JUARA HANYA DAPAT DI KETAHUI PADA PERLAWANAN TERAKHIR MINGGU KE-15
PEREBUTAN KEJUARAAN DI ANTARA DUA PASUKAN
Salam mesra daripada saya yang mewakili IN THE ZONE BOWLING TEAM kepada anda semua pembaca setia lama blog kami yang menyiarkan secara terperinci keputusan dan berita bagi kejohanan “1st RIVERSIDE & KIM BAY (165 & Below Trios League 2011/2012)”.
Perlawanan sudah makin ke penghujungnya namun juara mutlak kejohanan masih belum dapat di berikan. Namun begitu perebutan tahkta kejuaraan kini menjadi perebutan dua buah pasukan iaitu RED SNAPPER dan 4-MUSKETEERS. Pasukan lain seperti IN THE ZONE dan AB RIO serta 1st TIMER di jangka sukar untuk mencabar dua pasukan terbabit dan hanya bersaing untuk tempat ketiga kejohanan.
Perlawanan minggu yang ke-13 semakin rancak di mana RED SNAPPER terus mengekalkan jurang di tangga teratas walaupun pencabar utama mereka 4-MUSKETEERS yang terpaksa menghadapi trio 1st TIMER namun masih mampu mencipta kemenangan yang baik.
IN THE ZONE dan AB RIO juga tidak ketinggalan untuk memunggut mata bagi menguatkan kedudukan di dalam liga.
Berikut adalah rangkuman perlawanan pada minggu ke-14:
IN THE ZONE vs GREVE TEAM
IN THE ZONE bermula dengan baik setelah Marzuki Usop berjaya menundukkan Mazlan Mohamat yang kelihatan gagal mendapatkan rentak serta balingan yang sempurna untuk keputusan 187-146. Pemain kedua IN THE ZONE (Hew Fah Lin) pula yang walaupun mendapat jatuhan pin yang sama dengan Irman Zaini iaitu sebanyak 180 pin terpaksa akur dengan kelebihan handicap yang di miliki lawan beliau sekaligus menghadiahkan satu mata buat GREVE TEAM dengan 184 berbalas 192. Sufian Othman yang pada awalnya tidak menemui strike line namun bermula pada frame ke-8 beliau telah berjaya membuat strike home untuk 5 strike berturut-turut sekaligus berjaya menerima hadiah istimewa daripada RIVERSIDE MAJESTIC CAFÉ yang berupa “Voucher Japanese BBQ Buffet Dinner”. Ini merupakan Voucher yang ketiga kali di menangi beliau sepanjang kejohanan ini berlangsung. Sufian memastikan kemenangan terhadap Lim Chun Wee dengan 224-165. IN THE ZONE mendahului GREVE TEAM dengan 3-1 sebaik tamat game yang pertama.
![]() |
| Hew Fah Lin, Marzuki Usop dan Sufian Othman |
IN THE ZONE bermula dengan baik setelah Marzuki Usop berjaya menundukkan Mazlan Mohamat yang kelihatan gagal mendapatkan rentak serta balingan yang sempurna untuk keputusan 187-146. Pemain kedua IN THE ZONE (Hew Fah Lin) pula yang walaupun mendapat jatuhan pin yang sama dengan Irman Zaini iaitu sebanyak 180 pin terpaksa akur dengan kelebihan handicap yang di miliki lawan beliau sekaligus menghadiahkan satu mata buat GREVE TEAM dengan 184 berbalas 192. Sufian Othman yang pada awalnya tidak menemui strike line namun bermula pada frame ke-8 beliau telah berjaya membuat strike home untuk 5 strike berturut-turut sekaligus berjaya menerima hadiah istimewa daripada RIVERSIDE MAJESTIC CAFÉ yang berupa “Voucher Japanese BBQ Buffet Dinner”. Ini merupakan Voucher yang ketiga kali di menangi beliau sepanjang kejohanan ini berlangsung. Sufian memastikan kemenangan terhadap Lim Chun Wee dengan 224-165. IN THE ZONE mendahului GREVE TEAM dengan 3-1 sebaik tamat game yang pertama.
