1st TIMER TEWAS BUAT KALI PERTAMA
Salam ceria buat semua pemain-pemain bowling yang bertanding di Riverside & Kim Bay League. Tidak ketinggalan salam muhibah kepada semua pembaca setia laman blog IN THE ZONE.
Kini pertandingan anjuran Riverside Superbowl telah berjalan hampir setengah musim. Semalam juga telah di adakan perlawanan bagi minggu ke-7 di mana masih terdapat baki 8 perlawanan lagi.
Sebelum perlawanan di mulakan, En.Wan Fauzeli Zulkafly selaku jurucakap penganjur telah mengumumkan sebanyak 6 Beer Frame yang boleh di menangi sepanjang malam ini. Beliau juga mengumumkan hadiah istimewa daripada “Riverside Majestic Hotel” berupa pakej penginapan selama 2 hari 1 malam bagi sesiapa yang terlebih dahulu dapat melakukan 8 strike berturut-turut. Pengumuman tersebut telah mengamatkan suasana di Riverside Superbowl.
Pendahulu liga yang baru di nobatkan minggu lalu (1st TIMER) masih mengekalkan kedudukan mereka pada minggu ini walaupun tewas mengejut kepada pasukan GIRL POWER malam tadi. Kekalahan tersebut adalah kekalahan yang pertama kali di terima oleh 1st TIMER telah membuka semula saingan liga dan peluang yang ada di gunakan sepenuhnya oleh pasukan RED SNAPPER yang mencatatkan kemenangan berharga menewaskan IN THE ZONE.
Secara keseluruhannya perlawanan yang di jalankan semalam telah mencapai matlamat kejohanan yang mensasarkan pemain-pemain baru dan lama mempertingkatkan mutu permainan masing-masing serta menjadikan kejohanan ini sebagai landasan membina persahabatan yang terus terjalin di kalangan pemain-pemain. Tahniah di ucapkan kepada semua para pemain.
Berikut adalah rangkuman perlawanan yang telah di langsungkan pada minggu ke-7:
GREVE TEAM vs PERFECXION
Kedua-dua pasukan ini yang tumpas pada minggu lalu telah bertekad untuk membaiki ranking di dalam carta liga dengan cuba mempamerkan persembahan yang lebih baik. Oleh sebab itu, PERFECXION telah kembali menurunkan pemain-pemain yang mampu melakukannya seperti Siti Hajjar Saibi, Chang Kim Ping dan Lu Chieng Siang (yang baru pulang daripada bercuti). GREVE TEAM juga tidak berpeluk tubuh maka dengan itu mereka telah menurunkan gandingan terbaik mereka seperti Zaiwisman, Irman Zaini dan Noor Shizarin untuk menidakkan impian pasukan PERFECXION.
Perlawanan di game yang pertama di dominasi oleh pasukan GREVE TEAM di mana ketiga-tiga pemain mereka telah melakukan sebanyak 180 jatuhan pin ke atas (termasuk handicap) untuk memastikan GREVE TEAM memunggut mata penuh. Keputusan perlawanan di game yang ke-2 nyata di kuasai oleh pasukan GREVE TEAM namun kehebatan Siti Hajjar Saibi dari pasukan PERFECXION yang meledakkan sebanyak 201 pin (termasuk handicap) telah menghalang GREVE TEAM daripada menang selesa apabila kedua-dua pasukan terikat di angka 2-2. Di game yang ke-3, PERFECXION telah mengandakan usaha dan berjaya memperolehi kemenangan dengan 3-1 namun pada keseluruhannya PERFECXION masih ketinggalan dengan 5-7.
PERFECXION sekali lagi perlu memenangi perlawanan di game yang terakhir untuk memastikan mereka bergelar pemenang telah mencuba sedaya upaya meningkatkan lagi persembahan. Zaiwisman (GREVE TEAM) telah berjaya mengambil peluang ke atas Siti Hajjar Saibi yang secara tiba-tiba merosot persembahannya di game yang terakhir ini untuk mendapatkan kemenangan kedua beliau namun penjumlahan pin berpihak kepada Siti Hajjar Saibi yang secara keseluruhannya telah menewaskan Zaiwisman dengan 3-2.
Chang Kim Ping pula terpaksa menelan hakikat tewas kepada Irman Zaini dengan 1-4 yang juga meledakkan sebanyak 214 pin di game yang terakhir. Noor Shizarin pula tidak berdepan masalah untuk menamatkan cabaran Lu Chieng Siang juga dengan kemenangan 4-1. Keputusan penuh GREVE TEAM menewaskan PERFECXION dengan 13-7 yang telah berjaya memperbaiki kedudukan di dalam liga sebanyak dua anak tangga. Noor Shizarin dari pasukan GREVE TEAM telah menjadi pemain terbaik di kalangan enam pemain tersebut.
