Tuesday, 7 February 2012

Week#12 : Riverside & Kim Bay (165 & Below Trios League 2011/2012)

4-MUSKETEERS TERUS MENDAHULUI
KEJUARAAN HAMPIR KE KEMUNCAK

Salam muhibah 1 Malaysia buat semua pembaca setia laman blog ITZ juga kepada semua peminat blog kami serta pemain-pemain bowling di mana sahaja anda berada.

Kerancakkan liga yang berlangsung selama 12 minggu kini hampir ke kemuncaknya apabila tinggal hanya 3 lagi perlawanan yang perlu dilalui bagi mencari juara Riverside & Kim Bay (165 & Below Trios League 2011/2012) ini.

4-MUSKETEERS yang berada di pendahulu liga terus mengekalkan kedudukan sementara RED SNAPPER yang berada di tempat yang kedua semakin menghampiri dan terus menghambat kedudukan pendahulu liga.

Walaupun 1st TIMER tidak bernasib baik apabila tewas di minggu ke-12 ini namun terus mengekalkan kedudukan sementara IN THE ZONE terus kecundang dan semakin di hampiri pasukan AB RIO.

Berikut adalah rangkuman perlawanan pada minggu ke-12:

AB RIO vs MASJA-SA

Mohamad Rajudin, Doleena Kennedy, Marzainah dan Masri Gidi (AB RIO)
AB RIO tampak yakin di minggu ke-12 ini dengan menyenaraikan pemain seperti Marzainah, Mohamad Rajudin dan Masri Gidi bagi mengalas tugas berhadapan dengan trio dari MASJA-SA seperti Abg Bikusary, Asri Mat dan Easmawi Razak.

AB RIO tidak menunggu lama untuk membuktikan penguasaan mereka apabila menang mudah di game yang pertama dengan 4-0. Easmawi Razak hampir dapat memberikan satu mata buat MASJA-SA namun kesilapan di akhir frame telah menyebabkan beliau tewas dengan hanya 2 pin. Namun begitu Eamawi Razak telah menebus kesilapannya dengan menewaskan Masri Gidi di frame yang kedua dengan 201-189 bagi memberikan satu-satunya mata MASJA-SA apabila berakhirnya game yang kedua.

Ketinggalan dengan 1-7, MASJA-SA telah mengumpulkan seluruh tenaga bagi menghadapi perlawanan di game yang ketiga. Usaha mereka berbaloi apabila berjaya mendapatkan mata penuh setelah menyaksikan ketiga-tiga pemain MASJA-SA berjaya mengalahkan lawan masing-masing.

Asri Mat, Abg Bikusary dan Easmawi Razak (MASJA-SA)
Namun di game yang terakhir MASJA-SA tidak di berikan ruang untuk bertindak apabila menyaksikan trios AB RIO berjaya bermain dengan tinggi untuk kemenangan 4-0. Penjumlahan pin individu menyaksikan Marzainah cemerlang dengan 771 pin mengalahkan Abg Bikusary yang hanya menjatuhkan sebanyak 705 pin. Mohamad Rajudin pula berjaya mengalahkan Asri Mat dengan 761-680. Hanya Easmawi Razak berjaya mendapatkan mata buat MASJA-SA apabila menewaskan Masri Gidi dengan 701-678.

Keputusan penuh AB RIO cemerlang menewaskan MASJA-SA dengan 14-6 sekaligus membolehkan pasukan mereka mendaki satu anak tangga ke tangga ke-5 liga. Marzainah Jayamara (AB RIO) telah di pilih oleh Arena Sukan ITZ sebagai pemain terbaik di kalangan enam pemain ini.


SCORE SHEET

1st TIMER vs PERFECXION

Nazri Bohari, Rizalnam Bohari dan Azizi Johny (1st TIMER)
1st TIMER yang menurunkan gandingan mantap Rizalnam Bohari, Azizi Johny dan Nazri Bohari telah menerima kunjungan pemain dari PERFECXION seperti Siti Hajjar Saibi, Lu Chieng Siang dan Chang Kim Ping.

Siti Hajjar Saibi, Lu Chieng Siang dan Chang Kim Ping (PERFECXION)
Walaupun di atas kertas, 1st TIMER mampu menewaskan PERFECXION namun semangat yang di bawa oleh ketiga-tiga pemain PERFECXION telah menafikan segalanya dengan mencatat kemenangan di game yang pertama dengan 3-1 hasil kemenangan Lu Chieng Siang, Chang Kim Ping dan jumlah pin berpasukan. Di game yang pertama ini juga telah menyaksikan Rizalnam Bohari dari 1st TIMER telah muncul sebagai peserta pertama yang berjaya memperolehi 5 strike berturut-turut bagi membolehkan beliau muncul pemenang bagi “Voucher Japanesse Buffet” dari Riverside Majestic CafĂ©. Chang Kim Ping yang juga berjaya melakukan perkara yang sama terpaksa akur kerana Rizalnam Bohari terlebih dahulu melakukan balingan.