![]() |
| Sufian Othman memenangi "Voucher Japanese Buffet" buat kali ketiga |
Tiada banyak beza di game yang kedua. IN THE ZONE terus melakarkan kelebihan setelah memenangi game ini dengan keputusan dan dari pemain yang sama. Marzuki meneruskan penguasaan apabila menang dengan kelebihan 20 pin. Sungguhpun Hew Fah Lin pada kali ini berjaya menjatuhkan pin lebih tinggi daripada Irman Zaini iaitu 175-168 namun sekali lagi beliau hampa setelah tumpas dengan hanya 1 pin berdasarkan kepada kelebihan handicap lawannya itu dengan keputusan 179-180. Sufian pula terpaksa menunggu sehingga balingan terakhir sebelum memastikan kemenangan kedua terhadap Lim Chun Wee dengan 169-166.
Di game yang ketiga trio IN THE ZONE berjaya melengkapkan kemenangan penuh setelah menang dengan 4-0. Walaupun Marzuki kali ini bermain dengan hambar namun kelemahan Mazlan Mohamat menyempurnakan peluang tidak di ambil dengan sebaik-baiknya. Marzuki menarik nafas lega setelah Mazlan Mohamat gagal menyempurnankan spare pada frame yang ke-9 yang membolehkan beliau mencapai kemenangan yang ke-3 terhadap Mazlan Mohamat. Kali ini Hew Fah Lin lebih bersedia dan bertindak dengan baik setelah mencatatkan “Clean Game” yang pertama beliau sepanjang kejohanan untuk menewaskan Irman Zaini dengan 194-168. Sufian Othman juga mengikuti seperti apa yang di lakukan Hew Fah Lin dengan melaksanakan “Clean Game” yang merupakan kali kelima beliau sepanjang kejohanan untuk menewaskan Lim Chun Wee dengan tipis 196-190.
Di game yang keempat GREVE TEAM mula melancarkan serangan yang hebat. Marzuki yang ketinggalan pada empat frame pertama telah mula meninggalkan lawan setelah mendapat tiga strike berturut-turut bermula di frame yang kelima untuk kemenangan mutlak bagi dirinya. Marzuki menewaskan Mazlan Mohamat dengan 203-170 dan secara keseluruhan meninggalkan lawannya itu dengan kelebihan 113 pin.
![]() |
| Lee Chun Wee, Mazlan Mohamat dan Irman Zaini |
Hew Fah Lin menggunakan kesempatan yang terhidang apabila Irman gagal menyempurnakan spare pada frame ke-5, 7 dan 9. Hew Fah Lin berjaya mendapatkan kemenangan keduanya setelah menumpaskan lawannya itu dengan 172-168. Hew Fah Lin mengesahkan kemenangan 3-2 ke atas Irman Zaini setelah jumlah keseluruhan pin bagi kedua-dua pemain berpihak kepada Hew Fah Lin dengan 729-708.
Sufian pula gagal bermain dengan baik di game yang terakhir ini yang menyaksikan beliau mendapat 3 kali split sepanjang game tersebut. Pada masa yang sama Lim Chun Wee pula telah mendapatkan strike line beliau yang memudahkan beliau menjatuhkan strike demi strike. Akhirnya Lim Chun Wee berjaya menewaskan Sufian dengan 229-152 sekaligus berjaya mendapatkan mata kedua buat dirinya dan kelima untuk GREVE TEAM selepas mengatasi jumlah jatuhan pin keseluruhan dengan hanya 9 pin terhadap Sufian setelah menjatuhkan sebanyak 750 pin.
![]() |
| GREVE TEAM mendapat BEER FRAME |
IN THE ZONE berjaya mengatasi GREVE TEAM dengan keputusan 15-5 dan Marzuki Usop telah di pilih sebagai pemain terbaik kerana berjaya mendapatkan mata penuh buat pasukan IN THE ZONE.
IN THE ZONE masih mengekalkan tempat ketiga di dalam carta liga dan akan berhadapan dengan pasukan TALA KULU KULU di perlawanan terakhir minggu ke-15. GREVE TEAM pula akan berhadapan dengan LAS KOPEK pada perlawanan terakhir nanti.
SCORE SHEET
PHREAKERS TEAM vs MASJA-SA
![]() |
| Marzuki Anuar, Mohd Shawaluddin dan Norhazman Pulo |
MASJA-SA terus menganas di game yang kedua apabila menyaksikan mereka berjaya mengatasi PHREAKERS TEAM dengan 3-1 untuk mendahului PHREAKERS TEAM dengan 5.5-2.5 setelah tamat game kedua. Mata-mata MASJA-SA di perolehi hasil kemenangan Wan Habib dan tindakan berkesan oleh Mohd Zaimi serta jatuhan pin berpasukan.
