAM dengan keputusan 3-1. Di game yang ke-2 dan yang ke-3 PHREAKERS TEAM terus mendominasi perlawanan dengan mata kemenangan yang sama. Semua mata IMMIGRATION di perolehi hasil kemenangan Mahdi Abdul Rahman terhadap Faizul Rahim. Di game yang terakhir Faizul Rahim dapat menebus kekalahannya sebelum ini dengan keputusan 206-167 manakala Marzuki Anuar tunduk di tangan Idris Abdul Latip dengan 166-189. Sementara Norhazman Pulo mendapat mata penuh setelah menewaskan Jawahir Tambek. PHREAKERS TEAM telah menumbangkan sebanyak 2011 pin (tidak termasuk handicap) dan Nurhazman Pulo yang melakukan 735 jatuhan pin telah di pilih sebagai pemain terbaik.



1st TIMER vs GIRL POWER

Pendahulu liga yang baru 1st TIMER yang di ramal tidak menghadapi kesukaran di perlawanan minggu ke-7 ini telah menerima hakikat apabila tewas buat pertama kali sepanjang liga ini di jalankan kepada pasukan GIRL POWER. Meskipun pencabar mereka kali ini GIRL POWER bukan saingan sebenar namun 1st TIMER tetap menurunkan gandingan yang mantap seperti Rizalnam Bohari, Azizi Johny dan Nazri Bohari. Walaupun berdepan dengan misi yang mustahil namun GIRL POWER juga tidak ketinggalan untuk mencuba mendapatkan sebanyak mata yang mungkin daripada perlawanan ini. GIRL POWER telah menurunkan Suryanti, Eztianie dan Nurul Jumaniza bagi merealisasikan harapan tersebut.

Perlawanan di game yang pertama tampak mudah buat 1st TIMER setelah pemain-pemain mereka berjaya mempamerkan aksi yang memukau. Rizalnam Bohari berjaya mengalahkan Suryanti dengan 196-171 dan Nazri Bohari juga mencapai kemenangan ke atas Nurul Jumaniza dengan 159-140. Manakala Azizi Johny terpaksa mengaku kalah kepada Eztianie dengan hanya 2 pin. Kelebihan 23 pin handicap yang ada pada Eztianie telah banyak membantu di atas kemenangan beliau.

Di game yang kedua, GIRL POWER yang berkelebihan sebanyak 66 pin handicap telah menggunakan kelebihan tersebut dengan baik sekali apabila berjaya menang dengan 3.5-0.5. Rizalnam Bohari yang hanya menjatuhkan 165 pin kali ini telah terikat dengan mata yang di perolehi oleh Suryanti. Walaupun Azizi Johny berjaya memperbaiki permainan dan menjatuhkan sebanyak 192 pin namun masih belum cukup bagi beliau mencatatkan kemenangan. Sekali lagi Eztianie mempergunakan kelebihan handicap bagi mencatat kemenangan yang ke-2 beliau dengan 198-192. Nazri Bohari yang melakukan sebanyak 186 jatuhan pin juga terpaksa akur tunduk kepada kelebihan handicap yang di miliki oleh Nurul Jumaniza. Nurul Jumaniza menang dengan kelebihan 4 pin. Kedudukan setelah tamat game yang ke-2, GIRL POWER telah mendahului 1st TIMER dengan 4.5-3.5.

Sekali lagi kelebihan handicap yang di manafaatkan sepenuhnya oleh pemain GIRL POWER telah menyukarkan pemain 1st TIMER untuk mendapatkan mata kemenangan. GIRL POWER telah berjaya mengikat mata 2-2 apabila Suryanti dan Eztianie masing-masing memenangi perlawanan mereka dengan tipis iaitu 1 pin buat Suryanti dan Eztianie menang dengan kelebihan 4 pin sahaja. Nazri Bohari yang melakukan sebanyak 215 pin telah membantu 1st TIMER mendapatkan keputusan seri kali ini.

Menyedari kemenangan hanya mampu di capai jika 1st TIMER berjaya membolot semua 4 mata di game yang terakhir ini, telah berusaha bersungguh-sungguh kali ini. Namun begitu Rizalnam Bohari yang mendapat 3 split di game yang terakhir ini telah gagal memberikan mata buat 1st TIMER apabila hanya mampu menjatuhkan sebanyak 143 pin. Suryanti yang menjatuhkan sebanyak 136 pin telah muncul sebagai pemenang setelah pengiraan handicap memberikan kemenangan sebanyak 170 pin. Azizi Johny pula telah berjaya menewaskan Eztianie dengan 194-154. Nazri Bohari yang menerima 2 split dan hanya mampu menjatuhkan sebanyak 162 pin terpaksa menelan hakikat kekalahan setelah Nurul Jumaniza cemerlang dengan 188 pin.

