1st TIMER MERAMPAS TAKHTA LIGA
RED SNAPPER KALAH MENGEJUT
Salam hormat dan salam sejahtera buat semua pemain-pemain yang bertanding di Riverside & Kim Bay (165 & Below Trios League 2011/2012). Tidak ketinggalan juga kepada pembaca-pembaca setia laman blog In The Zone kebelakangan ini.
Kini sudah masuk minggu ke-6 pertandingan yang memperlihatkan kebanyakan pasukan yang bertanding telah mencuba sebaik mungkin memperkuatkan pasukan masing-masing.
Seperti di minggu yang lepas, perlawanan pada minggu ini juga tergendala lebih kurang 35 minit kerana menanti kehadiran pemain-pemain untuk melaporkan diri. Di harap para pemain dapat menghadirkan diri mengikut masa yang di tetapkan pada minggu hadapan dan seterusnya agar perlawanan dapat dijalankan secepat yang mungkin.
Pelbagai kejutan yang telah berlaku semalam. Di antaranya air minuman yang tertumpah di atas lantai sehingga mengakibatkan beberapa pemain terpaksa melakukan pelbagai cara bagi mengeringkan tapak kasut mereka sehinggalah kepada kekalahan mengejut beberapa pasukan pilihan kejohanan kali ini.
Di antara pasukan-pasukan teratas liga yang rebah semalam adalah seperti Red Snapper, Perfecxion dan Phreakers Team yang tumbang ketika berhadapan dengan pasukan-pasukan bukan pilihan kejohanan. Ini menunjukkan betapa pasukan-pasukan ini mampu bersaing dengan baik serta meningkatkan lagi mutu sukan bowling di Sarawak khasnya.
Kekalahan pertama yang di terima oleh pasukan Red Snapper telah membuka ruang kepada pasukan 1st Timer yang kini masih mengekalkan rekod tanpa kalah sehingga berakhir minggu ke-6 ini untuk merampas tahkta liga yang sebelum ini menjadi milik In The Zone dan Red Snapper.
Berikut adalah rangkuman perlawanan-perlawanan pada minggu ke-6:
RED SNAPPER vs RIESTAR
Red Snapper yang tidak menurunkan pemain utama mereka iaitu Awg Kasti ketika berhadapan dengan pasukan bawahan liga Riestar telah menerima tamparan setelah gandingan Mohd Yusuf, Jefry Rosdin dan Abg Afiq Yazid gagal menjalankan tugas yang di harapkan.
Riestar yang membariskan Ramli Omar, Iswandy Zain serta Mawi Labini bermain dengan agak baik yang akhirnya melakukan kejutan apabila berjaya menewaskan Red Snapper dengan keputusan 12-8. Riestar yang menjatuhkan pin tertingginya minggu ini dengan 2151 pin telah memperolehi kemenangan hasil daripada Ramli Omar (4 mata), Iswandy Zain (1 mata), Mawi Labini (3 mata) dan jumlah jatuhan pin berpasukan (4 mata).
Pemain terbaik untuk perlawanan ini telah di berikan kepada Mawi Labini (Riestar) kerana berjaya menyerap tekanan yang di berikan Abg Afiq Yazid sepanjang malam semalam.
GIRL POWER vs THE INCREDIBOWLS
Gandingan mantap Girl Power (Meini Gunggang, Nur Atiqah dan Nurul Jumaniza) telah berjaya menghasilkan kemenangan kedua pasukan mereka musim ini setelah menundukkan The Incredibowls dengan 14-6. The Incredibowls yang membariskan pemain seperti Chelsia, Rebia Subon dan Gabriel Kong ternyata gagal bermain seperti biasa dan ini memudahkan tugas pemain-pemain Girl Power.
Kelebihan handicap yang di miliki oleh pasukan The Incredibowls juga tidak banyak membantu bagi sekurang-kurangnya menyaingi pemain Girl Power. Pemain terbaik kali ini di berikan kepada Nurul Jumaniza yang membenam sebanyak 728 pin sepanjang malam semalam.