PHREAKERS TEAM yang tidak mudah berputus asa melalui semangat yang di berikan oleh ketua pasukan (Marzuki Anuar), mereka melangkah gagah di game yang ketiga. Mohd Shawaluddin meneruskan kemenangan terhadap Asri Mat sementara Norhazman Pulo masih gagal menyaingi kehebatan Wan Habib. Marzuki Anuar pula tidak memberikan ruang buat Mohd Zaimi setelah menjatuhkan sebanyak 237 pin untuk kemenangan seterusnya buat diri beliau. PHREAKERS TEAM memastikan mata ketiga milik mereka setelah menjatuhkan sebanyak 577 pin berbanding 496 pin oleh MASJA-SA pada jatuhan pin berpasukan.
![]() |
| Asri Mat, Wan Habib dan Mohd Zaimi |
Skrip yang sama terjadi di game terakhir setelah sekali lagi Mohd Shawaluddin dan Marzuki Anuar membantu pasukan mereka menang 3-1 dan Norhazman Pulo sekali lagi tewas kepada Wan Habib. Pada penjumlahan keseluruhan pin individu juga tidak berbeza. MASJA-SA hanya berjaya mengumpul satu lagi mata hasil kemenangan Wan Habib namun Asri Mat serta Mohd Zaimi tewas kepada lawan masing-masing. Keputusan penuh PHREAKERS TEAM menang dengan 11.5-8.5.
Tidak banyak perubahan kedua-dua pasukan di dalam carta liga dan Marzuki Anuar di pilih sebagai pemain terbaik bagi kedua-dua pasukan ini. PHREAKERS TEAM akan bertembung dengan calon juara minggu ke-15 apabila bakal menentang 4-MUSKETEERS.
![]() |
| PHREAKERS TEAM menerima BEER FRAME |
SCORE SHEET
NUR KHAN vs IMMIGRATION
![]() |
| Rajak Eman, Abg Senawi dan Kamaludin Akil (NUR KHAN) |
Abg Senawi, Kamaludin Akil dan Rajak Eman yang mewakili NUR KHAN gagal mendapatkan kemenangan setelah menyaksikan lawan mereka seperti Jawahir Tambek, Mahdi Abd Rahman dan Abd Rahim Sabeli bermain dengan begitu baik terutamanya dari Jawahir Tambek dan Abd Rahim Sabeli.
Abg Senawi tewas di game yang pertama kepada Jawahir Tambek namun telah berjaya melepasi halangan demi halangan untuk mencatatkan baki perlawanan yang akhirnya berkesudahan kemenangan berpihak kepada Abg Senawi dengan 4-1.
![]() |
| Mahdi Abd Rahman, Jawahir Tambek dan Abd Rahim (IMMIGRATION) |
Kamaludin Akil pula berseorangan menang di game pertama telah di kejutkan dengan kekalahan di game yang kedua namun pada baki perlawanan beliau telah berjaya menceriakan pasukan dengan kemenangan terhadap Mahdi Abd Rahman dengan 4-1.
Kehebatan dua pemain terdahulu gagal di sambung oleh Rajak Eman ketika berdepan Abd Rahim. Abd Rahim memastikan Rajak Eman gagal memberikan tekanan kepada beliau sepanjang perlawanan. Abd Rahim memastikan kemenangan berpihak kepada beliau dengan mencatatkan kemenangan penuh bergaya 5-0.
Penjumlahan pin berpasukan juga tidak memihak kepada NUR KHAN yang akhirnya tumpas dengan 9-11. Abd Rahim Sabeli di umumkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Kedudukan kedua-dua pasukan juga tidak berubah pada akhir minggu ke-14.
SCORE SHEET
THE INCREDIBOWLS vs RED SNAPPER
![]() |
| Howard Fadd, Gabriel Kong dan Robert Bantan |
Mohd Yusuf yang bertindak selaku pemain pertama nyata tidak mengecewakan setelah seri di game yang pertama dan tewas di game yang kedua beliau berjaya mendapat dua kemenangan di game yang ketiga dan keempat sebelum tewas pada penjumlahan pin individu keseluruhan kepada Gabriel Kong dengan hanya kekurangan 2 pin. Keputusan kedua-dua pemain ini terikat di angka 2.5.