IMMIGRATION vs PHREAKERS TEAM
IMMIGRATION yang mendapat keputusan seri minggu lalu menghadapi tugas yang sukar pada minggu ke-7 ini kerana terpaksa berhadapan dengan pasukan pilihan PHREAKERS TEAM. Gandingan Jawahir Tambek, Mahdi Abdul Rahman dan Idris Abdul Latip yang di turunkan IMMIGRATION pada kali ini di harap mampu melakukan kejutan. PHREAKERS TEAM di bawah kepimpinan Marzuki Anuar pula telah memberi tanggungjawab mencapai kemenangan bersama dengan Nurhazman Pulo, Faizul Rahim dan beliau sendiri.
Game pertama telah di langsungkan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan PHREAKERS TEAM dengan keputusan 3-1. Di game yang ke-2 dan yang ke-3 PHREAKERS TEAM terus mendominasi perlawanan dengan mata kemenangan yang sama. Semua mata IMMIGRATION di perolehi hasil kemenangan Mahdi Abdul Rahman terhadap Faizul Rahim. Di game yang terakhir Faizul Rahim dapat menebus kekalahannya sebelum ini dengan keputusan 206-167 manakala Marzuki Anuar tunduk di tangan Idris Abdul Latip dengan 166-189. Sementara Norhazman Pulo mendapat mata penuh setelah menewaskan Jawahir Tambek. PHREAKERS TEAM telah menumbangkan sebanyak 2011 pin (tidak termasuk handicap) dan Nurhazman Pulo yang melakukan 735 jatuhan pin telah di pilih sebagai pemain terbaik.
1st TIMER vs GIRL POWER
Pendahulu liga yang baru 1st TIMER yang di ramal tidak menghadapi kesukaran di perlawanan minggu ke-7 ini telah menerima hakikat apabila tewas buat pertama kali sepanjang liga ini di jalankan kepada pasukan GIRL POWER. Meskipun pencabar mereka kali ini GIRL POWER bukan saingan sebenar namun 1st TIMER tetap menurunkan gandingan yang mantap seperti Rizalnam Bohari, Azizi Johny dan Nazri Bohari. Walaupun berdepan dengan misi yang mustahil namun GIRL POWER juga tidak ketinggalan untuk mencuba mendapatkan sebanyak mata yang mungkin daripada perlawanan ini. GIRL POWER telah menurunkan Suryanti, Eztianie dan Nurul Jumaniza bagi merealisasikan harapan tersebut.
Perlawanan di game yang pertama tampak mudah buat 1st TIMER setelah pemain-pemain mereka berjaya mempamerkan aksi yang memukau. Rizalnam Bohari berjaya mengalahkan Suryanti dengan 196-171 dan Nazri Bohari juga mencapai kemenangan ke atas Nurul Jumaniza dengan 159-140. Manakala Azizi Johny terpaksa mengaku kalah kepada Eztianie dengan hanya 2 pin. Kelebihan 23 pin handicap yang ada pada Eztianie telah banyak membantu di atas kemenangan beliau.
Di game yang kedua, GIRL POWER yang berkelebihan sebanyak 66 pin handicap telah menggunakan kelebihan tersebut dengan baik sekali apabila berjaya menang dengan 3.5-0.5. Rizalnam Bohari yang hanya menjatuhkan 165 pin kali ini telah terikat dengan mata yang di perolehi oleh Suryanti. Walaupun Azizi Johny berjaya memperbaiki permainan dan menjatuhkan sebanyak 192 pin namun masih belum cukup bagi beliau mencatatkan kemenangan. Sekali lagi Eztianie mempergunakan kelebihan handicap bagi mencatat kemenangan yang ke-2 beliau dengan 198-192. Nazri Bohari yang melakukan sebanyak 186 jatuhan pin juga terpaksa akur tunduk kepada kelebihan handicap yang di miliki oleh Nurul Jumaniza. Nurul Jumaniza menang dengan kelebihan 4 pin. Kedudukan setelah tamat game yang ke-2, GIRL POWER telah mendahului 1st TIMER dengan 4.5-3.5.
Sekali lagi kelebihan handicap yang di manafaatkan sepenuhnya oleh pemain GIRL POWER telah menyukarkan pemain 1st TIMER untuk mendapatkan mata kemenangan. GIRL POWER telah berjaya mengikat mata 2-2 apabila Suryanti dan Eztianie masing-masing memenangi perlawanan mereka dengan tipis iaitu 1 pin buat Suryanti dan Eztianie menang dengan kelebihan 4 pin sahaja. Nazri Bohari yang melakukan sebanyak 215 pin telah membantu 1st TIMER mendapatkan keputusan seri kali ini.