LAS KOPEK vs PHREAKERS TEAM
Satu lagi pasukan pilihan yang tumbang malam semalam ialah Phreakers Team. Phreakers Team yang kembali menurunkan Nuri Haslina di bantu oleh Mohd Shawaludin dan di ketuai oleh “Anchor Berbisa” Marzuki Anuar telah gagal menyerap tekanan yang di berikan oleh barisan pasukan Las Kopek yang di anggotai oleh Azzairul Sarkawi, Abg Iskandar dan Ahmad Tajudin.
Sebelum perlawanan bermula, Azzairul yang menerima pandangan daripada Marzuki Anuar supaya menggunakan “Wrist Guard” telah membelinya daripada Riverside Superbowl Proshop pada malam semalam. Walaupun baru mencuba menggunakannya namun beliau cepat membiasakan diri dan akhirnya berjaya membuat balingan-balingan yang baik sehingga membuat Marzuki Anuar tergamam. Azzairul yang tewas di game pertama bangkit untuk menang 4-1 ke atas pencabarnya Nuri Haslina.
Abg Iskandar yang juga tumpas di game yang pertama turut bangkit di game yang seterusnya bagi mencatat kemenangan terhadap Mohd Shawaludin dengan 4-1. Meskipun Ahmad Tajudin hanya mampu mencuri satu mata daripada Marzuki Anuar namun jumlah jatuhan pin beliau yang tinggi telah membantu Las Kopek mencatatkan 4 mata hasil jumlah jatuhan pin berpasukan dan sekaligus mencatatkatkan kemenangan dengan keputusan 13-7.
Marzuki Anuar di pilih sebagai pemain terbaik setelah berjaya menempatkan dirinya di temapt kedua kategori “Individual High Game (Scratch)” dengan 247 jatuhan pin.
1st TIMER VS NUR KHAN
1st Timer tidak menghadapi masalah besar ketika bertemu dengan pasukan Nur Khan malam semalam. Walaupun tanpa bintang seperti Abg Rashidi dan Nazri Bohari namun pemain-pemain seperti Rizalnam Bohari, Yazid Karim dan Azizi Johny mampu mengalas tugas yang di tinggalkan dengan baik.Nur Khan yang menyenaraikan Elizabeth Mary, Abg Senawi dan Rajak Eman tidak mampu menahan asakan bertali arus pemain 1st Timer. Rajak Eman menceriakan sedikit kem Nur Khan apabila menang di game ke-3 & ke-4 manakala Abg Senawi berjaya mencuri 1 mata hasil kemenangan di game ke-4. Nur Khan menambah 1 lagi mata hasil jumlah jatuhan pin berpasukan di game yang ke-4.
Keputusan penuh Nur Khan tunduk mengalah kepada 1st Timer dengan 4-16. Dengan kemenangan besar yang bergaya ini 1st Timer kini di angkat sebagai teraju utama kejohanan kali ini. Rizalnam Bohari yang menang 5-0 ke atas Elizabeth Mary telah di pilih sebagai pemain terbaik di antara kedua-dua pasukan ini.
GREVE TEAM vs 4-MUSKETEERS

Greve Team yang menurunkan seorang muka baru di minggu terakhir pendaftaran pemain telah mencabar pasukan 4-Musketeers semenjak awal perlawanan lagi. Muka baru yang di turunkan Mohd Asri di bantu oleh Irman Zaini dan Noor Shizarin telah bermain dengan baik di game pertama dan menang 4-0 di game tersebut.
Namun begitu pasukan yang tidak mengenal erti tewas 4-Musketeers telah membuat kebangkitan di game yang seterusnya. Di ketuai oleh Ahmad Lek dan di iringi oleh Rudy Bahrain dan Herman Shah, mereka tanpa menoleh ke belakang untuk bangkit dan akhirnya mencatatkan kemenangan dengan 12-8.
Ahmad Lek yang di lihat menjadi tunjang kepada pasukan 4-Musketeers telah di pilih sebagai pemain terbaik di antara kedua-dua pasukan ini.