GIRL POWER di sahkan sebagai pemenang dengan mengejutkan pendahulu liga yang baru di nobatkan minggu lalu iaitu 1st TIMER dengan kemenangan tipis 10.5 berbalas 9.5. Suryanti dari GIRL POWER telah menerima penghormatan sebagai pemain terbaik di kalangan enam pemain tersebut.



LAS KOPEK vs MASJA-SA


LAS KOPEK yang mendapat keputusan yang baik minggu lalu ketika menewaskan pasukan PHREAKERS TEAM kini cuba mendapatkan kemenangan yang seterusnya untuk memastikan pasukan mereka dapat menjadi pencabar kepada pasukan-pasukan pilihan yang lain. Menurunkan gandingan yang di rombak seperti Azzairul Sarkawi, Abdul Aziz dan Dzulkarnain Haron di percayai mampu menjalankan tugas dengan baik. Sementara itu, MASJA-SA yang tumbang walaupun telah memberikan saingan yang amat sengit kepada IN THE ZONE minggu lalu juga telah merombak pemain yang di turunkan kali ini dengan kehadiran Wan Habib, Easmawi Razak dan Kastina Othman bagi mengimbangi kekuatan yang di miliki oleh pasukan LAS KOPEK.

Perlawanan di game yang pertama berkesudahan dengan kemenangan bergaya di catatkan oleh MASJA-SA dengan keputusan 3-1 hasil kemenangan Wan Habib, Kastina Othman dan jumlah jatuhan pin di game yang pertama. Ini tidak melenturkan semangat pemain Las Kopek yang berjaya membalas dendam kekalahan tersebut dengan kemenangan di game yang kedua juga dengan 3-1 hasil kemenangan Azzairul, Dzulkarnain dan jumlah jatuhan pin di game yang kedua ini. Saingan sengit yang di harap mampu di tonton oleh penonton yang hadir tidak menjadi kenyataan apabila di dua game yang seterusnya MASJA-SA telah mempamerkan persembahan yang baik dan hanya menyerahkan satu mata kepada pasukan lawan.


Keputusan penuh perlawanan MASJA-SA menang dengan 15-5 dan Easmawi Razak di pilih sebagai pemain terbaik setelah menjatuhkan sebanyak 776 pin termasuk handicap.



4-MUSKETEERS vs NUR KHAN


4-MUSKETEERS yang konsisten dengan rentak kemenangan di jangka tidak menghadapi masalah pada minggu ini. Lawan mereka NUR KHAN yang menurunkan pemain seperti Elizabeth Mary, Abg Senawi dan Rajak Eman cuba mencabar pemain-pemain yang di turunkan pasukan 4-MUSKETEERS seperti Herman Shah, Sazali Yunus dan Ahmad Lek walaupun bakal menghadapi tugas yang sukar.

Perlawanan di game yang pertama menjadi milik 4-Musketeers dengan keputusan 2.5-1.5 hasil kemenangan Herman Shah dan jumlah jatuhan pin manakala Ahmad Lek terpaksa akur dengan keputusan seri setelah terikat jumlah jatuhan pin bersama Rajak Eman dengan 202 pin.


Di game yang seterusnya 4-Musketeers tidak menoleh kebelakang lagi untuk memunggut mata demi mata. Di game yang ke-2 dan ke-3, 4-Musketeers menganas dengan memperolehi mata penuh. Namun di game yang terakhir Abg Senawi berjaya mencuri satu mata lagi menerusi kemenangan beliau terhadap Sazali Yunus.

Keputusan muktamad 4-Musketeers berjaya menjinakkan Nur Khan dengan kemenangan besar 17.5-2.5. Ahmad Lek yang berjaya membuat “CLEAN GAME” di keempat-empat game telah di pilih sebagai pemain terbaik pada minggu ke-7.