Rizalnam Bohari (1st TIMER)  menunjukkan "Voucher Japanesse Buffet" hasil 5 Strike In A Row
Semangat kental pemain PERFECXION di teruskan lagi pada game yang kedua dan ketiga apabila terus mencatatkan kemenangan dengan 7-1 menjadikan kedudukan setelah tamat game yang ketiga PERFECXION mendahului dengan 10-2. Semangat pemain 1st TIMER bagaikan di rentap sepanjang dua game ini apabila lane mereka kerap mengalami masalah teknikal.

Pemain-pemain 1st TIMER ceria mendapat BEER FRAME

Di game yang terakhir 1st TIMER berjaya juga mempamerkan aksi yang baik namun hanya mampu sekadar mencatat keputusan seri 2-2 hasil kemenangan Rizalnam dan Nazri Bohari.




PERFECXION akhirnya di umumkan sebagai pemenang setelah menumpaskan 1st TIMER dengan 15-5 manakala Rizalnam Bohari dan Chang Kim Ping telah di berikan status pemain terbaik perlawanan ini oleh Arena Sukan ITZ.


SCORE SHEET

GIRL POWER vs GREVE TEAM

Suryanti, Meini Gunggang dan Nurul Jumaniza (GIRL POWER)
GIRL POWER sekali lagi menurunkan gandingan berbisa mereka Meini Gunggang, Suryanti dan Nurul Jumaniza bagi menghadapi lawan dari GREVE TEAM seperti Mohd Asri, Mazlan Mohamat dan Irman Zaini.

Walaupun tidak bermain dengan begitu baik di game yang pertama, GIRL POWER bernasib baiki kerana pemain GREVE TEAM tidak dapat mengambil kesempatan ke atas permainan apabila berjaya mendapatkan kemenangan di game yang pertama dengan 3-1 hasil kemenangan Meini Gunggang, Nurul Jumaniza dan jatuhan pin berpasukan.

Mazlan Mohamat, Mohd Asri dan Irman Zaini (GREVE TEAM)
Di game yang kedua, GREVE TEAM mula menunjukkan belang setelah berjaya menyamakan kedudukan setelah menang juga dengan 3-1 hasil daripada Mazlan Mohamat, Irman Zaini dan jatuhan pin berpasukan.

Di game yang ketiga, sekali lagi GIRL POWER berada di hadapan apabila mencatatkan kemenangan dengan 3-1 hasil kemenangan Suryanti, Nurul Jumaniza dan jatuhan pin berpasukan.

Ibarat corak pada Kek Lapis Sarawak, di game yang terakhir GREVE TEAM sekali lagi memperolehi kemenangan juga dengan 3-1 hasil kemenangan Mohd Asri, Mazlan Mohamat dan jatuhan pin berpasukan.

Pemenang yang akan di tentukan melalui jatuhan pin keseluruhan telah menyaksikan keputusan seri apabila Meini Gunggang dan Nurul Jumaniza berjaya menewaskan lawan masing-masing namun belum cukup untuk menewaskan jumlah keseluruhan pin yang di miliki pasukan GREVE TEAM untuk kedua-dua pasukan terikat dengan 10-10.

Mazlan Mohamat dari pasukan GREVE TEAM telah di pilih sebagai pemain terbaik di kalangan enam pemain ini setelah menjatuhkan sebanyak 710 pin sepanjang minggu ke-12 ini.
 
SCORE SHEET

RIESTAR vs LAS KOPEK
Ramli Omar, Iswandy Zain dan Mawi Labini (RIESTAR)
RIESTAR menurunkan gandingan Iswandy, Ramli Omar dan Mawi Labini untuk berhadapan pemain dari LAS KOPEK seperti Azzairul Sarkawi, Ahmad Tajudin dan Dzulkarnain Haron.

Walaupun pemain-pemain RIESTAR bermain dengan baik namun permainan yang di tunjukkan oleh trio LAS KOPEK lebih baik dengan menyaksikan Azzairul yang bermain hampir sempurna telah memberikan empat mata buat LAS KOPEK dengan jatuhan pin yang tertinggi sepanjang minggu ke-12 ini. Azzairul berjaya menjatuhkan sebanyak 220,222,210 dan 158 pin (tanpa handicap) atau 237,239,227 dan 175 (termasuk handicap) untuk jumlah keseluruhan sebanyak 810 (878) pin menjadikan purata jatuhan pin beliau untuk malam ini sebanyak 202 (219) pin. Dengan ini juga Azzairul Sarkawi telah berjaya meletakkan diri beliau mengungguli kategori “Individual High Series (Handicap)” menolak Marzuki Anuar ke tempat kedua dengan perbezaan 47 pin. Lawan beliau Iswandy hanya mampu mendapat satu satu pada penghujung perlawanan.