Jefry Rosdin yang memang di jangka dapat menewaskan Robert Bantan nyata berada di tahap yang tersendiri apabila mudah menumpaskan lawannya dengan 4-1. Jefry hanya melepaskan satu mata di game yang terakhir.
![]() |
| Jefry Rosdin, Abg Afiq Yazid dan Mohd Yusuf |
Abg Afiq Yazid yang memikul tanggungjawab selaku “Anchor” pasukan terlebih dahulu memenangi game yang pertama sebelum Howard Fadd berjaya mendapat rentak di game yang kedua untuk kemenangan beliau, Namun begitu Abg Afiq tidak memberikan ruang kepada Howard Fadd untuk mengancam kedudukan beliau dengan kemenangan pada baki perlawanan yang berkesudahan Abg Afiq menang dengan 4-1.
RED SNAPPER memperolehi 4 lagi mata menerusi jatuhan pin berpasukan membiarkan THE INCREDIBOWLS mendapat satu mata menerusi game yang kedua.
RED SNAPPER memperolehi 4 lagi mata menerusi jatuhan pin berpasukan membiarkan THE INCREDIBOWLS mendapat satu mata menerusi game yang kedua.
RED SNAPPER terus mengukuhkan kedudukan di persada liga dengan kemenangan 14.5-5.5 terhadap THE INCREDIBOWLS. Mohd Yusuf yang berjaya mendapatkan 2.5 mata buat RED SNAPPER telah di pilih sebagai pemain terbaik perlawanan ini.
RED SNAPPER akan berhadapan dengan pasukan yang sedang meningkat naik AB RIO pada perlawanan terakhir. Perlawanan ini di jangka sengit kerana sebarang kehilangan mata akan memberi kesan untuk RED SNAPPER menjadi juara. Bagi AB RIO pula inilah masa yang sesuai untuk membuktikan kehebatan mereka selain mengancam kejuaraan mereka juga pasti ingin melakarkan sejarah yang tersendiri.
SCORE SHEET
LAS KOPEK vs TALA KULU KULU
![]() |
| Azzairul Sarkawi, Abg Iskandar dan Abd Aziz |
LAS KOPEK tidak menunggu lama untuk merealisasikan kemenangan setelah dengan mudah mengatasi TALA KULU KULU dengan keputusan 3-1 di game yang pertama. Mata-mata LAS KOPEK di sumbangkan oleh Azzairul, Abd Aziz dan jumlah pin di game yang pertama.
Namun begitu TALA KULU KULU bangkit di game yang kedua dan memperolehi 3 mata hasil kemenangan Abg Dzulkernaen, Khairy Amry dan jatuhan pin berpasukan. Setelah tamat game kedua kedua-dua pasukan terikat dengan 4-4.
![]() |
| Khairy Amry, Abg Yusdi dan Abg Dzulkernaen |
TALA KULU KULU terus memberikan tekanan kepada LAS KOPEK apabila mendahului setelah tamat game ketiga dengan 6.5-5.5. TALA KULU KULU mendapat mata menerusi Abg Dzulkernaen dan jumlah pin berpasukan manakala Khairy Amry terikat bersama-sama Abd Aziz pada 179 jatuhan pin. LAS KOPEK mendapat mata menerusi kemenangan Azzairul terhadap Abg Yusdi.
LAS KOPEK memulakan langkah lebar di game terakhir setelah ketiga-tiga trio mereka berjaya menjinakkan pemain TALA KULU KULU. Abg Iskandar menang terhadap Abg Dzulkernaen dengan kelebihan 7 pin sementara Azzairul tenang menerima asakan Abg Yusdi dengan kemenangan 213-202 manakala Abd Aziz melengkapkan kemenangan LAS KOPEK dengan kelebihan handicap beliau ke atas Khairy Amry dengan 184-182.
![]() |
| LAS KOPEK dengan BEER FRAME |
LAS KOPEK akhirnya di umumkan sebagai pemenang dengan keputusan 12.5-7.5 dan Azzairul di pilih sebagai pemain terbaik di kalangan kedua-kedua pasukan ini.
