Wednesday, 22 February 2012

Week#13 : Riverside & Kim Bay (165 & Below Trios League 2011/2012)


4-MUSKETEERS TERPAKSA MENGALAH
RED SNAPPER KEMBALI KE PERSADA LIGA

Salam 1 Malaysia buat semua peminat sukan bowling terutamanya kepada semua pasukan dan peserta di dalam kejohanan “1st RIVERSIDE & KIM BAY (165 & BELOW Trio League 2011/2012)”.

Kini sudah masuk minggu ke-13, bermakna tinggal dua lagi perlawanan yang perlu di lengkapkan oleh semua pasukan bertanding bagi mencari “JUARA” mutlak bagi kejohanan yang kali pertama di anjurkan ini.

Pendahulu liga bagi dua minggu yang lepas, 4-MUSKETEERS terpaksa akur membiarkan RED SNAPPER kembali menakluki liga setelah mencicirkan mata ketika tewas kepada pasukan AB RIO. AB RIO telah mempamerkan permainan terbaik mereka sepanjang kejohanan pada minggu ke-13 ini. Manakala RED SNAPPER berjaya mengatasi cabaran yang di bawa 1st TIMER dengan berkesan.

Perlawanan di minggu ke-13 ini juga menyaksikan kehebatan pasukan AB RIO dan GREVE TEAM terutamanya daripada Marzainah Jayamara yang mewakili pasukan AB RIO. Sementara itu terdapat satu perlawanan yang di tangguhkan di antara LAS KOPEK dan IMMIGRATION yang meninggalkan kesan kepada Marzainah Jayamara kerana tidak dapat memperolehi hadiah mingguan yang dinanti-nantikan walaupun telah berjaya menghumbankan sebanyak 7 strike berturut-turut.

KEPUTUSAN PERLAWANAN DI MINGGU KE-13:
  
Berikut adalah rangkuman perlawanan pada minggu ke-13:

TALA KULU KULU vs GIRL POWER

TALA KULU KULU yang menyenaraikan Mohd Rolam, Mohamad Rithaudin dan Norizan Abdullah gagal mempamerkan aksi yang berbisa setelah tumbang kepada trio daripada GIRL POWER seperti Eztianie Malissa, Noraniza Abd Wahab dan Nurul Jumaniza dengan keputusan 6.5 berbalas 13.5.

Perlawanan yang menyaksikan tidak banyak kelebihan handicap ini telah berlangsung dengan sengit di game yang pertama namun keupayaan trio GIRL POWER yang menyempurnakan spare menjadi penyebab kepada kekalahan TALA KULU KULU di game yang pertama dengan 0-4.

Di game yang kedua TALA KULU KULU cuba bangkit namun hanya mampu mencatatkan keputusan seri setelah Mohd Rolam gagal menyekat kehebatan Eztianie dengan keputusan 153-181. Walaupun Mohd Rithaudin dan Norizan Abdullah menang ke atas lawan masing-masing namun mereka kekurangan 20 pin pada jatuhan pin berpasukan yang menyaksikan GIRL POWER menerima mata ke-2 mereka di game ke-2 ini.

Sedikit sinar di tunjukkan oleh trio TALA KULU KULU apabila hampir berjaya mendapat mata penuh di game yang ketiga. Kali ini Mohd Rolam berjaya menewaskan Eztianie dengan 171-164. Mohd Rithaudin pula yang memperolehi split di frame terakhir telah menyaksikan beliau hanya mampu mengikat mata dengan Noraniza. Norizan Abdullah pula terpaksa akur tewas kepada Nurul Jumaniza dengan hanya kekurangan 1 pin sahaja. TALA KULU KULU berjaya mendapat mata seterusnya apabila jumlah jatuhan pin berpasukan memihak kepada mereka. Keputusan di game yang ketiga ini memihak kepada TALA KULU KULU dengan 2.5-1.5.

SCORE SHEET

LAS KOPEK vs IMMIGRATION

Perlawanan telah di adakan pada hari Selasa 14/2/2012 berikutan ketiadaan pemain-pemain terutamanya daripada IMMIGRATION yang sibuk dengan tugasan penting.

Azzairul sekali lagi di berikan tanggungjawab bersama-sama Ahmad Tajudin dan Dzulkernain Haron untuk membawa cabaran LAS KOPEK manakala IMMIGRATION menyenaraikan Julie Kennedy, Mohd Fillanie dan Abdul Rahim.

Azzairul pada minggu ini gagal bermain dengan baik dan kesempatan ini di ambil sepenuhnya oleh Julie Kennedy untuk menang di game yang ke-2 dan ke-4. Walaubagaimanapun Azzairul tetap muncul sebagai pemenang dengan keputusan 3-2.

Ahmad Tajudin yang kembali di senaraikan tidak mampu menahan asakan yang di berikan kepada beliau oleh Mohd Fillanie yang jarang di turunkan IMMIGRATION. Mohd Fillanie muncul sebagai pemenang apabila mengalahkan Ahmad Tajudin dengan 3.5-1.5.