TALA KULU KULU vs PERFECXION
Tala Kulu Kulu yang turun dengan selamba dengan barisan pemain seperti Abg Yusdi, Abg Dzulkernain dan Khairy Amri secara tiba-tiba berjaya meledakkan permainan yang amat baik semalam. Perfecxion yang turun selaku pasukan pilihan berdasarkan kedudukan lima tangga teratas liga turun tanpa pemain utama Chang Kim Ping dan menyandarkan harapan kepada Siti Hajjar Saibi, Abdul Muhaimin dan Awg Shawal.
Segalanya tampak mudah buat Perfecxion apabila mendahului 3-1 di game yang pertama namun ledakan demi ledakan strike dan spare oleh trios Tala Kulu Kulu di game-game yang berikutnya telah mengubah senario permainan.
Abg Yusdi yang terpilih sebagai pemain terbaik kali ini telah meledakkan sebanyak 750 pin dan menang bergaya 5-0 ke atas Siti Hajjar Saibi. Sementara itu Abg Dzulkernain hanya mampu mencuri 1 mata ke atas Abd Muhaimin. Khairy Amri pula berjaya menundukkan Awg Shawal dengan 4-1. Keputusan penuh Tala Kulu Kulu berjaya mengejutkan pasukan Perfecxion dengan 13-7.
AB Rio yang merehatkan Marzainah akibat keletihan telah menurunkan Noraini Hj Karim, Kamarularifin dan Masri Gidi untuk berhadapan dengan cabaran yang di berikan pemain Immigration seperti Jawahir Tambek, Julie Kennedy dan Mahdi Abd Rahman.
Kamarularifin dari pasukan AB Rio telah berjaya menyempurnakan lima strike berturut-turut (5 Bagger) di game yang ke-2 untuk menerima “Voucher Japanese Buffet Dinner” di Riverside Majestic Hotel.
Kelebihan handicap di gunakan sepenuhnya oleh pemain Immigration yang akhirnya berjaya mengikat keputusan seri dengan 10-10. Pemain terbaik di antara kedua-dua pasukan ini jatuh kepada Kamarularifin yang berjaya mendapatkan hadiah daripada Riverside Majestic Hotel.
MASJA SA vs IN THE ZONE
Masja SA telah menurunkan Asri Mat, Mohd Zaimi dan Abdulah Tamel bagi membawa cabaran menentang pemain yang mewakili In The Zone seperti Marzuki Usop, Hew Fah Lin dan Sufian Othman.
Di game yang pertama kemenangan mudah buat In The Zone yang bangkit di empat frame terakhir untuk mendahului dengan 4-0. Namun di game yang kedua persaingan sengit di antara kesemua pemain namun nasib menyebelahi pasukan In The Zone yang menang dengan 3-1. Masja SA tidak berputus asa dan telah cuba membuat kebangkitan. Hasilnya mereka berjaya memberikan cabaran yang lebih sengit kepada pasukan lawan. Walaubagaimanapun ketenangan yang di miliki oleh pemain In The Zone menjadi pemisah di antara kedua-dua pasukan. In The Zone menang dengan 3-1. Di game yang terakhir In The Zone meneruskan aksi cemerlang dengan membuat 572 jatuhan pin dan menang sekali lagi dengan 4-0.
Marzuki Usop menghadiahkan 5 mata buat pasukan In The Zone hasil kemenangan terhadap Asri Mat manakala Hew Fah Lin juga menghasilkan 5 mata di atas kemenangan beliau terhadap Mohd Zaimi. Sufian Othman pula terpaksa berpuashati dengan keputusan seri bersama Abdulah Tamel setelah terikat di penjumlahan pin individu sebanyak 711 pin.
In The melakarkan kemenangan sekali lagi dengan keputusan 17.5-2.5. Hew Fah Lin dari pasukan In The Zone telah di pilih sebagai pemain terbaik perlawanan ini.
Berikut adalah carta liga setelah tamat minggu yang ke-6:
Sumber Berita Arena Sukan ITZ telah disediakan oleh P3m@iN bOwLiNG.

























go Greve Team go...
ReplyDelete