RIESTAR vs AB RIO

RIESTAR yang masih segar dengan kemenangan menakjubkan ketika menentang RED SNAPPER minggu lalu kini perlu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada perlawanan minggu ini. Lawan mereka kali ini AB RIO bukan calang-calang pasukan. RIESTAR mengubah barisan pemain pada minggu ini dengan menurunkan Jamayah Bujang, Wan Aziela dan Syashahnizam bakal berhadapan dengan barisan trios AB RIO seperti Doleena Kennedy, Marzainah Jayamara dan Mohd Rajudin.

Jamayah Bujang gagal bermain dengan baik sepanjang perlawanan menyebabkan Doleena Kennedy dapat mengambil kesempatan ke atas beliau. Doleena menang semua mata yang di pertaruhkan dengan jatuhan pin sebanyak 730 pin termasuk handicap.

Marzainah Jayamara yang terpaksa di turunkan atas sebab tertentu ternyata belum bersedia menghadapi perlawanan kali ini. Lawan beliau Wan Aziela yang memang cukup bersedia telah berjaya menakluki kesemua mata di antara kedua-dua pemain ini. Wan Aziela yang menjatuhkan sebanyak 709 pin termasuk handicap menang dengan 5-0.

Mohd Rajudin dari AB RIO tidak berdepan tugas sukar ketika menentang Syashahnizam. Beliau membuat purata 180 pin sepanjang 4 game yang di langsungkan semalam ternyata bukan lawan bagi Syashahnizam. Mohd Rajudin yang menjatuhkan sebanyak 798 pin termasuk handicap menang dengan 5-0 dan terpilih sebagai pemain terbaik di kalangan kedua-dua pasukan. AB RIO menang dengan 15-5.




THE INCREDIBOWLS vs TALA KULU KULU

THE INCREDIBOWLS yang berkedudukan di tangga terakhir liga telah menurunkan pemain terbaik mereka seperti Robert Bantan, Gabriel Kong dan Howard Fadd berkunjung menemui pasukan yang sedang meningkat naik TALA KULU KULU. TALA KULU KULU pula membariskan pemain seperti Mohd Rithaudin, Mohd Rolam dan Norizan Abdullah di jangka meneruskan aksi kemenangan seperti di minggu yang ke-6.

Robert Bantan dan Gabriel Kong mengambil kesempatan di atas prestasi menurun daripada Mohd Rithaudin dan Mohd Rolam di game yang pertama untuk membantu THE INCREDIBOWLS mencatat kemenangan 3-1. Mata TALA KULU KULU di sumbangkan oleh Norizan Abdullah yang menang ke atas Howard Fadd. Di game yang kedua THE INCREDIBOWLS sekali lagi menang dengan 3-1 di mana mata-mata berjaya di hasilkan menerusi Robert Bantan, Howard Fadd dan jumlah jatuhan pin berpasukan di game kali ini.

Di game yang ketiga TALA KULU KULU telah berjaya mengurangkan defisit mata apabila menang dengan 3-1. Mohd Rithaudin yang masih tercari-cari formula yang berkesan tidak mampu untuk menewaskan Robert Bantan manakala pemain TALA KULU KULU yang lain telah berjaya menghasilkan mata. Di game yang terakhir THE INCREDIBOWLS telah mempamerkan persembahan yang baik untuk memunggut tiga lagi mata untuk selesa mencatatkan kemenangan ke atas TALA KULU KULU dengan 12-8.

Walaupun THE INCREDIBOWLS mencatatkan kemenangan namun kedudukan mereka masih belum berganjak. Robert Bantan dari pasukan THE INCREDIBOWLS yang menang semua mata telah di pilih sebagai pemain terbaik kali ini.




RED SNAPPER vs IN THE ZONE


Perlawanan tumpuan pada minggu ke-7 ini telah menemukan dua daripada tiga pasukan teratas liga di waktu ini. RED SNAPPER yang telah mengugurkan mata-mata penting ketika tewas kepada RIESTAR minggu lalu seperti ibarat jerung yang terluka dan pastinya menjadikan pasukan lawan mereka kali ini IN THE ZONE sebagai medan menebus kehampaan. RED SNAPPER yang menurunkan gandingan terbaik mereka (Jefry Rosdin, Abg Afiq Yazid dan Awg Kasti) merupakan kombinasi terbaik bagi mencapai misi kemenangan. Sementara itu, IN THE ZONE yang kini mula mencabar pasukan teratas liga telah mengekalkan gandingan yang memenangi perlawanan minggu lalu seperti Marzuki Usop, Hew Fah Lin dan Sufian Othman bagi menghadapai saingan sengit yang pastinya datang dari trios RED SNAPPER.

