RED SNAPPER DAN 1st TIMER TERUS MENGUASAI TAHKTA LIGA
Dua pasukan pendahulu liga Red Snapper dan 1st Timer terus menguasai liga Riverside & Kim Bay apabila mudah menjinakkan lawan masing-masing pada perlawanan di minggu ke-4 ini. Sementara itu Phreakers Team dan 4-Musketeers juga berjaya mencatatkan kemenangan bagi memperbaiki kedudukan pasukan mereka di dalam carta liga.
Berikut rumusan perlawanan yang telah berlangsung sepanjang minggu ke-4.
Immigration vs 1st Timer
Immigration yang di jangka mampu memberikan saingan sengit kepada pasukan 1st Timer tidak berjaya melakukannya setelah pemain-pemain mereka seperti Jawariah, Julie Kennedy dan Wahidah Ramli bermain di bawah kemampuan masing-masing. Peluang ini di ambil sepenuhnya oleh pemain 1st Timer seperti Abg Rashidi, Nazri Bohari dan Azizi Johny yang kurang menerima tekanan dan mampu bermain seperti biasa sepanjang perlawanan tersebut. Immigration terpaksa akur tewas kepada 1st Timer dengan keputusan 3-17. Abg Rashidi di nobatkan sebagai wira apabila menjatuhkan sebanyak 773 pin termasuk handicap di sepanjang empat game yang di langsungkan.
Nur Khan vs Red Snapper
Red Snapper yang unggul di persada liga semenjak minggu kedua telah meneruskan aksi yang memukau mata pengunjung dengan persembahan yang hebat. Gandingan Nur Khan (Rajak Eman, Abg Senawi dan Kamaludin Akil) telah mengegarkan pusat bowling di game pertama setelah berjaya mengejutkan Red Snapper dengan kemenangan 3-1. Walaubagaimanapun pengalaman luas trio Red Snapper yang terdiri daripada Jefry Rosdin, Abg Afiq Yazid dan Awg Kasti telah berjaya bangkit di game-game yang seterusnya. Berjaya menyamakan kedudukan berakhir game yang kedua, Red Snapper tidak memberi laluan mudah buat Nur Khan untuk bangkit melawan apabila di game yang ketiga kesemua pemain Red Snapper telah menjatuhkan lebih daripada 200 pin untuk mengatasi Nur Khan dengan kelebihan 4 mata. Di game yang terakhir Jefry Rosdin memberikan satu lagi mata buat Nur Khan sementara Abg Afiq dan Awg Kasti terus menghukum pemain Nur Khan. Keputusan rasmi Red Snapper mudah menjinakkan Nur Khan dengan 15-5. Kesemua pemain Red Snapper di berikan penghormatan sebagai pemain terbaik kerana berjaya meletakkan pasukan mereka di persada liga.
In The Zone vs Perfecxion
In The Zone yang menurunkan gandingan Fairoul Ashmey, Zaidin Dasukin dan Hew Fah Lin telah gagal di dalam misi pasukan untuk kembali mencabar pendahulu liga setelah tumpas kepada pasukan Perfecxion dengan 7.5-12.5. Kedua-dua pasukan bersaing dengan sengit sehingga game yang ke-3 di mana pada ketika itu pasukan In The Zone sedang mendahului Perfecxion dengan 7-5. Namun kegugupan serta kegagalan menyerap tekanan dari pemain In The Zone telah membuka jalan selesa buat pemain Perfecxion yang di terajui oleh Chang Kim Ping, Abd Muhaimin dan Awg Syawal mengawal rentak perlawanan. Akhirnya In The Zone terpaksa menelan keputusan tewas di tangan Perfecxion. Chang Kim Ping yang menjadi tulang belakang kejayaan Perfecxion telah di berikan gelaran pemain terbaik di antara kedua-dua pasukan ini.
Greve Team vs AB Rio
Greve Team yang membariskan pemain seperti Mazlan, Irman dan Lim Chun Wee tersentak apabila dikejutkan pada dua game pertama oleh pemain AB Rio seperti Noraini, Kamarularifin dan Masri Gidi. Percaturan AB Rio yang menurunkan Kamarularifin dan Masri Gidi ternyata membuahkan hasil apabila AB Rio berjaya mendahului Greve Team dengan 7-1 setelah tamat game kedua. Greve Team cuba memperbaiki permainan dan berjaya menyamakan kedudukan mata setelah tamat game terakhir dengan 8-8. Namun begitu kelebihan pin individu yang di miliki oleh Kamarularifin dan Masri Gidi sekaligus menyapu kutipan pin keseluruhan berpasukan menjadi jurang antara kedua-dua pasukan. AB Rio menang dengan keputusan 11-9 dan Kamarularifin di julang sebagai pemain terbaik bagi perlawanan ini.