Kedudukan kedua-dua pasukan tidak berubah dengan LAS KOPEK akan melayan pasukan GREVE TEAM di minggu terakhir manakala TALA KULU KULU akan berhadapan dengan IN THE ZONE.
SCORE SHEET
AB RIO vs PERFECXION
![]() |
| Doleena Kennedy, Masri Gidi dan Marzainah Jayamara |
Doleena yang kerap di rehatkan di bangku simpanan telah di senaraikan kali ini di temukan dengan Lu Chieng Siang. Tugas berat yang di pikul oleh Doleena tidak menjejaskan tumpuan beliau. Doleena mencatatkan permainan terbaiknya sepanjang kejohanan apabila mudah menjinakkan Lu Chieng Siang di game pertama dengan kemenangan bergaya 236-171. Kemenangan besar ini telah menaikkan lagi semangat Doleena untuk muncul sebagai pemenang sekali lagi dengan keputusan 204-181. Permainan Doleena sedikit merosot di game ketiga namun masih mampu menewaskan Lu Chieng Siang dengan 171-155. Namun di game terakhir Doleena yang kelihatan mula keletihan terpaksa membiarkan Lu Chieng Siang menumpaskan beliau di game terakhir dengan 172-183. Doleena memunggut empat mata buat AB RIO setelah mengungguli jumlah jatuhan pin dengan kelebihan 93 pin.
Marzainah yang masih di buai kegembiraan menjatuhkan sebanyak 255 pin minggu lalu telah bermain dengan baik meskipun tewas 2-3 kepada lawan yang lebih handal daripada beliau. Lawan beliau Chang Kim Ping menang di game yang kedua, ke-4 dan jumlah pin keseluruhan untuk 3 mata buat PERFECXION. Marzainah yang menang di game yang pertama dan ke-3 nyaris mampu menewaskan Chang Kim Ping yang menewaskan beliau dengan hanya 2 pin pada jumlah pin keseluruhan.
![]() |
| Lu Chieng Siang, Chang Kim Ping, Siti Hajjar Saibi dan Awg Shawal |
Masri Gidi nyata berada di tahap yang terbaik untuk menewaskan Awg Shawal dengan 4-1. Awg Shawal yang menang di game yang ke-2 nyata gagal bermain dengan baik sehingga membolehkan Masri Gidi bermain tanpa tekanan.
AB RIO menundukkan PERFECXION dengan keputusan 14-6 yang telah mengukuhkan cabaran pasukan di kejohanan kali ini. Doleena Kennedy telah di pilih sebagai pemain terbaik perlawanan ini.
AB RIO bakal bertemu pendahulu liga RED SNAPPER di minggu terakhir kejohanan manakala PERFECXION di jangka tidak menghadapi masalah menewaskan THE INCREDIBOWLS.
SCORE SHEET
4-MUSKETEERS vs 1st TIMER
![]() |
| Rudy Bahrain, Ahmad Lek dan Herman Shah |
Kekalahan di game yang pertama telah memberikan semangat yang baru buat pemain-pemain 4-MUSKETEERS apabila kembali ke landasan kemenangan setelah berjaya menyamakan kedudukan berakhirnya game yang kedua. Rudy Bahrain menang ke atas Shuib Ahmad, kemenangan Herman Shah ke atas Nazri Bohari dan di bantu pula dengan jatuhan pin berpasukan. Ahmad Lek kali ini gagal mengatasi Abg Rashidi.
Skrip yang sama terjadi pada game yang ketiga apabila sekali lagi menyaksikan Rudy Bahrain dan Herman Shah bermain dengan baik untuk mencapai kemenangan yang berpihak kepada 4-MUSKETEERS dengan 3-1.
![]() |
| Abg Rashidi, Shuib Ahmad dan Nazri Bohari |
Menyedari kemenangan sudah hampir di tangan pemain-pemain 4-MUSKETEERS meneruskan cengkaman mereka apabila perlawanan masuk game yang terakhir. Kelalaian Shuib Ahmad yang menjatuhkan 3 pin sahaja pada setiap balingan di frame yang ke-9 telah membolehkan Rudy Bahrain menang dengan hanya 1 pin sekaligus telah memberikan kemenangan kepada Rudy Bahrain dengan 4-1.