Dzulkernain Haron juga tidak mampu membawa cabaran LAS KOPEK dengan lebih sengit apabila kecundang di tangan Abdul Rahim dengan 1-4. Sekalipun Abdul Rahim tidak mempamerkan persembahan terbaik beliau namun sudah cukup untuk memberikan kemenangan kepada pasukan IMMIGRATION.

IMMIGRATION menang dengan keputusan 13.5 berbalas 6.5 dan Mohd Fillanie telah di pilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

SCORE SHEET


MASJA-SA vs THE INCREDIBOWLS

MASJA-SA yang di jangka tidak menghadapi masalah menundukkan THE INCREDIBOWLS telah melaksanakan tugas dengan baik pada minggu ini.

Asri Mat yang bertindak selaku pemain pertama bagaimanapun telah di kejutkan dengan kekalahan kepada Gabriel Kong dengan 2-3. Kemenangan Gabriel Kong banyak di bantu oleh kelebihan 11 pin handicap yang di milikinya.

Abg Bikusary bagaimanapun tidak menghampakan MASJA-SA apabila mudah menyingkirkan cabaran yang di bawa oleh Robert Bantan dengan kemenangan 4-1. Kemenangan Robert Bantan di game terakhir agak terlewat bagi beliau melakukan kebangkitan.

Abdullah Tamel memastikan reputasi beliau walaupun di cabar hebat oleh Howard Fadd. Abdullah Tamel menang dengan 4-1 sekaligus memberikan kemenangan kepada MASJA-SA dengan keputusan 13-7. Abdullah Tamel juga di pilih sebagai pemain terbaik perlawanan.
 
SCORE SHEET

PHREAKERS TEAM vs PERFECXION

Kebangkitan yang cuba di lakukan oleh pasukan PHREAKERS TEAM di dua game terakhir agak terlewat di mana mereka tumpas kepada PERFECXION dengan 14-6.

Faizul Rahim hanya mampu memberikan dua mata buat PHREAKERS TEAM ketika menang di game yang ke-3 dan ke-4 menentang Lu Chieng Siang. Dua mata PHREAKERS TEAM lagi di sumbangkan oleh Marzuki Anuar yang juga menang di game yang ke-3 dan ke-4. Beliau gagal menyaingi Abdul Muhaimin di dua game awal apabila ketinggalan amat jauh sekali.

Norhazman Pulo pula tidak berjaya memberikan mata buat PHREAKERS TEAM apabila tumbang di tangan Chang Kim Ping dengan 5-0.

Chang Kim Ping yang menjatuhkan sebanyak 780 pin termasuk handicap telah di pilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

SCORE SHEET

NUR KHAN vs GREVE TEAM

NUR KHAN pada minggu ini mempamerkan aksi lesu ketika berhadapan dengan pasukan GREVE TEAM.

Gandingan Normala Gusti, Abg Senawi dan Rajak Eman seakan tumpul. Tambahan lagi GREVE TEAM yang menyenaraikan Mazlan Mohamat, Lim Chun Wee dan Irman Zaini cepat menyesuaikan diri dengan keadaan lorong yang membolehkan GREVE TEAM menang besar ke atas NUR KHAN dengan 16-4.

Mazlan Mohamat menyempurnakan empat mata dan hanya tewas di game terakhir kepada Normala Gusti. Lim Chun Wee pula ternyata bermain dengan baik di game yang pertama dengan melakukan 5 strike berturut-turut bermula di frame yang ke-4 untuk memenangi hadiah mingguan yang menjadi rebutan kebanyakan pemain iaitu “Voucher Makan Malam Japanese Buffet” di Riverside Majestic CafĂ©. Lim Chun Wee bagaimanapun di cabar hebat oleh Abg Senawi sebelum memenangi perlawanan dengan keputusan 3-2.

Irman Zaini yang hampa setelah tewas di game yang pertama kepada Rajak Eman telah bertindak baik pada baki perlawanan untuk mencapai kemenangan 4-1. Pemain GREVE TEAM iaitu Lim Chun Wee telah di pilih sebagai pemain terbaik yang menjatuhkan sebanyak 822 pin sepanjang 4 game berlangsung.

SCORE SHEET

1st TIMER vs RED SNAPPER

RED SNAPPER kembali menerajui liga setelah mencatatkan kemenangan mudah ke atas pasukan 1st TIMER dengan 14-6.

RED SNAPPER telah menurunkan barisan terkuat mereka seperti Jefry Rosdin, Abg Afiq dan Awg Kasti untuk mencapai kemenangan bagi memberi tekanan kepada pendahulu sebelum ini 4-MUSKETEERS.

Namun dengan kekalahan mengejut 4-MUSKETEERS telah membolehkan RED SNAPPER kembali ke puncak liga yang berbaki dua perlawanan sahaja lagi. Jefry Rosdin tidak menghadapi masalah menewaskan Rizalnam Bohari sekalipun tewas di game yang pertama. Di game yang berikutnya Jefry terus mengorak langkah bagi memberikan 4 mata buat pasukan RED SNAPPER.

Abg Afiq yang di cabar oleh Nazri Bohari telah mempamerkan aksi kejar mengejar sepanjang perlawanan yang akhirnya berkesudahan dengan keputusan seri 2.5-2.5.