Riestar vs The Incredibowls
Pertembungan dua pasukan terbawah liga kali ini juga tidak kurang hebatnya. Riestar yang mempertaruhkan pemain seperti Ramli Omar, Iswandy dan Syahrizam bagi mendapatkan kemenangan buat pasukan telah berhadapan dengan pemain The Incredibowls yang menurunkan Robert Bantan, Rebia Subon dan Gabriel Kong. The Incredibowls berjaya mendapat mata penuh di game pertama namun dib alas semula oleh trios Riestar yang juga menang penuh di game kedua bagi menjadikan kedudukan terikat 4-4. Perlawanan terus sengit apabila Robert Bantan dan Gabriel Kong mendapatkan dua mata untuk The Incredibowls manakala Iswandy berjaya membantu Riestar mendapat dua mata hasil kemenangan beliau dan kemenangan jumlah jatuhan pin berpasukan di game ketiga bagi keputusan semasa masih terikat dengan 6-6. Robert Bantan dan Rebia Subon berjaya membuat balingan yang baik di game terakhir dan membantu kemenangan bergaya The Incredibowls dengan keputusan 3-1 sekaligus memunggut mata penting bagi jumlah keseluruhan pin individu untuk The Incredibowls mencatatkan kemenangan yang pertama dengan 13-7. Syabas diucapkan kepada Robert Bantan dari The Incredibowls kerana di pilih sebagai pemain terbaik perlawanan.
Phreakers Team vs Tala Kulu Kulu
Phreakers Team yang turun dalam misi mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut telah menyenaraikan Faizul Rahim, Mohd Syawaludin dan Marzuki Anuar bagi merealisasikan misi tersebut. Pasukan Tala Kulu Kulu pula membariskan pemain seperti Norizan Abdullah, Mohd Rithauddin dan Rimong Unau bagi menyekat kemaraan pasukan Phreakers Team. Sepanjang perlawanan Phreakers Team tidak menghadapi masalah mendapatkan mata. Akhirnya Phreakers Team telah diumumkan sebagai pemenang dengan keputusan 17-3 dan Mohd Syawaludin di pilih sebagai pemain terbaik berdasarkan kemenangan 5-0 terhadap Mohd Rithauddin.
Masja-SA vs Girl Power
Masja-SA yang di dalam pencarian kemenangan berganda telah membariskan pemain Asri Mat, Wan Habib dan Kastina Othman telah bermula dengan baik memenangi perlawanan game pertama dengan 4-0. Walaubagaimanapun pemain Girl Power yang terdiri daripada Meini Gunggang, Noraniza dan Eztianie Malissa tidak mudah menyerah kalah apabila berjaya mengalahkan Masja-SA di game yang kedua dengan 3-1. Kemenangan Girl Power di game ke-2 telah menyemarakkan lagi usaha pemain-pemain Masja-SA dengan memperbaiki permainan mereka dan seterusnya mudah menumpaskan pemain Girl Power pada dua game terakhir dengan 6-2 sekaligus berjaya mencatatkan kemenangan berganda pada musim ini dengan keputusan penuh 14-6. Kastina Othman menjadi tumpuan setelah diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan dan juga untuk minggu ke-4 ini setelah mengumpul sebanyak 815 pin termasuk handicap di sepanjang empat game yang di lalui beliau.
Las Kopek vs 4-Musketeers
Walaupun di atas kertas Las Kopek bukan lawan sebenar bagi pasukan 4-Musketeers namun persembahan pemain-pemain Las Kopek seperti Abg Iskandar, Abdul Aziz dan Ahmad Tajuddin wajar di berikan pujian. Menentang pemain-pemain yang berkaliber seperti Abg Madzelan, Sazali Yunus dan Ahmad Lek pastinya sesuatu yang sukar namun usaha yang di tunjukkan pemain Las Kopek tidak pernah luntur sehingga ke penghujung perlawanan. Abg Mazelan dan Ahmad Lek kelihatan selesa dengan permainan masing-masing manakala rakan sepasukan mereka Sazali Yunus pula terpaksa bangkit dari dua kekalahan pertama di game pertama dan kedua untuk menang 3-2 terhadap Abdul Aziz (Las Kopek). Keputusan muktamad 4-Musketeers menang dengan 16-4 manakala Ahmad Lek yang begitu konsisten telah diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan bagi kedua-dua pasukan ini.
Setelah semua keputusan di ambil kira dua pasukan teratas masih tidak berubah dengan Red Snapper menjarakkan diri sebagai pendahulu dengan 6 mata daripada pasukan 1st Timer yang berkedudukan tempat kedua liga. Kekalahan pasukan In The Zone telah menyebabkan pasukan ini jatuh ke tempat ke-6 dan tempat ketiga telah berjaya di rampas oleh pasukan Phreakers Team di ikuti dengan pasukan 4-Musketeers dan Perfecxion. Masja-SA berjaya memperbaiki kedudukan sementara AB Rio, Girl Power, Nur Khan, Las Kopek dan The Incredibowls mengekalkan kedudukan mereka di dalam liga setelah tamat minggu ke-4.
Perlawanan tumpuan di minggu ke-5 yang akan berlangsung pada 8hb Disember 2011 bakal menyaksikan Phreakers Team akan di tentang pasukan In The Zone. Manakala pertembungan 1st Timer dan Greve Team juga di jangka tidak kurang hebatnya.
Berikut adalah kedudukan liga setelah tamat minggu yang ke-4 liga:
Sumber Berita Arena Sukan ITZ telah disediakan oleh P3m@iN bOwLiNG.



















No comments:
Post a Comment