Menyedari kemenangan hanya mampu di capai jika 1st TIMER berjaya membolot semua 4 mata di game yang terakhir ini, telah berusaha bersungguh-sungguh kali ini. Namun begitu Rizalnam Bohari yang mendapat 3 split di game yang terakhir ini telah gagal memberikan mata buat 1st TIMER apabila hanya mampu menjatuhkan sebanyak 143 pin. Suryanti yang menjatuhkan sebanyak 136 pin telah muncul sebagai pemenang setelah pengiraan handicap memberikan kemenangan sebanyak 170 pin. Azizi Johny pula telah berjaya menewaskan Eztianie dengan 194-154. Nazri Bohari yang menerima 2 split dan hanya mampu menjatuhkan sebanyak 162 pin terpaksa menelan hakikat kekalahan setelah Nurul Jumaniza cemerlang dengan 188 pin.
GIRL POWER di sahkan sebagai pemenang dengan mengejutkan pendahulu liga yang baru di nobatkan minggu lalu iaitu 1st TIMER dengan kemenangan tipis 10.5 berbalas 9.5. Suryanti dari GIRL POWER telah menerima penghormatan sebagai pemain terbaik di kalangan enam pemain tersebut.
LAS KOPEK vs MASJA-SA
LAS KOPEK yang mendapat keputusan yang baik minggu lalu ketika menewaskan pasukan PHREAKERS TEAM kini cuba mendapatkan kemenangan yang seterusnya untuk memastikan pasukan mereka dapat menjadi pencabar kepada pasukan-pasukan pilihan yang lain. Menurunkan gandingan yang di rombak seperti Azzairul Sarkawi, Abdul Aziz dan Dzulkarnain Haron di percayai mampu menjalankan tugas dengan baik. Sementara itu, MASJA-SA yang tumbang walaupun telah memberikan saingan yang amat sengit kepada IN THE ZONE minggu lalu juga telah merombak pemain yang di turunkan kali ini dengan kehadiran Wan Habib, Easmawi Razak dan Kastina Othman bagi mengimbangi kekuatan yang di miliki oleh pasukan LAS KOPEK.
Perlawanan di game yang pertama berkesudahan dengan kemenangan bergaya di catatkan oleh MASJA-SA dengan keputusan 3-1 hasil kemenangan Wan Habib, Kastina Othman dan jumlah jatuhan pin di game yang pertama. Ini tidak melenturkan semangat pemain Las Kopek yang berjaya membalas dendam kekalahan tersebut dengan kemenangan di game yang kedua juga dengan 3-1 hasil kemenangan Azzairul, Dzulkarnain dan jumlah jatuhan pin di game yang kedua ini. Saingan sengit yang di harap mampu di tonton oleh penonton yang hadir tidak menjadi kenyataan apabila di dua game yang seterusnya MASJA-SA telah mempamerkan persembahan yang baik dan hanya menyerahkan satu mata kepada pasukan lawan.
Keputusan penuh perlawanan MASJA-SA menang dengan 15-5 dan Easmawi Razak di pilih sebagai pemain terbaik setelah menjatuhkan sebanyak 776 pin termasuk handicap.

4-MUSKETEERS vs NUR KHAN
4-MUSKETEERS yang konsisten dengan rentak kemenangan di jangka tidak menghadapi masalah pada minggu ini. Lawan mereka NUR KHAN yang menurunkan pemain seperti Elizabeth Mary, Abg Senawi dan Rajak Eman cuba mencabar pemain-pemain yang di turunkan pasukan 4-MUSKETEERS seperti Herman Shah, Sazali Yunus dan Ahmad Lek walaupun bakal menghadapi tugas yang sukar.
Perlawanan di game yang pertama menjadi milik 4-Musketeers dengan keputusan 2.5-1.5 hasil kemenangan Herman Shah dan jumlah jatuhan pin manakala Ahmad Lek terpaksa akur dengan keputusan seri setelah terikat jumlah jatuhan pin bersama Rajak Eman dengan 202 pin.
Di game yang seterusnya 4-Musketeers tidak menoleh kebelakang lagi untuk memunggut mata demi mata. Di game yang ke-2 dan ke-3, 4-Musketeers menganas dengan memperolehi mata penuh. Namun di game yang terakhir Abg Senawi berjaya mencuri satu mata lagi menerusi kemenangan beliau terhadap Sazali Yunus.