Marzuki Usop yang berkelebihan sebanyak 4 pin handicap telah gagal bermain seperti di minggu lepas dan tewas kepada Jefry Rosdin dengan 180-197 (termasuk handicap). Hew Fah Lin berjaya mengambil kesempatan ke atas Abg Afiq Yazid dengan mancatatkan kemenangan 200-165. Persaingan sengit telah di tunjukkan oleh Sufian Othman yang berhadapan dengan Awg Kasti di game pertama ini. Namun Awg Kasti telah menunjukkan ketenangan beliau di tiga frame terakhir sebelum mencatat kemenangan 224-197 sekaligus memberikan RED SNAPPER mendahului IN THE ZONE dengan 3-1.


IN THE ZONE cuba memperbaiki kelemahan di game yang kedua namun skripnya tetap sama. RED SNAPPER sekali lagi menang dengan 3-1 hasil kemenangan Jefry Rosdin sebanyak 75 pin ke atas Marzuki Usop, Awg Kasti menang dengan kelebihan 41 pin ke atas Sufian Othman dan penjumlahan pin berpasukan di game kali ini dengan kelebihan 91 pin. Hanya Hew Fah Lin berjaya mendapatkan mata buat IN THE ZONE yang sekali lagi mencatatkan kemenangan ke atas Abg Afiq Yazid. Berakhir game yang kedua RED SNAPPER selesa mendahului IN THE ZONE dengan 6-2.

Di game yang ketiga, IN THE ZONE telah berjaya menyamakan kedudukan mata kepada 6-6 apabila trios IN THE ZONE berjaya mendapatkan empat mata penuh. Jefry Rosdin yang banyak melakukan kesilapan ketika membuat balingan spare telah membolehkan Marzuki Usop menang dengan 182-156. Hew Fah Lin meneruskan aksi yang baik setelah mencatatkan kemenangan kali ketiga ke atas Abg Afiq Yazid. Sufian Othman pula berjaya mengambil kesempatan ke atas kelalaian Awg Kasti membuat balingan spare untuk menang dengan 180-162. Walaupun menang dan telah menyamakan kedudukan namun IN THE ZONE masih memerlukan satu keajaiban untuk menang secara keseluruhan di game yang terakhir kerana penjumlahan jatuhan pin lebih memihak kepada trios RED SNAPPER.

Di game yang terakhir, Marzuki Usop telah gagal mengambil peluang ke atas Jefry Rosdin apabila tewas di frame-frame terakhir. Jefry yang mencatatkan 178 pin telah muncul sebagai pemenang setelah mencatatkan keseluruhan jatuhan pin beliau sebanyak 771 pin. Abg Afiq Yazid pula yang mendapat tips-tips berguna daripada jurulatih beliau telah berjaya mencuri satu mata daripada Hew Fah Lin dengan kemenangan 220-163. Hew Fah Lin berjaya mendapatkan mata ke-4 buat dirinya setelah menewaskan Abg Afiq Yazid pada penjumlahan pin individu dengan 740 berbalas 725. Persaingan di antara Awg KAsti dan Sufian Othman terus rancak apabila Awg Kasti yang pada mulanya mendahului telah mendapati dirinya di ekori rapat oleh Sufian Othman sepanjang perlawanan. Sufian yang menyudahkan terlebih dahulu perlawanan dengan 195 jatuhan pin mengharapkan Awg Kasti gagal menyudahkan frame terakhir dengan strike. Namun pengalaman serta ketenangan yang di miliki Awg Kasti telah membolehkan beliau mengugurkan tiga strike berturut-turut di frame terakhir untuk membuat sebanyak 185 jatuhan pin sekaligus meranapkan harapan Sufian Othman untuk muncul sebagai pemenang setelah mencatatkan sebanyak 773 jatuhan pin secara keseluruhan.

Keputusan akhir RED SNAPPER berjaya menjinakkan IN THE ZONE dengan 12-8. Awg Kasti telah di pilih sebagai pemain terbaik berdasarkan kepada permainan beliau dan sikap sebagai ketua di antara pemain RED SNAPPER.




Berikut adalah kedudukan liga setelah tamat minggu yang ke-7 liga:



Sumber Berita Arena Sukan ITZ telah  disediakan oleh P3m@iN bOwLiNG.