Friday, 9 December 2011

Week #5: Riverside & Kim Bay (165 & Below Trios League 2011/2012)


PERSAINGAN SENGIT BAGI ENAM PASUKAN TERATAS LIGA

Perlawanan malam tadi telah bermula agak lewat daripada biasa setelah ramai pemain yang tiba lewat seperti yang di jadualkan akibat masalah cuaca dan tempat letak kereta yang penuh. Walaubagaimanapun perlawanan malam tadi telah berjalan dengan lancar kecuali bagi pasukan yang bermain di lane 15 & 16 (In The Zone & Phreakers Team) yang mengalami masalah bola yang tersangkut pada mesin lalu mengakibatkan kedua-dua pasukan bermula agak lewat daripada pasukan-pasukan lain.

Semasa perlawanan di jalankan jurucakap bagi Riverside Superbowl En. Wan Fauzeli Zulkafly telah mengumumkan bahawa terdapat 6 “BEER FRAME” sepanjang malam ini. Beliau juga mengumumkan satu voucher “Japanese Buffet Dinner” daripada Riverside Majestic Hotel juga boleh di menangi oleh sesiapa yang paling awal mendapatkan lima strike berturut-turut (5 Bagger) bagi kesemua pemain 16 pasukan yang bertanding.

Di antara pasukan yang berjaya mendapatkan “BEER FRAME” adalah 1st Timer, Nur Khan, Red Snapper, In The Zone, Greve Team dan Phreakers Team.

Sementara voucher bagi pemenang 5 bagger yang gagal di miliki sesiapa minggu lalu telah berjaya di menangi oleh Sufian Othman dari pasukan In The Zone. Sebelum Sufian Othman berjaya mendapatkan voucher tersebut terdapat dua lagi pemain yang berpeluang memilikinya terlebih dahulu. Nazri Bohari (1st Timer) terlebih dahulu mempunyai peluang melakukan 5 strike namun balingan beliau hanya menjatuhkan 9 pin pada ketika beliau sudah memiliki 4 strike. Kemudian peluang terbuka bagi Awg Kasti (Red Snapper) yang juga melakukan 9 jatuhan pin di frame yang ke-5.


Pada ketika giliran Sufian Othman hendak melakukan balingan seorang lagi pemain 1st Timer (Abg Rashidi) juga telah mendapat 4 strike. Nasib berpihak kepada pemain In The Zone ini sungguhpun balingan Sufian Othman sedikit tersasar namun reaksi pin telah membolehkan beliau mendapat strike yang ke-5 lalu memenangi voucher yang di peruntukkan. Ini juga kali kedua Sufian Othman memenangi voucher tersebut.


Berikut rangkuman perlawanan yang telah diadakan sepanjang malam tadi.  

GIRL POWER vs PERFECXION
Girl Power yang menurunkan gandingan 3 N (Noraniza, Nuratiqa dan Nurul Jumaniza) tidak mampu menyekat kehebatan pemain-pemain Perfecxion seperti Siti Hajar, Chang Kim Ping dan Lu Chieng Siang malam tadi. Gandingan Girl Power hanya mampu memberikan sedikit saingan pada dua game pertama namun baki perlawanan semua mata di sapu bersih oleh trios Perfecxion.

Siti Hajar dari pasukan Perfecxion di berikan penghormatan sebagai pemain terbaik setelah menjatuhkan sebanyak 746 pin (termasuk handicap). Perfecxion menang mudah dengan 17-3 dan mendapat mata tertinggi di antara semua pasukan bertanding dengan 38.54 mata. Jumlah mata yang besar juga telah melonjakkan pasukan Perfecxion dari tangga ke-5 ke tangga ke-3 liga dengan jumlah mata terkumpul sebanyak 167.84 mata.


MASJA-SA vs RIESTAR
Masja-SA yang menang dua perlawanan terdahulu tiba-tiba rebah di tangan pasukan bawahan liga Riestar dengan 9-11. Masja-SA yang menurunkan Abg Bikusary, Awg Mohd Zaki dan Mohd Zaimi telah mendahului 4-0 sebaik game pertama tamat. Namun pemain Riestar yang terdiri daripada Ramli Omar, Wan Aziela dan Mawi Labni telah menggunakan sepenuhnya kelebihan handicap yang di miliki untuk memaksa pemain Masja-SA tertekan sebaik game kedua bermula. Kemenangan 4-0 Riestar di game terakhir banyak mempengaruhi jumlah mata yang di miliki oleh kedua-dua pasukan.

Mawi Labni daripada Riestar telah di pilih sebagai pemain terbaik setelah berjaya mendapatkan 4 mata buat pasukan Riestar.