Keputusan muktamad 4-Musketeers berjaya menjinakkan Nur Khan dengan kemenangan besar 17.5-2.5. Ahmad Lek yang berjaya membuat “CLEAN GAME” di keempat-empat game telah di pilih sebagai pemain terbaik pada minggu ke-7.

RIESTAR vs AB RIO
RIESTAR yang masih segar dengan kemenangan menakjubkan ketika menentang RED SNAPPER minggu lalu kini perlu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada perlawanan minggu ini. Lawan mereka kali ini AB RIO bukan calang-calang pasukan. RIESTAR mengubah barisan pemain pada minggu ini dengan menurunkan Jamayah Bujang, Wan Aziela dan Syashahnizam bakal berhadapan dengan barisan trios AB RIO seperti Doleena Kennedy, Marzainah Jayamara dan Mohd Rajudin.
Jamayah Bujang gagal bermain dengan baik sepanjang perlawanan menyebabkan Doleena Kennedy dapat mengambil kesempatan ke atas beliau. Doleena menang semua mata yang di pertaruhkan dengan jatuhan pin sebanyak 730 pin termasuk handicap.
Marzainah Jayamara yang terpaksa di turunkan atas sebab tertentu ternyata belum bersedia menghadapi perlawanan kali ini. Lawan beliau Wan Aziela yang memang cukup bersedia telah berjaya menakluki kesemua mata di antara kedua-dua pemain ini. Wan Aziela yang menjatuhkan sebanyak 709 pin termasuk handicap menang dengan 5-0.
Mohd Rajudin dari AB RIO tidak berdepan tugas sukar ketika menentang Syashahnizam. Beliau membuat purata 180 pin sepanjang 4 game yang di langsungkan semalam ternyata bukan lawan bagi Syashahnizam. Mohd Rajudin yang menjatuhkan sebanyak 798 pin termasuk handicap menang dengan 5-0 dan terpilih sebagai pemain terbaik di kalangan kedua-dua pasukan. AB RIO menang dengan 15-5.

THE INCREDIBOWLS vs TALA KULU KULU
THE INCREDIBOWLS yang berkedudukan di tangga terakhir liga telah menurunkan pemain terbaik mereka seperti Robert Bantan, Gabriel Kong dan Howard Fadd berkunjung menemui pasukan yang sedang meningkat naik TALA KULU KULU. TALA KULU KULU pula membariskan pemain seperti Mohd Rithaudin, Mohd Rolam dan Norizan Abdullah di jangka meneruskan aksi kemenangan seperti di minggu yang ke-6.
Robert Bantan dan Gabriel Kong mengambil kesempatan di atas prestasi menurun daripada Mohd Rithaudin dan Mohd Rolam di game yang pertama untuk membantu THE INCREDIBOWLS mencatat kemenangan 3-1. Mata TALA KULU KULU di sumbangkan oleh Norizan Abdullah yang menang ke atas Howard Fadd. Di game yang kedua THE INCREDIBOWLS sekali lagi menang dengan 3-1 di mana mata-mata berjaya di hasilkan menerusi Robert Bantan, Howard Fadd dan jumlah jatuhan pin berpasukan di game kali ini.
Di game yang ketiga TALA KULU KULU telah berjaya mengurangkan defisit mata apabila menang dengan 3-1. Mohd Rithaudin yang masih tercari-cari formula yang berkesan tidak mampu untuk menewaskan Robert Bantan manakala pemain TALA KULU KULU yang lain telah berjaya menghasilkan mata. Di game yang terakhir THE INCREDIBOWLS telah mempamerkan persembahan yang baik untuk memunggut tiga lagi mata untuk selesa mencatatkan kemenangan ke atas TALA KULU KULU dengan 12-8.
Walaupun THE INCREDIBOWLS mencatatkan kemenangan namun kedudukan mereka masih belum berganjak. Robert Bantan dari pasukan THE INCREDIBOWLS yang menang semua mata telah di pilih sebagai pemain terbaik kali ini.

RED SNAPPER vs IN THE ZONE
Perlawanan tumpuan pada minggu ke-7 ini telah menemukan dua daripada tiga pasukan teratas liga di waktu ini. RED SNAPPER yang telah mengugurkan mata-mata penting ketika tewas kepada RIESTAR minggu lalu seperti ibarat jerung yang terluka dan pastinya menjadikan pasukan lawan mereka kali ini IN THE ZONE sebagai medan menebus kehampaan. RED SNAPPER yang menurunkan gandingan terbaik mereka (Jefry Rosdin, Abg Afiq Yazid dan Awg Kasti) merupakan kombinasi terbaik bagi mencapai misi kemenangan. Sementara itu, IN THE ZONE yang kini mula mencabar pasukan teratas liga telah mengekalkan gandingan yang memenangi perlawanan minggu lalu seperti Marzuki Usop, Hew Fah Lin dan Sufian Othman bagi menghadapai saingan sengit yang pastinya datang dari trios RED SNAPPER.