Herman Shah pula gagal meneruskan aksi yang baik di waktu NAzri Bohari mula mendapatkan rentak balingan yang sempurna. Herman Shah tewas di game yang terakhir walaubagaimanapun beliau tetap menang secara keseluruhan dengan 3-2 setelah mengatasi Nazri Bohari sebanyak 20 pin.
Ahmad Lek mempamerkan keunggulan yang tersendiri apabila menghempas pin satu demi satu untuk mencipta kemenangan di game terakhir dengan 205-163 sekaligus memastikan beliau menang secara keseluruhan dengan perbezaan hanya 2 pin sahaja.
4-MUSKETEERS berjaya mengelak daripada kekalahan dan terus menghantui pendahulu liga RED SNAPPER bagi mahkota kejuaraan ini dengan kemenangan 14-6 ke atas 1st TIMER.
4-MUSKETEERS di jadualkan menentang PHREAKERS TEAM manakala 1st TIMER akan berdepan dengan MASJA-SA pada perlawanan terakhir. Ahmad Lek telah di pilih sebagai pemain terbaik perlawanan.
SCORE SHEET
RIESTAR vs GIRL POWER
![]() |
| Mawi Labini, Ramli Omar dan Iswandy |
Iswandy tidak mampu menembusi tembok yang di ciptakan oleh Suryanti apabila gagal sama sekali mengatasi pemain lawan tersebut. Suryanti menang 5-0 dengan jatuhan keseluruhan pin sebanyak 709. Iswandy pula hanya mampu menjatuhkan sebanyak 576 pin sahaja.
Bagaimanapun Ramli Omar Baki tidak terleka apabila berdepan Meini Gunggang. Ramli yang menjatuhkan sebanyak 724 pin keseluruhan telah menang dengan 5-0 walaupun menerima saingan daripada Meini.
Mawi Labini pula gagal mempamerkan kebolehan sebenar apabila di jinakkan oleh Nurul Jumaniza dengan mudah. Nurul menang di game yang pertama, kedua namun memberikan satu mata buat Mawi Labini di game yang ketiga sebelum menang baki perlawanan.
![]() |
| Suryanti, Meini dan Nurul (GIRL POWER) |
Mawi Labini pula gagal mempamerkan kebolehan sebenar apabila di jinakkan oleh Nurul Jumaniza dengan mudah. Nurul menang di game yang pertama, kedua namun memberikan satu mata buat Mawi Labini di game yang ketiga sebelum menang baki perlawanan.
GIRL POWER mendominasi perlawanan dengan kemenangan 13-7 yang mengekalkan kedudukan mereka di tangga ke-12. Suryanti telah di pilih sebagai pemain terbaik kali ini. GIRL POWER akan berdepan dengan IMMIGRATION manakala RIESTAR akan menentang NUR KHAN.
SCORE SHEET
Skrip kejohanan kali ini di lihat menarik apabila minggu terakhir empat pasukan teratas liga akan bermain bersebelahan lorong sahaja dan ini mungkin akan menarik minat ramai pemerhati serta penyokong untuk bertumpu di enam lorong tersebut. 4-MUSKETEERS akan bermain di lorong 10, IN THE ZONE di lorong 11 manakala RED SNAPPER dan AB RIO akan bermain di lorong 13 dan 14.
Sebagai pemerhati sukan bowling, saya merasakan kehangatan suasana yang akan berlaku pada hari Khamis ini (23/2/2012) bermula jam 8 malam bagi menyaksikan penamat bagi kejohanan yang julung kali di anjurkan oleh Riverside Management Sdn Bhd ini.
Kepada semua pasukan saya ucapkan “SELAMAT MAJU JAYA” dan “BERMAIN SEPENUH HATI DAN BERJIWAKAN SEMANGAT KESUKANAN”.
Sumber Berita Arena Sukan ITZ telah disediakan oleh P3m@iN bOwLiNG.





































Tala Kulu Kulu Kembar ITZ?
ReplyDeleteNampak nya pada edisi kali ini Team PERFECXION mendapat liputan extra apabila mereka merakamkan gambar berempat berbanding tiga orang bagi Team yang lain...
ReplyDeleteTahniah kepada ITZ atas kemenangan pada malam tersebut.
ReplyDelete