THE INCREDIBOWLS vs NUR KHAN
The Incredibowls yang menang kali pertama minggu lalu ke atas Riestar telah cuba untuk mendapatkan kemenangan kedua semalam. Menurunkan gandingan Robert Bantan, Gabriel Kong dan Howard Fado telah bermula dengan langkah lesu apabila ketinggalan di game pertama dengan 0-4. Namun The Incredibowls telah berjaya memberikan saingan di game yang ke-2 apabila menang 3-1 ke atas trios Nur Khan (Normala Gusti, Rajak Eman dan Kamaludin Akil).

Peningkatan yang di tunjukkan oleh pemain The Incredibowls telah menyemarakkan lagi potensi pemain Nur Khan yang selepas itu tidak memberikan ruang kepada pemain lawan memberikan saingan. Nur Khan menang dengan 14-6. Pemain Nur Khan (Kamaludin Akil) telah terpilih sebagai pemain terbaik setelah menang dengan 5-0 terhadap Howard Fado.


AB RIO vs LAS KOPEK
AB Rio yang di jangka akan mudah melepasi halangan yang di ciptakan oleh pasukan Las Kopek tidak menjadi kenyataan setelah gandingan Marzainah, Mohamad Rajudin dan Masri Gidi tidak menunjukkan persembahan yang konsisten sepanjang malam. Walaupun Masri Gidi yang di pilih sebagai pemain terbaik perlawanan berdasarkan jumlah jatuhan pin beliau namun beliau gagal membantu pasukan AB Rio untuk mendapat keputusan yang lebih baik.

Las Kopek yang bersandarkan harapan kepada pemain seperti Abdul Aziz, Ahmad Tajudin dan Dzulkarnain Haron telah berjaya membawa kemenangan Las Kopek buat kali kedua setelah lima minggu perlawanan. Las Kopek menang dengan keputusan 11.5-8.5 seterusnya naik satu anak tangga daripada tangga ke-13.


4-MUSKETEERS vs TALA KULU KULU
4-Musketeers dengan barisan pemain hebat seperti Rudy Bahrain, Abang Madzlan dan Ahmad Lek terus mempamerkan keunggulan mereka setelah membenam cabaran yang cuba di berikan oleh pasukan Tala Kulu Kulu. Walaubagaimanapun ucapan syabas wajar di berikan kepada pemain Tala Kulu Kulu seperti Mohd Rolam, Abg Dzulkernain dan Khairi Amri kerana telah memberikan saingan yang cukup sengit buat pasukan lawan

Mohd Rolam dan Abg Dzulkernain hanya mampu memberikan satu mata setiap seorang manakala Khairi Amri bermain dengan baik untuk menumpaskan Ahmad Lek dengan 5-0. Ahmad Lek yang baru memenangi JACKPOT 8-pin tap baru-baru ini kelihatan seperti tidak bermaya sepanjang perlawanan.

Khairi Amri (Tala Kulu Kulu) di pilih sebagai pemain terbaik perlawanan walaupun pasukan beliau tumpas dengan keputusan 8-12.


GREVE TEAM vs 1st TIMER
Berkedudukan di tempat kedua liga, 1st Timer tidak mengambil mudah perlawanan ketika bertemu Greve Team. Menurunkan gandingan hebat Rizalnam Bohari, Abg Rashidi dan Nazri Bohari memudahkan pasukan 1st Timer mengejar dan menghambat pendahulu liga Red Snapper. Zaiwisman, Irman Zaini dan Lim Chun Wee yang mewakili Greve Team hanya mampu mencabar 1st Timer di game yang ketiga sahaja manakala yang selebihnya menjadi milik 1st Timer.

Abg Rashidi yang menjatuhkan sebanyak 775 pin termasuk handicap menjadi pemain terbaik perlawanan ini. Gandingan hebat 1st Timer ini berjaya menjinakkan Greve Team dengan keputusan muktamad 15-5. 1st Timer juga berjaya mengekalkan kedudukan tangga ke-2 liga dan berjaya mengurangkan defisit daripada 6 mata kepada 2 mata berbanding Red Snapper (pendahulu liga).


RED SNAPPER vs IMMIGRATION
 
Pendahulu liga semenjak minggu ke-2 masih lagi tidak berubah setelah Red Snapper mudah menjinakkan pasukan Immigration dengan 14-6. Red Snapper yang menggunakan khidmat Mohd Yusuf, Jefry Rosdin dan Awg Kasti tidak banyak menghadapi masalah untuk menewaskan trios Immigration yang di turunkan semalam seperti Mahdi Abd Rahman, Abdul Rahim Sebli dan Idris Abd Latip.