Marzuki Usop yang berkelebihan sebanyak 4 pin handicap telah gagal bermain seperti di minggu lepas dan tewas kepada Jefry Rosdin dengan 180-197 (termasuk handicap). Hew Fah Lin berjaya mengambil kesempatan ke atas Abg Afiq Yazid dengan mancatatkan kemenangan 200-165. Persaingan sengit telah di tunjukkan oleh Sufian Othman yang berhadapan dengan Awg Kasti di game pertama ini. Namun Awg Kasti telah menunjukkan ketenangan beliau di tiga frame terakhir sebelum mencatat kemenangan 224-197 sekaligus memberikan RED SNAPPER mendahului IN THE ZONE dengan 3-1.
IN THE ZONE cuba memperbaiki kelemahan di game yang kedua namun skripnya tetap sama. RED SNAPPER sekali lagi menang dengan 3-1 hasil kemenangan Jefry Rosdin sebanyak 75 pin ke atas Marzuki Usop, Awg Kasti menang dengan kelebihan 41 pin ke atas Sufian Othman dan penjumlahan pin berpasukan di game kali ini dengan kelebihan 91 pin. Hanya Hew Fah Lin berjaya mendapatkan mata buat IN THE ZONE yang sekali lagi mencatatkan kemenangan ke atas Abg Afiq Yazid. Berakhir game yang kedua RED SNAPPER selesa mendahului IN THE ZONE dengan 6-2.
Di game yang ketiga, IN THE ZONE telah berjaya menyamakan kedudukan mata kepada 6-6 apabila trios IN THE ZONE berjaya mendapatkan empat mata penuh. Jefry Rosdin yang banyak melakukan kesilapan ketika membuat balingan spare telah membolehkan Marzuki Usop menang dengan 182-156. Hew Fah Lin meneruskan aksi yang baik setelah mencatatkan kemenangan kali ketiga ke atas Abg Afiq Yazid. Sufian Othman pula berjaya mengambil kesempatan ke atas kelalaian Awg Kasti membuat balingan spare untuk menang dengan 180-162. Walaupun menang dan telah menyamakan kedudukan namun IN THE ZONE masih memerlukan satu keajaiban untuk menang secara keseluruhan di game yang terakhir kerana penjumlahan jatuhan pin lebih memihak kepada trios RED SNAPPER.
Di game yang terakhir, Marzuki Usop telah gagal mengambil peluang ke atas Jefry Rosdin apabila tewas di frame-frame terakhir. Jefry yang mencatatkan 178 pin telah muncul sebagai pemenang setelah mencatatkan keseluruhan jatuhan pin beliau sebanyak 771 pin. Abg Afiq Yazid pula yang mendapat tips-tips berguna daripada jurulatih beliau telah berjaya mencuri satu mata daripada Hew Fah Lin dengan kemenangan 220-163. Hew Fah Lin berjaya mendapatkan mata ke-4 buat dirinya setelah menewaskan Abg Afiq Yazid pada penjumlahan pin individu dengan 740 berbalas 725. Persaingan di antara Awg KAsti dan Sufian Othman terus rancak apabila Awg Kasti yang pada mulanya mendahului telah mendapati dirinya di ekori rapat oleh Sufian Othman sepanjang perlawanan. Sufian yang menyudahkan terlebih dahulu perlawanan dengan 195 jatuhan pin mengharapkan Awg Kasti gagal menyudahkan frame terakhir dengan strike. Namun pengalaman serta ketenangan yang di miliki Awg Kasti telah membolehkan beliau mengugurkan tiga strike berturut-turut di frame terakhir untuk membuat sebanyak 185 jatuhan pin sekaligus meranapkan harapan Sufian Othman untuk muncul sebagai pemenang setelah mencatatkan sebanyak 773 jatuhan pin secara keseluruhan.
Keputusan akhir RED SNAPPER berjaya menjinakkan IN THE ZONE dengan 12-8. Awg Kasti telah di pilih sebagai pemain terbaik berdasarkan kepada permainan beliau dan sikap sebagai ketua di antara pemain RED SNAPPER.

Berikut adalah kedudukan liga setelah tamat minggu yang ke-7 liga:
Sumber Berita Arena Sukan ITZ telah disediakan oleh P3m@iN bOwLiNG.






























No comments:
Post a Comment