Harapan 1st TIMER yang di letakkan kepada Abg Rashidi tidak menjadi kenyataan setelah menyaksikan aksi yang lebih hebat daripada Awg Kasti. Walaupun Abg Rashidi sudah bermain dengan baik namun permainan yang di tonjolkan Awg Kasti minggu ini lebih hebat. Awg Kasti menang di dalam pertarungan ini dengan keputusan 3.5-1.5.

Awg Kasti di pilih sebagai pemain terbaik perlawanan di mana beliau juga telah menjatuhkan sebanyak 822 pin sepanjang perlawanan ini.

SCORE SHEET

4-MUSKETEERS vs AB RIO

4-MUSKETEERS terpaksa merelakan kehilangan tempat selaku pendahulu setelah di jinakkan oleh pasukan AB RIO dengan kekalahan tipis sebanyak 9.5 berbalas 10.5.

Ketiadaan Rudy Bahrain di sebut-sebut menjadi punca kekalahan ini yang menyebabkan 4-MUSKETEERS hilang kelebihan sebagai pendahulu. Penganti beliau Herman Shah yang menang di tiga game awal bagaimanapun di kejutkan dengan persembahan bertenaga daripada Marzainah di game terakhir sekaligus membenarkan Marzainah mengutip dua mata berharga. Marzainah melakukan “Clean Game” dan lebih menceriakan lagi kem AB RIO apabila menyaksikan Marzainah membenam 7 strike berturut-turut di dalam game terakhir ini.

Sazali Yunus mempamerkan aksi hambar apabila tewas kepada Mohd Rajudin dengan hanya mampu memberikan 1.5 mata buat 4-MUSKETEERS. Mohd Rajudin yang memperolehi 3.5 nyata gembira dengan persembahannya minggu ini.

Pertemuan dua bintang hebat Ahmad Lek (4-MUSKETEERS) dan Masri Gidi (AB RIO) merupakan pertembungan yang di nanti-nantikan peminat bowling. Kedua-dua pemain yang bermain di dalam keadaan yang tertekan yang berpunca daripada tumpuan yang di berikan oleh peminat bermain dengan berhati-hati. Kedua-dua pemain saling mengejar mata namun sedikit kelebihan handicap yang di miliki Masri Gidi telah membutirkan mata kemenangan. Terikat 2-2 setelah tamat perlawanan penjumlahan pin individu juga terikat dengan 741 pin namun kelebihan 4 pin handicap yang ada pada Masri Gidi telah melukakan perasaan pemain 4-MUSKETEERS.

Masri Gidi (AB RIO) di pilih sebagai pemain terbaik kali ini oleh Arena Sukan ITZ.   

SCORE SHEET

IN THE ZONE vs RIESTAR

IN THE ZONE yang jelas memerlukan kemenangan bagi mengukuhkan tempat di dalam persaingan liga terbukti mampu melaksanakannya apabila berjaya menundukkan pasukan RIESTAR dengan 15-5.

Mazelan Mohamad yang di beri kesempatan untuk menjalankan tugas telah berjaya mengatasi kelebihan 17 pin handicap yang di miliki oleh Jamayah Bujang untuk mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas lawannya itu.

Zaidin Dasukin juga tidak mengecewakan apabila menewaskan Wan Aziela dengan 5-0. Wan Aziela yang jarang di turunkan selama ini kelihatan amat gugup sepanjang perlawanan.

Fazreen Fadzuan terpaksa akur dengan kelebihan handicap yang di miliki Ramli Omar setelah tewas dengan 1-4. IN THE ZONE bernasib baik apabila jumlah pin berpasukan kesemuanya menjadi milik IN THE ZONE untuk keputusan penuh IN THE ZONE menang dengan 15-5.

Ramli Omar telah di pilih sebagai pemain terbaik kerana mampu mengurangkan defisit kekalahan RIESTAR.

SCORE SHEET


Berdasarkan kedudukan terkini, peluang yang amat cerah bagi dua pasukan untuk merangkul kejuaraan pertama RIVERSIDE & KIM BAY LEAGUE di antara 4-MUSKETEERS dan RED SNAPPER. Manakala pasukan seperti 1st TIMER, IN THE ZONE, AB RIO, PERFECXION dan PHREAKERS TEAM akan terus mencuba memperbaiki kedudukan sehingga dapat mencabar kejuaraan dari menjadi milik dua pasukan tersebut. Namun apa yang membanggakan di kejohanan ini adalah semangat tidak berputus asa di kalangan semua pasukan bertanding mempamerkan kehebatan masing-masing bagi membawa pasukan lebih di geruni di masa-masa akan datang. “SELAMAT BERJUANG KEPADA SEMUA PASUKAN & MEMAJUKAN SUKAN BOWLING KE TAHAP YANG LEBIH BAIK”.

KEDUDUKAN TERKINI LIGA DI MINGGU KE-13:



Sumber Berita Arena Sukan ITZ telah  disediakan oleh P3m@iN bOwLiNG.

No comments:

Post a Comment