Ahmad Tajudin (LAS KOPEK) juga cemerlang di perlawanan ini setelah mengalahkan Ramli Omar dengan 3-2. Walaupun beliau tumpas di game yang pertama, namun beliau bangkit untuk mencipta kemenangan di game yang kedua, ketiga dan jumlah keseluruhan pin individu. Ahmad Tajudin yang bermain dengan jatuhan pin melebihi 200 pin di game yang kedua dan ketiga telah membantu beliau mencatatkan kemenangan keseluruhan terhadap Ramli Omar.

Azzairul Sarkawi, Dzulkarnain Haron dan Ahmad Tajudin (LAS KOPEK)
Dzulkarnain Haron juga tidak menghampakan apabila mencatat kemenangan 4-1 ke atas Mawi Labini. Setelah menang di game yang pertama sebelum tewas di game yang kedua, langkah Dzulkarnain terus laju setelah menang baki perlawanan.

LAS KOPEK yang menang dengan 16-4 ke atas RIESTAR telah mengekalkan kedudukan di tangga ke-8 di samping berjaya meletakkan LAS KOPEK di tangga kedua kategori “Team High Series (Scratch)” menolak keluar 4-MUSKETEERS yang menghuni tempat itu sebelum ini. Azzairul Sarkawi telah di pilih sebagai pemain terbaik perlawanan dan pemain terbaik di minggu ke-12 ini.

SCORE SHEET

THE INCREDIBOWLS vs 4-MUSKETEERS
Chelsia Tan, Howard Fadd dan Gabriel kong (THE INCREDIBOWLS)
4-MUSKETEERS yang turun selaku pendahulu liga nyaris di kejutkan oleh trio THE INCREDIBOWLS malam ini. THE INCREDIBOWLS yang menurunkan Chelsia Tan, Gabriel Kong dan Howard Fadd telah berjaya memberikan saingan yang hebat kepada pemain 4-MUSKETEERS seperti Rudy Bahrain, Herman Shah dan Ahmad Lek.

Ahmad Lek, Herman Shah dan Rudy Bahrain (4-MUSKETEERS)
4-MUSKETEERS tidak mempunyai masalah di game yang pertama apabila menang dengan 3-1 hasil kemenangan Rudy Bahrain, Ahmad Lek dan jatuhan pin berpasukan. Namun di game yang kedua, Howard Fadd telah mula menyemarakkan saingan setelah berjaya menewaskan Ahmad Lek untuk keputusan THE INCREDIBOWLS tewas juga dengan 1-3.

Trio THE INCREDIBOWLS bangga mendapat BEER FRAME

Di game yang ketiga, Howard Fadd berjaya menaikkan semangat melawan rakan sepasukan untuk mencipta kemenangan 3-1 hasil kemenangan beliau di bantu oleh kemenangan Chelsia Tan dan jatuhan pin berpasukan.
4-MUSKETEERS menerima Voucher KIM BAY


Walaubagaimanapun di game yang terakhir hanya Howard Fadd berjaya mencuri mata daripada trio 4-MUSKETEERS untuk keputusan penuh 4-MUSKETEERS menang dengan 13-7.



Walaupun THE INCREDIBOWLS tewas namun Howard Fadd telah di umumkan sebagai pemain terbaik perlawanan ini.


SCORE SHEET

IN THE ZONE vs IMMIGRATION
Trio IN THE ZONE (Sufian Othman, Yusri Suhaimi dan Fazreen Fadzuan)
IN THE ZONE yang melalui saat sukar mencipta kemenangan sejak kebelakangan ini terus buntu apabila gandingan Fazreen Fadzuan, Yusri Suhaimi dan Sufian Othman gagal mempamerkan permainan yang baik ketika berhadapan pemain-pemain IMMIGRATION seperti Jawahir Tambek, Idris Abd Latip dan Abd Rahim Sabeli.

Terikat 2-2 di game yang pertama telah menyaksikan IMMIGRATION mengatur langkah di game yang kedua dengan kemenangan 3-1 hasil sumbangan Idris dan Abd Rahim serta jatuhan pin berpasukan.

Abd Rahim Sabeli, Jawahir Tambek dan Idris Abd Latip (IMMIGRATION)
Namun IN THE ZONE kembali menyamakan kedudukan setelah menang di game yang ketiga juga dengan 3-1 hasil sumbangan dari Yusri Suhaimi, Sufian Othman dan jatuhan pin berpasukan. IN THE ZONE yang memerlukan kemenangan di game yang terakhir untuk selesa di hadapan telah di kecewakan oleh permainan pemain mereka sendiri yang gagal mengambil peluang dan menyudahkan tugas masing-masing. Fazreen Fadzuan tumpas dengan hanya perbezaan 2 pin manakala Sufian Othman kecewa dengan perbezaan 20 pin.