Namun begitu kemenangan yang lebih besar boleh di tuai daripada perlawanan ini oleh Red Snapper seandainya Jefry Rosdin bermain seperti kebiasaannya. Jefry hanya menang 1 mata ketika bertembung dengan Abd Rahim Sebli. Sementara itu Awg Kasti (Red Snapper) telah di nobatkan selaku pemain terbaik.


IN THE ZONE vs PHREAKERS TEAM
In The Zone yang tewas pada minggu lalu telah berazam untuk mencapai kemenangan di minggu ke-5 ini. In The Zone memutuskan menyenaraikan trios yang sama ketika menang menentang 4-Musketeers iaitu Fazreen Fadzuan, Mazelan Mohamad dan Sufian Othman bagi memberi cabaran kepada pasukan Phreakers Team.

Syed Arbini, Faizul Rahim dan Marzuki Anuar yang di turunkan Phreakers Team kali ini hampir berjaya mendahului di game pertama namun jatuhan pin yang tinggi daripada Fazreen Fadzuan telah membantu In The Zone mencatatkan jatuhan pin berpasukan yang lebih tinggi untuk keputusan terikat 2-2.

Permainan di game yang kedua lebih hebat apabila Fazreen Fadzuan meneruskan aksi cemerlang untuk menang kali kedua ketika berhadapan dengan Syed Arbini walaupun jatuhan pin sedikit merosot. Manakala Mazelan Mohamad pula hanya kalah 1 pin setelah di campurkan dengan handicap. Sufian Othman beraksi cemerlang di game kedua setelah berjaya mendapatkan 5 strike berturut-turut bagi menjadi pemain yang menerima Voucher daripada Riverside Majectic Hotel. Beliau yang gagal mendapatkan spare di frame yang ke-6 sekali lagi berjaya membenamkan lima lagi strike berturut-turut sehingga menjatuhkan sebanyak 266 pin untuk memastikan kemenangan In The Zone 3-1.

Fazreen Fadzuan dan Sufian Othman sekali lagi bermain dengan baik untuk membantu kemenangan In The Zone di game ketiga juga dengan keputusan 3-1. Di game yang terakhir Phreakers Team telah berjaya menang dengan 3-1 hasil kemenangan Faizul Rahim, Marzuki Anuar dan jumlah pin berpasukan. Fazreen Fadzuan memastikan kemenangan penuh terhadap Syed Arbini setelah menjatuhkan sebanyak 763 pin termasuk handicap. Mazelan Mohamad pula tewas 0-5 di tangan Faizul Rahim sementara Sufian Othman hanya menang 3-2 terhadap Marzuki Anuar.

Keputusan penuh In The Zone berjaya mencatatkan kemenangan 12-8 ketika menentang Phreakers Team. In The Zone juga ceria apabila Sufian Othman menjadi pemain yang mengungguli kategori “Individual High Game – Scratch” dengan 266 pin. Beliau juga mengungguli kategori “Individual High Series – Scratch” dengan jatuhan pin sebanyak 853 sepanjang 4 game tersebut. In The Zone juga berjaya meletakkan nama pasukan di kategori “Team High Game – Handicap” dan “Team High Series – Handicap” selepas perlawanan malam tadi. Fazreen Fadzuan telah di pilih sebagai pemain terbaik perlawanan berdasarkan kemenangan 5-0 beliau malam tadi.  


Perlawanan di minggu ke-6 yang akan di langsungkan pada 15hb Disember 2011 bakal menyaksikan tugas mudah buat pasukan Red Snapper yang akan menentang pasukan Riestar. Girl Power pula bakal di tentang oleh pasukan yang kini semakin menonjol iaitu The Incredibowls. Las Kopek akan turun menentang pasukan Phreakers Team. 1st Timer di dalam misi mencabar pendahulu liga (Red Snapper) pula akan menerima kunjungan pasukan Nur Khan. Masja-SA yang sudah mula mempamerkan kehebatan bakal berhadapan dengan pasukan In The Zone. Greve Team yang semakin layu bakal menerima asakan heat daripada trios 4-Musketeers. Tala Kulu Kulu pula akan berdepan dengan kuasa baru Perfecxion dan AB Rio bakal melayan kunjungan Immigration.
  

Berikut adalah kedudukan liga setelah tamat minggu yang ke-5:



Sumber Berita Arena Sukan ITZ telah  disediakan oleh P3m@iN bOwLiNG.  

No comments:

Post a Comment