Dengan kemenangan 12-8 ini, IMMIGRATION telah memperbaiki kedudukan ke tangga ke-10 dan Abd Rahim Sabeli di berikan penghormatan selaku pemain terbaik perlawanan. 

SCORE SHEET

RED SNAPPER vs PHREAKERS TEAM
Abg Afiq Yazid, Mohd Yusuf dan Awg Kasti (RED SNAPPER)
RED SNAPPER yang kembali menyenaraikan Mohd Yusuf bagi mengantikan Jefry Rosdin bersama-sama Abg Afiq Yazid dan Awg kasti nyata tidak mengecewakan setelah membantu kemenangan RED SNAPPER 12-8 terhadap pasukan PHREAKERS TEAM yang menurunkan Mohd Shawaluddin, Norhazman Pulo dan Marzuki Anuar.

Mohd Yusuf berjaya menghadiahkan 3 mata kepada RED SNAPPER melalui kemenangan beliau terhadap Mohd Shawaluddin di game pertama, kedua dan jatuhan pin keseluruhan.

Marzuki Anuar, Mohd Shawaluddin dan Norhazman Pulo (PHREAKERS TEAM)
Abg Afiq pula membenam cabaran Norhazman Pulo apabila melengkapkan kemenangan mutlak 5-0 ke atas lawan beliau. Abg Afiq berjaya mengumpul purata jatuhan pin sebanyak 184 pin cukup untuk membantu RED SNAPPER mancapai kemenangan.

Awg Kasti pula terpaksa akur tunduk di tangan Marzuki Anuar yang bersemangat untuk mencapai kemenangan. Marzuki Anuar menang dengan 4-1.

RED SNAPPER berjaya mencipta kemenangan lantas terus mengekori pendahulu liga untuk membawa kejuaraan hingga ke perlawanan yang terakhir. Abg Afiq Yazid di pilih sebagai pemain paling cemerlang di antara kedua-dua pasukan ini.

SCORE SHEET

TALA KULU KULU vs NUR KHAN
Abg Yusdi, Abg Dzulkernaen dan Khairy Amry (TALA KULU KULU)
TALA KULU KULU yang menyenaraikan Abg Dzulkernaen berganding bahu bersama Abg Yusdi dan Khairy Amry gagal di dalam misi memburu kemenangan setelah di tumpaskan trio dari NUR KHAN yang meletakkan Rohidayawati, Normala Gusti dan Kamaludin Akil sebagai pemain.

Biarpun TALA KULU KULU berjaya mengikat perlawanan di game yang pertama namun di game-game yang berikutnya persembahan TALA KULU KULU nyata longlai.

Normala Gusti, Rohidayawati dan Kamaludin Akil (NUR KHAN)
Di game yang kedua NUR KHAN berjaya mendapat 3 mata menerusi Rohidayawati, Kamaludin Akil dan jatuhan pin berpasukan manakala di game yang ketiga Normala Gusti berjaya menghadiahkan satu mata buat NUR KHAN di kala Kamaludin Akil tewas kepada Khairy Amry.

BEER FRAME dari TALA KULU KULU (Model Terbaru bagi produk minuman 100 PLUS)
Di game yang terakhir, persembahan layu oleh TALA KULU KULU membolehkan trio NUR KHAN memunggut mata penuh untuk kemenangan 15-5 terhadap TALA KULU KULU. Kamaludin Akil telah di pilih sebagai pemain terbaik perlawanan ini.

SCORE SHEET

Berdasarkan kedudukan terkini, peluang yang amat cerah bagi dua pasukan untuk merangkul kejuaraan pertama RIVERSIDE & KIM BAY LEAGUE di antara 4-MUSKETEERS dan RED SNAPPER. Manakala pasukan seperti 1st TIMER, IN THE ZONE, AB RIO, PERFECXION dan PHREAKERS TEAM akan terus mencuba memperbaiki kedudukan sehingga dapat mencabar kejuaraan dari menjadi milik dua pasukan tersebut. Namun apa yang membanggakan di kejohanan ini adalah semangat tidak berputus asa di kalangan semua pasukan bertanding mempamerkan kehebatan masing-masing bagi membawa pasukan lebih di geruni di masa-masa akan datang. “SELAMAT BERJUANG KEPADA SEMUA PASUKAN & MEMAJUKAN SUKAN BOWLING KE TAHAP YANG LEBIH BAIK”.

KEDUDUKAN TERKINI LIGA DI MINGGU KE-12:


Sumber Berita Arena Sukan ITZ telah  disediakan oleh P3m@iN bOwLiNG.

No comments:

Post a Comment